BAB 15

935 55 0
                                    

Auliya serta anaknya Fadhila dan Fakhira masuk ke dalam Floral Cafe. Gara-gara Fadhila yang ingin menunjukkan kepada mamanya bahawa dia sudah ada maksu.

"Selamat datang ke Floral Cafe." Masuk sahaja di dalam cafe itu membuatkan Auliya tertegun. Benar kata anak perempuannya bahawa cafe ini mempunyai dekorasi yang menarik.

"Mama, kalau angah nak red velvet cheese cake boleh tak?" Tanya Fadhila sambil memandang Auliya.

"Adik nak juga mama." Sampuk Fakhira yang berada di dukungan Auliya.

"Boleh sayang. Beli je korang nak apa. Lagipun papa korang kaya, takkan bangkrup hanya kerana beli kek untuk korang." Ujar Auliya sengaja menghasut anaknya. Sekali sekala kenakan suami apa salahnya kan? HAHAHA, Auliya gelak jahat dalam hati.

"Puan nak order apa?" soal Liyli seorang pekerja di Floral Cafe.

"Erm, bagi saya red velvet cheese cake one box. Cupcake perisa coklat cip bagi 6, milk tea coffee 1 dan strawberry milkshake 2. Red velvet cheese cake saya nak bungkus ya." Pesan Auliya sambil tersenyum manis.

"Puan tunggu sekejap ya." Pekerja yang bernama Liyli itu berlalu.

"Mama, dekat sinilah pakcik Farish cakap yang maksu kerja sini." Ujar Fadhila untuk kali yang ke seratus. Untuk sebulan 1 minggu ini Fadhila asyik mengatakan benda yang sama saja, semua ini gara-gara budak Farish tu. Ajar anak dia bukan-bukan. Otak sewel Asyraf berjaya berjangkit terkena Farish rupanya. Tak salah lagi, memang perangai sewel Farish datang dari Asyraf kerana Irsyad tidak mempunyai perangai sewel seperti Asyraf.

"Ya angah, mama ingat. Ini kali yang ke seratus angah cakap benda yang sama angah." Kata Auliya sambil menggeleng lemah.

Bebola mata Auliya meliau mencari kelibat yang dikatakan oleh Fadhila. Siapa nama gadis itu? Sebab Aariz dan Farish tidak pernah mengatakan nama gadis yang di gelar maksu itu.

"Maksu!" Panggil Fadhila tiba-tiba apabila melihat kelibat Nazneen yang baru saja melangkah masuk ke cafe bersama Irsa. Mereka baru saja selesai makan tengah hari bersama Tok wan dan Nek wan di rumah.

Nazneen yang merasa dirinya di panggil berpaling. Kenapa dia rasa begitu? Kerana orang yang memanggil dia maksu 3 orang je, iaitu Amsyar, Adam dan Fadhila.

"Maksu sinilah!" Panggil Fadhila lagi. Tangannya melambai-lambai ke arah Nazneen yang masih tercegat disitu.

"Irsa, aku pergi sana kejap." Ucapnya kepada Irsa yang sedang memandangnya dengan pandangan penuh makna. Tak lama lagi adik dia dah nak kahwin! Dia bila lagi?

"Okay, pergilah Naz! Layan bakal kakak ipar dan anak saudara kau." Usik Irsa sambil tersengih.

"Ada-ada je kau ni sya!" Marah Nazneen kembali. Tanpa mempedulikan Irsa yang seronok ketawa itu dia berjalan mendekati Fadhila. Senyuman nipis di ukirkan.

"Mama inilah maksu! Cantikkan maksu?" Soal Fadhila kepada Auliya yang sedang meniliti wajah Nazneen dari atas sampai ke bawah.

"Mama, maksu cantiklah!" Kata Fakhira dengan wajah polosnya. Apa yang dikatakan kakaknya kembali dituruti.

"Nazneen Inara? Right?" Soal Auliya setelah lama meneliti Auliya dari atas hingga ke bawah. Makin cantik budak penakut tu dulu.

"Ya, ni kak Liya ke?" Tanya Nazneen terkejut. Tak sangka Auliya merupakan kakak Aariz, dia masih ingat akan Fadhila yang selalu memanggilnya maksu.

"Ya, ini kak Liya. Dah lama kak Liya tak jumpa Nazneen. Dah besar Nazneen sekarang ni." Ujar Auliya lalu memeluk tubuh kecil gadis itu. Rindunya pada gadis itu terubat sudah. Gadis yang menarik perhatiannya sekarang menjadi maksu kesayangan anaknya. Kecilnya dunia ini.

