BAB 50 [End]

2K 55 28
                                    

Setahun lima bulan kemudian...

Aariz tersenyum saat tersedar dari tidurnya. Tersenyum dia memandang dua orang perempuan yang sangat bermakna di hatinya. Seorang permaisuri hatinya dan seorang lagi permata hatinya iaitu Ryanna Izzara.

Isterinya melahirkan anak perempuan sulungnya pada 7 bulan lepas. Ini bermakna anak perempuannya sudah berusia 7 bulan.

Mata si kecil perlahan-lahan terbuka sedikit demi sedikit. Apabila celik saja matanya, automatik bibir kecilnya mengukirkan senyuman.

"Pa... Pa..." Ujar si kecil itu. Dia menyemburkan air liurnya ke wajah si ayah yang sedang menatapnya.

"Syhhh diam sayang... Mama masih tidur tu." pujuk Aariz sambil menepuk punggung Ryanna.

Makin galak Ryanna bercakap menggunakan bahasanya. Tidak mempedulikan kata-kata si ayah.

"Burrr..." Ryanna menyemburkan air liurnya ke wajah Aariz. Dia tergelak kecil melihat wajah si ayah yang sudah di penuhi oleh air liurnya.

"Eeii, nakal ya Ryanna ni. Papa cubit baru tahu." Ujar Aariz geram lalu pipi tembam Ryanna di gomol geram. Ryanna terkekek-kekek ketawa apabila Aariz mengomol pipinya.

"Ehem..." terdengar deheman seseorang membuatkan Aariz memberhentikan kerjanya.

Aariz mengangkat kepalanya dan melihat Nazneen yang sudah tersedar dari tidurnya.

"Lena tak sayang tidur?" soal Aariz prihatin. Kesian isteri dia. Sejak melahirkan Ryanna selalu saja tak cukup rehat dan tidur.

"Alhamdulillah, lena Inara tidur semalam. Anak awak tak banyak ragam semalam." jawab Nazneen dengan senyuman nipis.

Nazneen tahu kenapa Aariz bertanya begitu. Kerana Aariz merupakan seorang yang tidur mati. Kalau anak menangis pun dia tak dengar. Selalunya, kalau Ryanna meragam Nazneen akan bangunkan Aariz supaya membantunya untuk menjaga Ryanna. Kalau Nazneen tak kejutkan, maka tak bangunlah lelaki yang bernama Aariz. Dah jadi bapak budak perangai masih tak berubah.

"Bagus la macam tu sayang. Anak papa pun bagus, tak meragam semalam. Kesian dekat mama penat." omel Aariz sambil mengucup dahi si kecil.

Sudah setahun lebih berlalu, cafe Nazneen dan Irsa masih lagi di uruskan oleh kedua manusia itu. Cuma Nazneen dan Irsa ada update sikit cafe tu.

Setahun lebih itu membawa makna yang berharga kepada Aariz dan Nazneen kerana tiada lagi gangguan daripada manusia yang bernama Lashira Amani.

Cakap pasal Lashira, Lashira sudah di tahan oleh polis setelah beberapa minggu Nazneen keluar dari hospital kerana tertangkap memecah masuk rumah Nazneen dan Aariz. Niatnya untuk membunuh Nazneen tetapi tidak kesampaian kerana waktu itu Nazneen dan Aariz berada di rumah Tan Sri Khairi dan Puan Sri Sakina.

Lashira sekarang ni sedang menjalankan hukuman penjara. Dengar cerita Lashira sudah banyak berubah. Lashira sudah semakin matang apabila berada di dalam penjara.

"Awak, tolong jagakan Ryanna ya. Inara nak turun bawah kejap. Nak buatkan sarapan untuk kita dan anak awak ni." arah Nazneen. Tanpa mendengar jawapan Aariz, dia bangun dari baringannya. Rambutnya yang makin panjang di ikat sebelum menuju ke tandas. Takkan nak turun masak dengan tak basuh muka pula.

Tertutup saja pintu tandas, Aariz menggelengkan kepalanya. Perangai still tak berubah. Sama seperti waktu pregnant dulu. Aariz masih bagaimana waktu itu Nazneen memaksanya untuk bangun pukul 4.00pagi untuk masakkan spageti. Pada mulanya dia tidak mahu tapi apabila mendengar suara tangisan Nazneen, terpaksalah dia mengalah.

♡♡♡♡♡

Nazneen fokus memasak. Menu pagi ini ialah roti bakar, air teh panas dan mee goreng saja. Cukuplah untuk dia dan Aariz. Kalau Ryanna masak bubur je.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz