33🕊

6.8K 349 11
                                    

TANGANNYA bermain antara satu sama lain. Dadanya berasa bagai ingin pecah saja tika ini. Jikalau boleh dia mahu hari ini ditundakan lagi beberapa hari atau lebih elok tidak wujud. Tetapi itu semua mustahil. Perkara itu pasti akan datang juga.

"Turunlah" arah Iqbal dingin. Hasya memandang wajah suaminya sekilas sebelum turun daripada kereta. Entah mengapa Iqbal berpewatakan begitu. Sedikit sebanyak hatinya terluka.

"Hasya!" jerit seseorang. Hasya berpaling apabila namanya dipanggil. Kelihatan Mia dan Izzah sedang berlari menuju ke arahnya.

"Wow cantiknya kau sekarang. Makan apa? Jamu ke?" usik Mia dengan kening yang dijongket berkali-kali.

"Jamu tok cik kau! Nak buat macam mana Allah dah jadikan aku cantik macam ni" ujar Hasya dengan riak bangganya. Mia sudah mencebik bibir. Inilah perempuan. Pantang dipuji sudah kembang bermangkuk-mangkuk!

"Kau orang ready tak ni?" soal Izzah yang jelas kelihatan di wajahnya riak gelisah.

"Ready tak ready. Bantai je lah" jawab Mia selamba lalu mula melabuhkan duduknya di kerusi yang disediakan. Izzah dan Hasya turut melakukan perkara yang sama.

Kelibat suaminya dicari. Matanya membulat seketika. Hatinya remuk melihat adegan yang boleh dilabelkan panas juga. Iqbal dan tupperware teman wanitanya sedang bergambar. Senyuman manis jelas diukirkan di bibir merah suaminya.

Tidak dia nafikan suaminya mempunyai rupa paras yang mampu melonggarkan lutut kaum Hawa. Dia juga pernah dengar tentang gosip sekolah bahawa Iqbal mempunyai teman wanita beberapa tahun yang lepas. Namun selepas itu berita mengenai Iqbal putus cinta pula menyapa gegendang telinganya. Dari mana dia tahu? Mestilah daripada Mia. Kaki gosip nombor satu sekolah!

"Nama kita tak ada wei!" jerit Mia perlahan menepis lamunan yang berada di dalam kepala Hasya.

"Tak ada dekat mana?" soal Hasya polos. Dia memang tidak dengar nama-nama yang disebutkan oleh guru tadi kerana dia sedang menggelamun.

"Straight A's!" jawab Mia dengan nada yang menahan geram.

"Hasya Imani binti Hasyiem" panggil seorang guru di atas pentas menbuatkan Hasya terpinga-pinga sebentar. Sebelum dia mula mengatur langkah naik ke atas pentas.

"Tahniah" ucap cikgu itu perlahan yang hanya didengari oleh Hasya. Dia hanya menayangkan senyuman nipis lalu turun.

Result ditangannya ditilik seketika sebelum dia menghembuskan keluhan berat. Walaupun ada sedikit rasa kecewa namun dia perlu bersyukur dengan apa yang dia dapat. Kerja keras yang dia lakukan selama ini, akhirnya terbayar juga.

"Ha! Hasya kau dapat berapa?" soal Hilman mengejutkan Hasyam. Di situ juga terdapat kedua ibu bapanya serta ibu bapa Iqbal.

"7A 2B" jawab Hasya perlahan. Antara dengar atau tidak. Riak kecewa di wajah Hasya memang tidak dapat disorokkan lagi.

"Okaylah tu. Alhamdulilah" ucap Puan Maisarah lalu memeluk tubuh anaknya. Datin Habibah juga turut memeluk tubuh menantunya itu. Ucapan tahniah diberikan. Hasya hanya mengangguk dan tersenyum.

"Kau pula Iqbal?" tanya Hilman kepada Iqbal yang dari tadi hanya memerhati adegan peluk-memeluk antara ibu dan anak.

"Straight A's" beritahu Iqbal bangga. Slip keputusan di tangannya ditunjukkan menyebabkan mata Hasya membulat. Seriuslah!

"Tahniah Iqbal" ucap Puan Maisarah seraya menepuk perlahan bahu menantunya itu. Sempat dia mengerling ke arah Hasya yang jelas terkejut.

"Terima kasih ibu"

"Malam ni kita makan dekat luarlah sempena Iqbal dan Hasya dapat results" kata Datin Habibah menyuarakan pendapatnya.

"Boleh juga" jawab Encik Hasyiem setuju.











MAKAN malam berlalu dengan suasana yang ceria. Namun kedinginan antara pasangan merpati sejoli tidak diketahui oleh kedua ibu bapa mereka.

Hasya yang memikirkannya bertemu jalan buntu. Sudah penat dia mengerah otak untuk mengingati semula jika dia ada lakukan kesilapan. Tetapi yang dia dapati ialah kosong.

"Kau tak nak tidur lagi ke?" soal Iqbal dengan nada yang mendatar. Lamunan Hasya berlalu pergi begitu saja. Dipandang tubuh suaminya yang lengkap berpakaian tidur.

"Tak nak lagi" jawab Hasya perlahan sebelum bangun dari duduknya dan menuju ke beranda. Pintu gelangsar dibuka lalu mahu ditutup semula. Tetapi ada beban yang menyekatnya membuatkan Hasya berpaling. Tangan yang mahu menutup pintu gelangsar dijatuhkan.

Pemandangan malam yang dihiasi bulan dan bintang yang menyinari kegelapan. Angin yang bertiup perlahan menyapa lembut kulitnya.

"Tahniah Iqbal" ucap Hasya perlahan tanpa memandang ke arah suaminya. Iqbal berpaling melihat wajah isterinya yang mendung.

"Aku minta maaf" kata Iqbal. Direndahkan egonya semata-mata untuk seorang insan yang bergelar perempuan. Hasya hanya berdiam diri menantikan apa yang bakal dikatakan oleh suaminya. Air mata yang ingin jatuh ditahan.

"A..aku tak sepatutnya buat kau macam tu. Jujur aku marah sebab kau dengan Aril macam rapat. Dan aku tak suka semua tu" beritahu Iqbal jujur dari lubuk hatinya.

"Aku yakin kau mesti nampak yang aku tangkap gambar dengan perempuan tu. Tapi sumpah aku dah tak ada apa-apa kaitan dengan dia" terang Iqbal awal-awal kerana malas mahu disoal siasat.

"I am sorry sayang" ucap Iqbal sebelum beranikan diri memeluk isterinya. Kepala Hasya diusap penuh sayang.

"Saya pun nak minta maaf. Kita kosong-kosong eh?" kata Hasya lalu mendongak sedikit untuk melihat wajah suaminya. Ternyata Iqbal sedang tersenyum sambil menunduk ke bawah.

"Iya sayang" balas Iqbal sebelum mengeratkan pelukan. Hasya juga turut membalas pelukan suaminya. Hangat!

"Sayang..." panggil Iqbal meleret. Tangannya pula sudah menjalar di sekitar lengan Hasya membuatkan bulu romanya automatik menegak. Seram mak!

"N..nak apa?"

"Kau ingat tak deal yang kita buat sebelum exam? Deal tu berbunyi macam ni. Kalau siapa dapat results gempak boleh minta satu benda" kata Iqbal dengan senyuman nakal yang sudah terukir di bibir merahnya.

Hasya sudah menelan air liur kesat. Terasa kering pula kerongkongnya saat ini. Padangan nakal Iqbal terhadapnya, dibuat-buat tidak nampak.

"Ada ke kita deal macam tu?" soal Hasya ingin menimbulkan rasa curiga di lubuk hati suaminya. Namun tidak berjaya apabila tubuhnya tiba-tiba di awangan. Tangannya secara spontan naik melingkar di leher Iqbal.

"Ada sayang..." jawab Iqbal sebelum berjeda seketika sambil memandang wajahnya.

"dan aku nak tuntut malam ni" sambung Iqbal sebelum mula melangkah ke arah katil. Pintu gelangsar ditolak menggunakan kaki. Badan isterinya dicampak perlahan ke atas katil.

Dada Hasya terasa ingin pecah saat ini apabila perasan akan kedudukan mereka yang agak aneh mungkin. Wajah Iqbal dengannya juga hanya beberapa inci.

Dekat sangat!












new chapter update! don't forget to vote🌟comment and share! bye lobe you guys♥︎

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now