BAB 32

889 43 18
                                    


"Ouh macam tu. Hebatlah kau Irsa." Puji Ameer. Bangga dia melihat tindakan berani mati sahabatnya.

Irsa hanya tersenyum. "Aku taknak diaorang terus berada di lembah maksiat. Aku sebagai bekas kekasih, hanya dapat membantu dan aku harap mereka hargai pengorbanan aku dan tak sia-siakan ia. Aku tahu diaorang suka sama suka tapi aku yang jadi penghalang untuk mereka." Ujar Irsa tersenyum plastik. Dia cuba tersenyum manis seperti biasa tapi kelihatan sungguh palsu.

Farah dan Ameera hanya melihat senyuman 'fake' Irsa, sungguh jelas kelihatan walaupun cuba ditutup.

Syakil pula dari tadi memerhatikan Nazneen yang hanya diam melayan perasaan, dia masih lagi rasa bersalah walaupun Nazneen sudah memaafkan dia.

"Habis tu, macam mana keadaan perempuan dan lelaki tu sekarang? Mereka tahu ke kau yang perangkap mereka?" Soal Rafique. Tangannya di letakkan di atas meja. Lenguh tangan dia jika berada di bawah selalu.

Irsa menjungkitkan bahunya. "Manalah aku tahu, entah bahagia ke tak mereka. Mereka tak tahu, aku yang perangkap. Tapi insyaallah jika aku ada masa terluang dan aku dah sedia, aku akan jumpa mereka untuk minta maaf. Minta maaf untuk segalanya." Kata Irsa ikhlas, dia sudah redha akan ketentuannya. Jodoh mereka tidak panjang.

"Aku doakan kau akan dapat kebahagiaan kau nanti." Maleeq berdoa.

"Kau jangan doakan untuk aku je, kau bila nak jumpa jodoh." Tanya Irsa sambil menjungkit kening kirinya.

Semua mata memandang ke arah Maleeq yang sudah cuak itu.

"Aku, jodoh aku tak sampai lagi." Balas Maleeq sedikit takut. Dia menundukkan kepala apabila melihat kesemua kawannya memandangnya curiga.

Senyuman sinis terbentuk di bibir Nazneen. Dia ingat aku tak tahu ke?

"Ada makwe, buat cara ada makwe." Ujar Nazneen selamba. Selamba saja dia memecahkan rahsia seorang yang bernama Maleeq Luthfi.

Maleeq terlopong kerana rahsianya sudah pecah manakala Syakil, Rafique, Ameer, Ameera, Farah dan Irsa sudah ternganga luas kerana terkejut.

Makwe?!

Maleeq Luthfi dah ada girlfriend?

"Kau dah ada girlfriend? Kenapa tak bagitahu hah?" serentak mereka bertanya.

Maleeq memandang Nazneen tajam. Nazneen santai saja sedang bermain handphone sedangkan dia? Dia yang harus menjawab semua soal jawab semua sahabatnya.

Nazneen membuka aplikasi whatsappnya dan melihat mesej dari tunangnya.

Rayyan Aariz
-Aku tunggu kau dekat Magical Boutique. Nanti aku share location.

Nazneen mengeluh apabila membaca chat dari Aariz. Waktu dia keluar bersama kawan baiknya, adalah si Aariz nak jumpa tapi okay juga, tak adalah kena menghadap semua soalan mereka lepas ni.

"Guys, aku pergi dulu ya. Tiba-tiba ada urgent!" Ujar Nazneen tiba-tiba. Dia bangun lalu meninggalkan kesemua sahabatnya.

Maleeq terlopong melihat Nazneen yang selamba meninggalkan seorang diri, kurang ajar punya budak!

"So... Any explaination?" Soal Ameer dengan nada meleret.

Maleeq mengangguk lemah dan bermulalah segala ceritanya dari awal hingga akhir.

"Daebak!" Ujar Irsa, Farah dan Ameera serentak. Sungguh tidak sangka Maleeq begitu gentleman! Memang lelaki yang bagus.

"Wah! Aku tak percaya kau ni kawan akulah!" Kata Ameer, Rafique dan Syakil pula.

"Tengoklah siapa, ini Maleeq Luthfi!" Bangga Maleeq berkata, dia menepuk dadanya dengan bangga.

