BAB 25

863 43 1
                                    

Majlis pertunangan Aariz dan Nazneen.

Datin Hasnila menyarungkan cincin bertahtakan berlian itu di jari manis Nazneen dan disaksikan oleh ramai orang disitu termasuklah kawan baik gadis itu serta keluarga di sebelah lelaki.

"Sekarang ni Nazneen dah sah menjadi tunang kepada Rayyan Aariz. Ada masalah apa-apa bincang elok-elok." Masihat Datin Hasnila lalu memeluk erat gadis itu.

Nazneen hanya kaku di dalam pelukkan Datin Hasnila. Tiba-tiba dia ragu dengan keputusan yang dia buat.

"Nazneen?" Panggil Datin Hasnila apabila tidak mendapat sebarang reaksi dari Nazneen.

"Ya ibu?"

"Tak ada apalah, Nazneen senyap je dari tadi."

"Taklah ibu. Mana ada Nazneen senyap." Balas Nazneen sambil tersenyum nipis. Melihat wajah Datin Hasnila yang senyum manis itu membuatkan dia rindu akan arwah mamanya.

"Ibu tinggalkan Nazneen dulu ya. Ibu bagi peluang untuk Nazneen bersama dengan kawan Nazneen." Pamit Datin Hasnila lalu meninggalkan Nazneen disitu.

Hilang saja kelibat Datin Hasnila. Semua kawan baik Nazneen menyerbu ke arah gadis itu. Ucapan tahniah dijadikan sebagai pembuka bicara.

"Tahniah Naz!" Serentak mereka berkata.

Ameera, Farah dan Irsa memeluk Nazneen bergantian. Gembira mereka melihat Nazneen sudah berpunya. Mereka bila lagi? Eh lupa Irsa dah ada boyfriend hehehe.

"Terima kasih korang. Korang tak makan lagi kan? Pergilah makan dulu, jom aku teman." Ujar Nazneen lalu ingin bangun.

"Baguslah, aku pun tengah lapar ni." Jawab Rafique tersengih tidak tahu malu. Apa yang penting perut dia sekarang ni perlu diisi dahulu.

"Kau ni, dekat rumah orang pun buat perangai tak senonoh." Kutuk Syakil.

"Bukanlah! Aku laparlah!"

"Sama je." Balas Syakil menyampah.

Nazneen merenung mereka berdua tajam. "Korang datang ni nak gaduh atau datang nak jumpa aku?"

"Mestilah jumpa kau!" Balas Syakil dan Rafique serentak.

"Kalau nak jumpa aku jangan gaduh! Dah korang pergi makan. Aku jumpa along dan maksu kejap ya. Irsa, kau teman diaorang makan Kejap." Arah Nazneen kepada Irsa yang dari tadi memerhati.

"Beres!" Balas Irsa semangat. Lengan Farah dan Ameera di peluk. Di kiri Ameera manakala di kanan Farah. Irsa tabiat dia yang dari lapan tahun lepas tak boleh di hilangkan lagi.

"Kami cau dulu Naz! Bye!"

Hilang saja kelibat mereka, Nazneen berjalan menuju ke arah Nazril dan Izyan serta tunang Izyan iaitu Quzairy. Ingat lagi Quzairy? Jejaka yang menolong Nazneen dan Irsa yang jatuh dalam parit.

"Along, maksu, abang Zai." Sapa Nazneen.

"Argh Nazneen! Tak sangka maksu adik dah tunang. Tak lama lagi bakal bergelar isteri orang pula." Usik Izyan.

"Ada-ada jelah maksu ni. Lambat lagi tu." Balas Nazneen tersenyum malu.

Nazril memandang adiknya menyampah. "Eleh malu-malu kucing pula. By the way, tahniah dik! Tak sangka adik bongsu along dah tunang." Ujar Nazril sambil membuat wajah sedih.

"Tak lama lagi ada lah giliran kau Ril." Sampuk Quzairy. Jangan pelik kenapa Quzairy bercakap begitu dengan Nazril kerana Nazril dan Quzairy berkawan sebelum Quzairy bertunang dengan Izyan lagi.

"Aku? Aku lambert lagi!" Kata Nazril selamba. Dia nak kahwin? Memang taklah! Biarpun umur dah meningkat tapi dia masih tidak merasai untuk berkahwin jadi biarlah adik-adik dia yang berkahwin dulu.

"Jangan yakin sangat Ril, aku percaya lepas je Nazneen kahwin kau pula yang menyusul, kan Nazneen?" Tanya Quzairy tak mahu kalah.

Nazneen yang merasa namanya turut terbabit hanya mengangguk saja. Dia blur seketika.

♡♡♡

"Tahniah Riz! Jadi tunang orang juga kau akhirnya." Ucap Mirza dan Farish. Mereka bertiga datang je cuma mereka tak masuk. Kata Datin Hasnila tak elok Aariz berada di situ sekali kalau tunang.

Aariz mencebik. "Tunang je pun." Balasnya selamba.

"Tunang je kau cakap? Kau tak gembira ke? Orang lain tunang gembira tapi kau.." Mirza memandang Aariz dari atas hingga bawah.

Pelik betul mamat kutub tu.

"Entah dia ni, tak gembira langsung bertunang. Orang lain happy bukan main." Komen Farish pula. Sepupunya ini memang lain betul, dia yang beria tapi dia yang tak gembira.

"Yang korang sibuk kenapa? Suka hati akulah nak happy ke tak." Bidas Aariz mendatar. Jangan sibuk tak boleh ke.

Mirza dan Farish memandang Aariz tidak percaya. Itu kawan mereka ke?

"Kenapa kau macam ni Riz? Suka cakaplah suka, kenapa kau nak ego macam ni? Aku kesian lah dekat budak tu. Malang betul budak tu dapat kau sebagai bakal suami." Bidas Mirza pula sedikit marah lalu meninggalkan Farish dan Aariz disitu. Cakap dengan Aariz buat dia pula sakit hati.

Farish menepuk bahu Aariz perlahan. "Fikir-fikirkanlah, ini soal masa depan kau. Kalau kau tak suka Nazneen jangan buat macam ni. Aku tahu sebab kau kahwin dengan dia, jangan ingat aku tak tahu." Balas Farish perlahan lalu berlalu pergi.

Kini hanya Aariz terdiam sendirian disitu. Dia cuba mencerna segala kata-kata Mirza dan Farish. Nafas dia tarik lalu di hembus kembali.

"Kau boleh Aariz." Ujar Aariz memberi semangat kepada diri sendiri.

Tbc..

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now