BAB 43

940 43 12
                                    

Nazneen termenung sendirian di balkoni bilik di rumah ibu dan bapa mertuanya. Sudahlah dia dan Aariz tengah perang dingin. Nasib baik harini cuti.

Sebaik saja solat subuh, Nazneen asyik termenung. Dia tidak keluar bilik pun untuk membantu ibu mertuanya memasak sarapan kerana di larang oleh Datin Hasnila. Datin Hasnila melarang anak serta menantunya untuk membantu dia di dapur hari ini.

Entah kenapa Nazneen juga tidak mengetahui kenapa.

Bunyi deringan handphone seseorang menarik minat Nazneen. Itu bukan handphone dia tapi handphone suami dia.

Dengan langkah longlai dia menuju ke arah meja yang menempatkan handphone suaminya.

Nama pemanggil yang tertera di handphone Aariz membuatkan Nazneen terkejut.

3 panggilan terlepas dari Lashira Amani.

Nazneen menarik nafasnya lalu di hembuskan. Dia cuba untuk membuka handphone suaminya tapi kata laluan menghalangnya.

"Apa kata laluan dia?" soal Nazneen berfikir.

Nazneen cuba memasukkan tarikh lahir Aariz tapi salah. Nazneen mencuba lagi dengan memasukkan tarikh perkahwinan mereka dan ya berjaya!

Whatsapp Aariz di buka dan sekali lagi Nazneen terkejut kerana nama Lashira sekali lagi ada.

Lashira Amani
-Bila you nak datang jumpa I?
-I rindu you Aariz
-I nak you jumpa I tengahhari ni! Kalau tak you tahu apa I boleh buat.

Hati Nazneen bagaikan di toreh dalam. Mata Nazneen mula berkaca-kaca. Patutlah Aariz berubah, rupanya ini sebab dia.

"Kau buat apa tu?" Sergah Aariz dari belakang. Aariz baru saja pulang dari jogging bersama dengan Nadzir dan Amsyar.

Nazneen menunjukkan handphone Aariz yang berada ditangannya dengan mata berkaca.

Terbuntang besar mata Aariz bersama mulut sedikit terbuka apabila melihat nama Lashira.

"Inara, aku boleh jelaskan." Aariz cuba untuk memegang bahu isterinya tetapi Nazneen pantas mengelak.

"Awak tipu saya, awak mungkiri janji awak." Luah Nazneen dengan air mata mengalir.

"Ina--" belum sempat Aariz habis bercakap, Nazneen terus menggelengkan kepalanya.

"Awak memang tak pernah cuba untuk sayangkan saya ke? Hiks, pernah tak awak cuba untuk sayangkan saya? Pernah tak awak cuba untuk perbaiki hubungan kita? Dah seminggu awak dingin dengan saya. Awak buat saya macam tak wujud. Hiks, awak layan saya macam saya ni tunggul kayu. Awak tengking saya, awak marah saya, awak tak pernah makan apa yang saya masak sejak seminggu lalu. Hiks, saya tahan, saya pujuk diri saya sendiri, mungkin awak tertekan dengan kerja awak tapi apa yang saya dapat? Awak tipu saya! awak tipu saya, saya ni siapa bagi awak? Siapa? Saya tahu, saya bukan sesiapa untuk awak, cukuplah selama tiga bulan perkahwinan kita, awak jaga saya dengan baik. Hiks, kalau awak dah taknak dekat saya, satu je saya minta. Awak hantar saya balik ke pangkuan keluarga saya. Saya tak boleh hidup dengan orang yang tak sayangkan saya, saya dah penat untuk semua ni. Sa-saya kecewa dengan awak, kecewa!" Rintih Nazneen sambil menangis teresak-esak. Dia jatuh terduduk disitu.

Tanpa mereka berdua sedar, ada manusia lain yang mendengar di sebalik pintu. Pintu bilik pasangan itu tidak tutup dengan rapat membuatkan semua orang yang ada di tingkat itu mendengar segala luahan Nazneen.

Hati Aariz turut berasa sakit mendengar luahan hati isterinya. Dia juga turut jatuh terduduk di atas lantai.

