16🕊

7.6K 364 3
                                    

GENAP sebulan usia perkahwinan mereka dan alhamdulilah tiada apa yang berlaku. Hari demi hari berlalu, Hasya semakin boleh menerima Iqbal dalam hidupnya. Bukannya selama ini dia tidak menerima Iqbal cuma dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Berkahwin di usia yang sangat muda amat mencabar baginya kerana dia tidak punya ilmu yang tinggi dan masih lagi terkial-kial memupuk ilmu di sekolah. Dalam melayari bahtera alam perkahwinan banyak yang dia perlu pelajari dan kepercayaan itu penting.

Bilik tidur mereka dikemasnya sebaik yang mungkin. Segala debu disedut menggunakan vakum berkuasa tinggi. Setelah itu dilap pula dengan kain yang lembap. Memang berkilat!

Setelah itu barangan yang berada di atas meja solek disusunnya teratur. Botol-botol yang kosong dicampak ke dalam tong sampah. Laci meja itu pula dibuka. Dia mengeluarkan segala yang ada di dalam laci sebelum menyusunnya kembali.

Sedang elok dia menyusun barangan, langkahnya terhenti apabila melihat satu botol ubat yang dia tidak pasti kepunyaan siapa. Diperhati ubat itu lama sebelum dia terpegun. Dibaca apa yang ditulis di botol ubat itu berulang kali. Mustahil!

"Sayang! Dekat mana?!" laung Iqbal kuat. Lekas-lekas dia menyusun barangan di dalam laci itu termasuk botol ubat tadi.

"Ada dalam bilik ni!" jawab Hasya lebih kurang kuat juga.

Iqbal memasuki bilik itu lalu terus dipeluk tubuh isterinya. Hasya turut membalas pelukan walaupun hairan dengan kelakuan suaminya.

"Kenapa ni?"soal Hasya sambil mengelus lembut rambut suaminya.

"Rindu" jawab Iqbal perlahan. Hasya tergelak kecil mendengarnya.

"Saya ada depan awak ni. Nak rindu buat apa?"

"Saja" Hasya menggeleng perlahan mendengar jawapan biasa suaminya. Rasa nak hempuk je kepala dia guna kamus. Geram!

"Awak dari mana ni? Tiba-tiba datang peluk saya"

"Dari luar" balas Iqbal. Masih lagi dalam keadaan memeluk isterinya. Sekali tengok macam beruang koala pula. Melekat saja dekat pokok.

"Go bath first" arah Hasya lalu menunjukkan bilik air. Iqbal menggeleng tanda tidak mahu.

"Iqbal" panggil Hasya tegas menandakan dia benar-benar memaksudkannya.

"Ish baru nak manja-manja" rungut Iqbal lalu berjalan dengan pasrah menuju ke arah bilik air. Baju dibuka lalu dicampak masuk ke dalam bakul kain.

Yes,masuk!

Hasya cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dalam hati sudah berdongkol marah dengan sikap selamba suaminya itu. Kalau Iqbal tak apalah dia tidak malu tetapi dirinya yang sedang melihat ini berasa malu yang amat.

Ibu tolong Hasya!







TUAN punya gelang masih lagi tidak dapat ditemui. Kali pertama mereka bertembung merupakan juga kali terakhir. Dia sudah puas mencari gadis bermata coklat gelap itu di merata tempat. Tetapi tidak dijumpai.
Gelang yang berada dalam genggamannya akan dia jaga sebaik mungkin sehinggalah berjumpa dengan tuannya sendiri. Itu janjinya.

"Baa!"

"Bulan biru!" latahnya kuat menarik beberapa perhatian orang lain.

"Dah rasa lama hidup ke?" soalnya dengan nada yang menahan marah. Ni kalau tumbuk sampai tercabut gigi sekalipun memang tak berdosa.

"Eh belum lagi. Sebelum aku mati aku nak pergi umrah dulu dengan parents aku" jawab Amirul lalu melabuhkan duduk di hadapan kawannya.

"Alhamdulilah bagus-bagus" puji Hilman tetapi tidak ikhlas saja bunyinya.