"Perasan!" Kutuk Farah.

"Apa nama kekasih hati kau tu? Dari tadi kau bercerita tapi kau tak cakap apa nama kekasih hati kau tu." Bebel Syakil tidak puas hati.

"Irisha Madina, cantikkan nama dia? Nama pun dah cantik, tuan punya badan pun mestilah cantik. Ya allah! Wajah dia cute dho." Ujar Maleeq seperti orang angau kerana tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Kuat betul penangan gadis gang bernama Irisha Madina.

"Tapi dia tua tiga tahun dari aku, tapi aku tak kisah! Umur bukan penghalang kebahagiaan." Balas Maleeq tersenyum lebar.

"Sah!" Ujar Irsa sambil menghentak tangannya di meja cafe miliknya dan Nazneen.

"Apa yang sah?" Tanya Syakil dan yang lain.

"Sah! Kawan kita tengah angau!" Jawab Irsa lalu tersengih kambing.

"Kau nak cakap itu je? Tapi lagak kau macam ada gempa yang akan berlaku Irsa oii." Perli Ameera sedikit geram.

"Alah Meera, takkan tak kenal kawan kau yang cute, cantik, tinggi, putih melepak ni, HAHAHA." Balas Irsa sambil terkekek ketawa kerana berjaya angkat bakul sendiri tanpa bantuan orang lain.

"Dua kali ganda perasan!" Kata Rafique sambil mengeleng.

"Kau dah ada kekasih, Irsa dah pernah couple dan Naz dah ada tunang. Aku bila lagi?" soal Farah pasrah. Tiga dah ada pasangan, mereka bila?

"Nanti adalah Farah! Jangan fikirkan hal tu. Aku yakin kau akan jumpa jodoh kau. Lagipun kau ada secret admire tau." Ujar Irsa mula berteka-teki.

"Hah? What do you mean Dahlia Irsa?"

"Hahaha, adalah! Nanti kau akan tahu but not now, okay?" Balas Irsa. Rahsia tetap rahsia, dia tidak boleh memberitahu rahsia si 'dia' begitu saja.

"Bagitahulah kita sya." Pujuk Ameera sambil merengek kecil. Macam budak-budak lah mereka ni.

"Tak boleh! Aku kena pegang amanah dia! Tak boleh sesekali bocor rahsia! Ada faham?" Ujar Irsa. Takkan dia nak bocorkan rahsia kut, amanah tetap amanah. Nanti tiba masa dia sendiri akan bocorkan rahsia. Amacam?

"Bagilah clue, siapa secret admire si Farah ni." Pijuk Ameer pula. Eei, kembar dua ekor ni memang degil la, aku hempuk satu-satu baru tahu.

"Clue dia, Farah dah kenal lelaki itu dan yang, lelaki itu kacak, bergaya dan umur dia dalam lingkungan 30-an." ujar Irsa sedikit berbohong walhal umur secret admire si Farah dalam lingkungan mereka juga.

"30? Why tua sangat?" Soal Farah dengan mulut memuncung.

"Eleh, bersyukur lah sikit ada orang nak! Orang berjaya pula tu." Bebel Ameer pula. 30-an? Okay apa. Lagipun umur mereka pun 23tahun, jarak tujuh tahun tak jadi masalah. Ye tak?

"Betul apa yang Ameer cakap tu Farah, lagipun jodoh tak kenal usia. Ada tu jarak hubungan 15 tahun tau, kau tu jarak lapan tahun je." Kata Maleeq menyokong kata-kata Ameer.

"Suka hati koranglah nak cakap apa, yang pasti kalau dia betul-betul jodoh aku, aku terima je. Lagipun, jodoh allah dan tetapkan semasa kita kecil di dalam perut ibu lagi kan. Aku kena belajar menerima dia."

Irsa dan Ameera mengangguk serentak. 'Nasib baik Farah terima, kalau Farah tak terima susahlah aku. Alhamdulillah.' ujar Irsa dalam hati.

Lega dia apabila kawan baiknya dapat menerima jika lelaki itu jodoh dia tapi buat masa sekarang dia tak boleh dedahkan siapa yang menyukai Farah kerana lelaki itu sendiri yang tidak mengizinkan dia untuk memberitahu Farah. Takut di tolak secara langsung katanya.

Tbc..

Tbc

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