"Inara, aku tak ada niat nak buat kau macam ni. Aku minta maaf sayang." Rayu Aariz. Tangannya cuba memegang bahu si isteri

"Tak payah minta maaf dengan saya! Semua dah terlambat, awak mungkiri janji awak dan awak tipu saya. Cukup selama seminggu ini saya tahan dengan perangai dingin awak. Awak tak pernah sayangkan saya. Awak, awak..." Nazneen tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dada Aariz di tumbuk geram, agar dapat menghilangkan rasa sakit hatinya.

"Aku minta maaf sayang, aku sayangkan kau Inara. Sumpah, perasaan aku dekat kau tak tipu. Aku sayang kau sangat.." luah Aariz untuk kali pertamanya di hadapan Nazneen. Selalunya, Aariz akan cakap begitu selepas Nazneen tidur.

Nazneen tertawa hambar, "Sayang? Tak payah pujuk saya dengan kata-kata manis awak." Nazneen bangun dari duduknya. Almari di tuju dan beg tangannya di ambil bersama. Barang yang ada di dalam beg tangannya di cek. Semua ada.

"Saya nak balik rumah mummy." Ujar Nazneen. Air matanya yang masih ada di birai mata di kesat kasar.

Aariz juga bangun berdiri, "Tak, kau tak boleh balik. Aku takkan benarkan kau balik." Halang Aariz.

"Saya tak peduli!" Bentak Nazneen. Pintu bilik dibuka dan dia terkejut melihat kakak ipar serta abang iparnya ada dan tidak lupa biras-birasnya.

Wajah Auliya, Nur Husna dan Aileen di penuhi air mata. Mereka turut sedih mendengar luahan sayu Nazneen. Mereka sebagai perempuan turut merasakan apa yang dirasai oleh Nazneen.

♡♡♡♡♡

"Nazneen, apa yang jadi? Cuba cerita dekat ibu." ujar Datin Hasnila.

Nazneen memandang ibu mertuanya sayu.

"Nazneen dah tak tahan ibu, Aariz layan Nazneen lain sangat. Nazneen tak kuat. Nazneen cintakan dia tapi ini yang Nazneen dapat." Rintih Nazneen lagi, untuk kedua kalinya dia menangis di hadapan Auliya, Aileen dan Nur Husna.

"Aariz selalu tengking Nazneen kalau Nazneen tanya 'awak dah makan belum. Saya ada masakan untuk awak.' sebab Nazneen asyik tanya soalan yang sama. Tapi salah ke Nazneen tanya? Itu tugas Nazneen sebagai isteri ibu."

Luluh hati Datin Hasnila mendengar luahan sayu Nazneen. Segera tubuh kecil itu dipeluk. Menyalurkan kekuatan.

"Ibu tak sangka, perangai Aariz macam tu." Ujar Datin Hasnila sebak.

Auliya dan Aileen juga turut rasa sebak, sanggup adik mereka membuat Nazneen begitu.

"Naz selalu tanya, apa salah Naz sehingga dia dingin dengan Naz tapi jawapan dia tetap sama. 'Kau tak ada buat salah dengan aku Inara.' itu yang Aariz balas. Nazneen nak buat apa? Dia tak bagitahu salah Nazneen apa, tsk." Rintih Nazneen lagi.

"Syhhh, jangan nangis lagi sayang. Ibu akan cakap dengan Aariz." Pujuk Datin Hasnila. Bahu gadis itu di gosok lembut. Bagi menenangkan Nazneen yang menangis itu.

"Terima kasih ibu tsk."

Handphone Nazneen tiba-tiba saja berbunyi. Nazneen mengambil handphone yang ada dalam beg tangannya.

Nama Wafa tertera di situ.

"Hello." jawab Nazneen.

"Ha? Okay-okay aku pergi sekarang! Kau dan Ana tunggu aku." Ujar Nazneen laju. Jantungnya automatik berdetak laju. Panggilan diputuskan.

"Ibu, kak Liya, kaklong, kak Leen. Naz kena pergi dulu ya. Ada urgent." Pamit Nazneen laju meninggalkan mereka.

Dia tidak sempat ingin menyalam tangan semua wanita disitu kerana Wafa mengatakan bahawa dia satu rahsia yang ingin di beritahu. Rahsia yang selama ini dia tunggu terbongkar!

Tbc..


𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now