"Kau fikir fasal apa? Dari tadi lagi sebenarnya aku sampai. Saja nak tengok kau sedar ke tak. Rupanya tak. Nasib aku tegur kau tadi. Kalau tidak sampai ke sudah kau duk termenung" beritahu Amirul lalu memesan air dan makanan.

"Nasib kau tegur kau kata? Tu bukan tegur tapi sergah. Kau faham tak sergah. Alhamdulilah umur aku panjang lagi. Kalau tak memang dah arwah" balas Hilman geram dengan perangai Amirul.

"Ala you ni nak gurau sikit pun tak boleh ke?" soal Amirul dengan gaya pondannya. Suara juga sengaja dilunakkan. Hilman membuat muka kegelian. Bodoh punya kawan!







SEKALI lagi dia menjadi mangsa untuk menemani suaminya bermain bola di padang. Katanya perlawanan bola sepak peringkat sekolah semakin hampir. Jadi disebabkan itulah suaminya berlatih semampu mungkin.

Iqbal berjalan ke arahnya lalu dia terus memberikan sebotol air mineral. Diteguk rakus air mineral sehingga separuh botol. Hasya tersenyum memandang wajah suaminya yang bermandikan peluh. Lepas main pun handsome!

"Kenapa pandang aku macam tu?" soal Iqbal apabila isterinya itu memandangnya tanpa berkelip.

"Saja" jawab Hasya meniru jawapan yang biasa dikeluarkan oleh suaminya. Iqbal tersenyum mendengar jawapan isterinya. Pandai ya sekarang!

"Jom balik. Dah nak maghrib ni" ajak Iqbal lalu memimpin tangan kecil isterinya. Comel sangat!

Hasya mengangguk. Dia berjalan mengikut jejak langkah suaminya yang besar. Dia mengeluh perlahan.

"Awak perlahan sikit jalan tu" beritahu Hasya kepada suaminya. Iqbal ketawa perlahan sebelum akur dengan arahan isterinya.

Berpasang-pasang mata memandang ke arah mereka berdua semasa berjalan membuatkan amarah Hasya bergelora secara tiba-tiba. Mana tidaknya apabila majoriti yang memandang mereka ialah perempuan. Atau lebih tepat lagi memandang suaminya.

Mesti sahaja mereka memuji Iqbal melambung-lambung dan pasti akan ada salah seorang daripada mereka tersuka tanpa sengaja kepada suaminya. Manakan tidak dengan keadaan Iqbal sekarang ini yang agak seksi di matanya dan juga mata perempuan lain.

Dengan baju tanpa lengan yang dipakai besertakan seluar trek dan selipar. Kasut bola dipegangnya ditangan. Agak santai pemakainnya namun dapat menarik perhatian ramai. Genggaman ditangan suaminya semakin dikemaskan.

"Kenapa?" soal Iqbal apabila terasa genggaman tangannya dieratkan.

"Awak jangan tengok arah lain eh. Pandang depan aja" arah Hasya dengan nada tegasnya. Iqbal tidak menurut arahan isterinya. Dia memandang sekeliling dan dia menyesal apabila terlihatkan pandangan perempuan lain ke arahnya.

"Cemburu eh?" tebak Iqbal sengaja mahu mengusik isterinya.

"Haah" jujur Hasya tanpa rasa malu membuatkan Iqbal tersenyum senget. Akhirnya isterinya itu mengaku juga.

"Sayang juga kau dekat aku"

"Kalau tak sayang tak ada maknanya saya teman awak datang sini" balas Hasya geram. Ada saja idea mahu mengusiknya.

"Thank you sayang" bisik Iqbal rapat ditelinga isterinya sehingga Hasya menggeliat kecil kerana geli.

"Most welcome" jawab Hasya.

Mereka berjalan sambil mengayunkan tangan. Sekali lihat seperti pasangan bercinta. Ada juga yang memandang dia dan Iqbal dengan pandangan yang serong. Mungkin kerana di fikiran mereka dia dan Iqbal ialah pasangan kekasih yang tidak sah tetapi sudah berpegang-pegangan. Seperti melawan syariat Islam.






new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! love you all♥︎

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now