"Ya Allah akak, Nazneen tak sangka akak ni kakak Aariz." Dengan nada tak percaya Nazneen menyoal. Aariz lelaki yang menyelamatkan dia. Sudah beberapa kali lelaki itu menjadi pelindung untuk dia.

Pelukan Auliya di balas mesra. Dia sendiri tidak tahu mengapa jika dengan Auliya di mudah mesra sedangkan dengan orang lain?

"Mama, ini maksu ke?" Tanya Fakhira dengan mata bulatnya. 'Ya allah! Cutenya anak saudara awak Aariz!' ujar hati Nazneen. Tercuit hatinya melihat mata bulat itu menyoal Auliya.

"Ha'ah ini bakal maksu adik. Adik suka tak dengan maksu?" tanya Auliya sengaja ingin melihat reaksi Nazneen.

Nazneen yang mendengar soalan Auliya terus menyampuk. "Apalah akak ni. Tak baik buat budak kecil macam tu. Dia tak faham apa-apa. Lagipun Nazneen ni bukan maksu diaorang." Balas Nazneen.

Wajah Auliya terus berubah mendengarkan jawapan Nazneen. "Kenapa? Nazneen tak sudi ke kahwin dengan adik akak?" Soal Auliya. Riak wajah sengaja dibuat sedih.

"Bukan macam tu akak, suka tak suka belakang kira tapi jodoh kan rahsia Allah." Tenang Nazneen membalas, tak mahu menyakitkan hati wanita di hadapannya.

Auliya tersengih dalam hati. 'Haih, Nazneen ni sesuai betul di buat menantu. Bila agaknya adik aku nak kahwin? Kalau dia nak kahwin aku akan suruh dia kahwin dengan Nazneen. Sopan, baik hati dan full package la. Kalau jadi adik ipar aku mesti best.' ujar hati Auliya.

"Akak gurau je Nazneen. Kalau jodoh tak kemana, ya tak?" Tanya Auliya sengaja mengusik. Membuatkan Nazneen tersenyum malu. Apa ingat orang pendiam tak ada perasaan malu ke?

"By the way, akak datang sini beli apa?" Soal Nazneen sengaja mengalihkan topik. Taknak dia yang menjadi topik perbualan.

"Akak beli macam-macamlah. Ini air akak minum dekat sini je." Balas Auliya.

"Anak akak yang ni nama apa? Cute akak! Geram Nazneen tengok."

"Fakhira. Ini anak bongsu akak." Jawab Auliya senyum lebar. Melihat anaknya membesar dengan baik membuatkan dia sebagai ibu bahagia.

"Dhila tak cute ke maksu?" Tanya Fadhila manja. Fadhila jika datang mood manja dia sudahlah. Hanya Adam yang larat nak layan mood manja adik kembarnya itu.

"Dhila bukan cute tapi Dhila cantik!" Kata Nazneen. Tubuh gadis itu di peluk sedikit. Fadhila mengukirkan senyuman apabila Nazneen mengatakan dia cantik.

"Terima kasih maksu." Balas Fadhila tersipu-sipu malu.

Nazneen hanya tersenyum melihat gelagat Fadhila. Alangkah bagusnya jika dia mempunyai anak saudara seperti Fadhila tapi iti mustahil kerana alongnya sahaja itu belum berkahwin. Anak saudara? Lambert lagi!

"Nazneen suka budak-budak?"

"Nazneen suka sangat kak, kanak-kanak menenangkan hati kak. Tengok diaorang senyum itu membuatkan Nazneen senyum juga. Alangkah indah hidup Nazneen jika dapat mengukirkan senyuman seperti kanak-kanak. Senyuman yang tiada masalah yang dihadapi." jelas Nazneen. Matanya memandang Fakhira yang berada disebelah Fadhila itu. Kanak-kanak itu seronok ketawa bersama kakaknya.

"Biasalah dik, hidup sentiasa ada ujian. Allah takkan uji kalau tak sayang. Betul tak?"

"Betul kak, kata-kata tu along Nazneen suruh Nazneen ingat sampai bila-bila dan Nazneen takkan lupa dengan kata-kata semangat tu." dengan semangat Nazneen membalas. Hilang sudah perangai pendiamnya bila bersama Auliya. Bila bersama Auliya automatik dia berubah menjadi seorang yang peramah. Pelik bukan? Hahaha.

Tbc..

Tbc

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant