1🕊

24K 628 5
                                    

AWAL pagi lagi dirinya sudah tercegat di sekolah memandang dia memikul jawatan sebagai pengawas sekolah. Jadi dia perlu menujukkan sifat-sifat yang baik untuk menjadi contoh kepada pelajar lain.

Buku nota kecil dan satu batang pen wajib berada di tangannya setiap masa di mana jua dia berada. Buku kecil itu mengandungi berpuluh-puluh nama pelajar dengan kesalahan yang berbeza.

"Morning Hasya" tegur Mia.

"Morning" balas Hasya seraya menayangkan senyuman manisnya. Jam ditangan ditilik. 6.45 pagi. Maknanya masa yang berbaki hanya tinggal 15 minit saja. Dia tersenyum senget.

"Wei Hasya tolong gantikan aku jadi MC hari ni boleh tak?" soal Izzah dengan muka yang berkerut.

"Kau ni kenapa okay tak?" Soalan Izzah tadi tidak dijawab sebaliknya dia pula yang menyoal.

"Aku erm sakit perut. Aku period" beritahu Izzah dengan nada yang perlahan saja. Antara dia dan Hasya saja yang mendengarnya.

"Gantikan aku eh? Boleh tak ni?" Izzah menggoyang-goyangkan tangan Hasya apabila melihat rakannya itu hanya mendiamkan diri.

"Boleh je. No problem" jawab Hasya lalu menepuk perlahan tangan kawannya.

"Yes! Thank you sweetheart" kata Izzah dalam nada menahan sakit. Hasya menggeleng melihat Izzah yang sedang senggugut itu.

"Welcome babe"

Jam ditangan ditilik sekali lagi lalu dia menguntumkan senyuman penuh misteri. Inilah masa yang ditunggunya setiap hari iaitu menutup pagar sekolah. Pelajar yang lambat akan berada di luar sekolah sehingga tamat perhimpunan kecuali ada cikgu yang membenarkan masuk.

"Wait!" jerit satu suara garau menghentikan pergerakannya.

"Nak apa?" soal Hasya dengan selamba.

"Ni sekolah kan?"

"Haah sekolah menengah kenapa?"

"Jadi tepilah sikit aku nak masuk" kata lelaki itu namun Hasya sempat menghalang. Ditunjukkan jam tangannya ke arah lelaki itu.

"Sekarang dah pukul tujuh pagi. Kau lambat duduk luar" beritahu Hasya sebelum menyambung kerjanya iaitu menutup pagar.

"Jam aku baru pukul 6.58 pagi. Jam kau tu yang tak betul" kutuk lelaki itu selamba. Hasya menahan marah. Cili mulut baru tahu!

"Jam kau tu yang tak betul" balas Hasya tidak mahu kalah. Lelaki itu memandangnya tajam bagaikan mahu menelannya hidup-hidup namun dia tidak kisah.

"Pak cik! Sekarang ni pukul berapa?" tanya lelaki itu kepada pegawai keselamatan sekolah. Terkejut pak cik itu dibuatnya apabila disergah.

"6.58 pagi" jawab pak cik itu membuntangkan mata Hasya. Eh jam aku betul-betul salah ke?

"Ha! Kau dah dengarkan? Jadi tepi sikit" ujar lelaki itu sebelum menolak perlahan tubuh kecilnya ke tepi.

"Kurang asam keping betul!" rungut Hasya sebelum menutup kembali pintu pagar. Sekarang ini dia perlu bersiap sedia untuk perhimpunan pula.



LANGKAH kaki diatur menuju ke kelas. Selesai sahaja kerjanya menyimpan semua peralatan perhimpunan kini tiba masanya pula untuk menimba ilmu.

Satu-persatu anak tangga didakinya. Dia mengeluh perlahan. Kenapalah kelasnya jauh sangat di tingkat dua. Kalau di bawah kan lebih senang. Lagipula ini tahun akhirnya berada di sekolah itu.

Dalam masa tiga minit dirinya sampai juga di kelas 5 Excellent iaitu kelas paling hadapan yang pelajarnya mengambil jurusan Sains Tulen.

"Adoi penat" katanya perlahan sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi. Kepala diletakkan di atas meja berlapikkan tangan. Semput naik tangga!

"Kau pergi mana lambat?" soal Mia iaitu rakan semejanya.

"Aku kemas peralatan perhimpunan tadi lepas tu pergi ronda sikit and sekarang aku dekat sini" jawab Hasya dengan tersekat-sekat. Dicapainya botol air yang dibawa lalu diminum. Lega!

"Asal tak ajak aku ronda sekali?"

"Kau yang tinggal aku dekat tapak perhimpunan tadi. Malas aku nak naik turun blok akademi ni. Dah lah tinggi. Anak tangganya pula banyak. Penat tahu tak" terang Hasya panjang lebar.

"Dah tuan punya badan gemuk memanglah semput" ujar seseorang dalam nada yang cukup perlahan namun dapat didengari oleh Hasya.

"Apa kau cakap?! Ulang sekali lagi?"

"Gemuk" ulang Iqbal tanpa rasa bersalah.

Hasya naik angin. Dirinya terus berdiri untuk menuju ke arah orang yang mengatakan dirinya gemuk. Namun niatnya terbantut apabila guru mata pelajaran pertama masuk ke dalam kelas.

Matanya mencerlung tajam ke arah Iqbal yang berada di tepi dinding kiri kelas. Geram betul!



BUNYI loceng menandakan tibanya waktu pulang. Semua pelajar tergopoh-gapah memasukkan semua barang ke dalam beg sebelum berlalu pergi. Ada juga yang singgah di kafe sekolah untuk membeli makanan.

"Aku pergi dulu tau" beritahu Mia seraya menepuk lembut bahu rakannya. Hasya hanya mengangguk lantas tersenyum

Segala buku yang mempunyai kerja untuk disiapkan dimasukkan ke dalam beg. Di susunnya satu persatu hingga kemas dan yang terakhir kotak pensel diletakkan. Beg dizip rapat sebelum digalas. Berat!

Lampu serta kipas kelas ditutupnya. Dia meronda bahagian kelas setiap tingkatan untuk memastikan semua pelajar sudah pulang ke rumah. Selepas itu barulah dia berjalan menuju ke arah pondok pengawal kerana di situlah ayahnya akan mengambilnya untuk pulang ke rumah.

"Assalamualaikum ayah" ucap Hasya apabila tiba di hadapan ayahnya.

"Waalaikumussalam. Dah naik cepat" arah Encik Hasyiem. Hasya tersengih sebelum membonceng motosikal itu.




SALAM diberi sebelum masuk ke dalam rumah. Sempat juga dia mengucapkan terima kasih kepada Pak cik Zubir iaitu pemandu keluarganya.

"Iqbal nak makan ke mandi dulu?" tanya Mak Milah kepada anak majikannya itu.

"Nak mandi dulu. Nanti Iqbal nak makan Iqbal bagitahu Mak Milah" beritahu Iqbal sebelum menapak naik ke biliknya.

Beg sekolah dicampak ke tepi dinding. Badan dibaringkan ke atas katil untuk menghilangkan rasa penat. Butang baju tiga teratas dibuka. Nafas penat dilepaskan.

"Ngantuknya" rungut Iqbal perlahan.

Namun digagahkan jua dirinya bangun untuk membersihkan diri. Kain tuala dicapai lalu terus dia memboloskan diri ke dalam bilik mandi.







new story! dont forget to vote🌟comment and share! bye guys luv u♡

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now