BAB 44

1K 41 0
                                    

''Apa yang korang nak bagitahu aku?'' Soal Nazneen sebaik saja tiba di cafe yang berdekatan rumah Wafa dan Juliana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


''Apa yang korang nak bagitahu aku?'' Soal Nazneen sebaik saja tiba di cafe yang berdekatan rumah Wafa dan Juliana.

"Ni pasal Lashira." Ujar Juliana dengan wajah bersalah.

"Kenapa dengan dia? Cuba kau bagitahu aku, rahsia apa yang korang nak bagitahu aku?" soal Nazneen turut berdebar.

"Cuba kau dengar ni." Arah Wafa. Rakaman suara yang mengandungi suara Wafa, Juliana dan Lashira.

Sebab kenapa Lashira amat bencikan Nazneen akan terbongkar hari ini.

Nazneen mengambil handphone Wafa dan butang on rakaman suara di buka.

"Lashira, kenapa kau benci sangat dengan Nazneen?" soal Juliana.

Mata sebelah kanan dikenyitkan kepada Wafa, tanda rancangan mereka sudah bermula. Juliana dan Wafa terpaksa berlakon untuk mendapatkan jawapan. Kenapa Lashira Amani sangat bencikan Nazneen Inara.

"Kau nak tahu sangat kenapa?"

"Yalah, aku kan kawan baik kau. Lagipun aku dah lama tak puas hati dengan Nazneen. Dari dulu, dia je dapat semua gelaran. Gelaran budak pandai semua dia dapat." kelentong Juliana laju. Wajahnya sengaja dibuat marah supaya Lashira tidak mengesyaki apa-apa.

"Korang nak tahu ke?" soal Lashira sinis.

Dengan pantas dua manusia itu mengangguk, dengan senyuman bahagia kononnya.

Lashira yang sudah mempercayai kedua kawannya itu dengan bangga berkata.

"Sebab mama dan papa Nazneenlah hidup keluarga aku hancur!" balas Lashira sambil menggengam erat kelas kaca yang ada di tangannya.

"Hah! Apa kau cakap ni?" soal Juliana terkejut.

"Disebabkan papa Nazneen pecat papa aku, papa dan mama aku selalu gaduh. Gaduh sebab masalah duit. Hidup keluarga aku hancur, papa aku bunuh diri sebab masalah duit dan mama aku gila. Gila! Hidup aku tak terurus sebelum maksu aku kutip aku balik." jawab Lashira dengan penuh rasa amarah.

Juliana dan Wafa menekup mulut mereka serentak. "Kenapa papa Nazneen pecat papa kau?" soal Wafa.

"Papa aku dituduh pecah amanah. Si Nasrudin bodoh tu tak siasat betul-betul! Umur aku 12 tahun, aku terpaksa hadap semua tu. Nasib baik, maksu aku tolong aku untuk hapuskan orang tua jahanam tu. Maksu aku upah orang untuk rancang kemalangan orang tu bodoh tu. Dan aku happy sangat-sangat diaorang sampai sekarang tak tahu bahawa aku dan maksu aku yang rancang semua tu. Keluarga Nazneen sama bodoh macam si Nasrudin bodoh tu." kutuk Lashira sambil ketawa seperti orang gila.

Nazneen mematikan rakaman suara itu. Tangannya terketar-ketar mendengar bicara mereka bertiga.

Air matanya sudah mengalir membasahi pipinya.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now