8🕊

7.7K 377 29
                                    

LANGKAHNYA diatur menuju ke arah seorang pengawas yang sedang berjaga di pagar sekolah. Dari tadi lagi dia melihat dan sekarang ini dia beranikan diri untuk menegur pengawas tersebut.

"Hai good morning" ujar Naufal dengan nada yang ceria saja.

"Morning" jawab Hasya lalu menghadiahkan senyuman manisnya.

"Busy ke?" soal Naufal sekadar berbasa-basi.

"Not really. Kenapa datang sini? Pergilah beratur sana" beritahu Hasya memandang tepat ke arah Naufal.

"Bosan. I dont have someone to talk. So here I am to talk with you" balas Naufal selamba. Hasya tergelak perlahan. Datang sini semata-mata untuk bercakap dengan aku? Nonsense!

"Oh before I forget today I will be the MC"

"So you are the new school prefect?"

"Yes I am. So we will always have to do the tasks together and I am honor to gain knowledge with you to carry out the tasks properly" kata Naufal dengan bersungguh.

"I really like your personality anyway. Always happy" puji Hasya dengan ikhlasnya.

"Aww you make me shy" balas Naufal dengan gaya gedik yang dibuat-buat. Pecah ketawa Hasya melihat Naufal begitu. Pondan!

Dari jauh sepasang mata tajam memandang ke arah mereka tanpa disedari. Bermula awal sampai akhir dia hanya melihat saja mereka berdua bercakap dan bergelak ketawa. Tangan dikepal erat menahan kemarahan yang bakal meletus.






HASYA menggalas beg laptop kepunyaan cikgu Suriani. Dia terserempak akan Cikgu Suriani di kafe sekolah jadi dia menawarkan diri untuk membawa beg laptop dan sedikit buku. Perlahan-lahan tangga didaki untuk menuju ke kelasnya.

Salam diberi perlahan sebelum dia masuk ke dalam kelas. Beg laptop diletakkan di atas kerusi guru manakal buku-buku diletakkan di atas meja. Dia terus melabuhkan duduk di kerusinya lalu meneguk air. Haus!

"Mana cikgu?" soal Mia yang sedang kalut menyiapkan kerja sekolah. Padah bila suka bertangguh kerja hingga membukit.

"Lagi lima minit cikgu sampai" beritahu Hasya dengan nafas yang tersangkut-sangkut. Semput naik tangga.

"Wei kau tahu tak yang kau sekarang ni famous dekat sekolah" ujar Mia mengerutkan dahi Hasya. Dia famous?

"Aku tak tahu and the reason aku jadi famous kenapa? Story now!" arah Hasya. Dia memang minat gosip sekolah walaupun tentang dirinya.

"Sebab kau rapat dengan budak baru kelas sebelah tu. Apa nama dia Naufal right?" bisik Mia perlahan. Tidak mahu didengari oleh kawan sekelas yang lain.

"Haah Naufal and for your information fasal makan dekat kafe hari tu pengetua yang suruh aku ajak dia sebab dia tak biasa lagi kan. So why not aku tolong dia. Bukannya salah pun" terang Hasya sekali gus membela nasib dirinya.

"Fasal dekat pagar pagi tadi kenapa pula sampai gelak-gelak lagi" tanya Mia seperti penyiasat. Hasya tergelak sedikit dengan tingkah laku Mia yang bersungguh mahu mengorek cerita daripadanya.

"Pagi tadi dia datang dekat aku sebab dia bosan dan bermula hari ini dia jadi pengawas sekolah. So aku yang berhati mulia ni tolonglah dia. That's all!" beritahu Hasya lalu menggeleng kepala perlahan. Manusia kan beginilah sifatnya selalu saja mencari salah orang walaupun diri sendiri juga melakukan kesilapan.

"Nanti kau cakap macam ni dengan geng gosip yang lain. Cermin diri sendiri dulu sebelum tegur orang dan jangan tabur fitnah merata-rata. Takut jadi busuk pula bumi ni sebab dosa dia orang" bidas Hasya pedas.

"Assalamualaikum and good morning everyone" ucap Cikgu Suriani yang baru saja melangkah masuk ke dalam kelas.

Mereka semua berdiri lalu menjawab salam yang diberi. Bacaan doa dibaca sebelum memulakan kelas.





"CAN I join you guys?" soal seseorang mamatikan percakapan Hasya dan Mia.

"Sure" jawab Hasya dengan senyuman. Mia membuntangkan matam. Memang cari nahas betul Hasya ni!

"You guys bercakal pasal apa? Mind to tell me?" tanya Naufal lagi sambil membuka plastik bungkusan roti.

"Nothing. Just a useless chit chat" kata Hasya lalu memandang ke arah Mia yang hanya diam menikmati makanannya.

"Hai Hasya" tegur satu suara garau lalu mebuhkan duduk di kerusi bersebelahannya.

Hasya terkejut melihat Iqbal yang hanya tersenyum memandangnya dan sekarang ini dia duduk di sebelah Iqbal. What!

"Erm hai" jawab Hasya dengan kekok. Dia tidak selesa berada dalam jarak serapat ini dengan Iqbal.

"Iqbal please ke sana sikit boleh?" kata Hasya lalu membuat gaya dengan tangan seperti menghalau.

"Kenapa pula? Tak boleh ke aku duduk sini?" soal Iqbal hairan.

"Tak boleh. Kau lelaki aku perempuan. So ke sana sikit"

"Eh biarlah aku duduk sini. Tak haram pun" jawab Iqbal masih lagi berdegil. Dia suka melihat wajah Hasya yang sedang marah. Indah di matanya.

"Haram okay"

"Then biar aku jadikan dia halal. Kita kahwin" selamba Iqbal berkata-kata sambil mengjongketkan kening berkali-kali.

Hasya dan Mia terkelu. Iqbal ajak Hasya kahwin? Dia tak salah dengarkan?

"No"

"No for what? Ouh for the proposal? Am I rejected?" soal Iqbal sengaja membuat muka tidak tahu.

"Yes you are" jawab Hasya dengan tersekat-sekat. Masih lagi berfikir sama ada dia dengar betul atau tidak berkaitan dengan kahwin. Eh kejap! Kenapa aku kena kisah pula?

"Your hurt me" ujar Iqbal dengan nada yang sengaja dibuat gedik. Dia memegang dadanya tanda sakit hati.

"Oh ni budak baru tu eh? Nama aku Iqbal" kata Iqbal apabila dia melihat wajah yang amat dia kenali berada di hadapannya.

"Naufal"

Mereka berjabat tangan bersama namun yang anehnya ialah pandangan mereka. Tajam bak pedang samurai. Mempunyai seribu satu rasa yang berbeza.

"Erm masa rehat dah nak habis. Aku naik kelas dulu. Jom Mia" ajak Hasya lalu menarik tangan Mia agar mengikuti langkahnya. Iqbal turut mengikut jejak Hasya dan Mia menuju ke kelas mereka. Sempat dia menayangkan senyuman sinis di hadapan Naufal.

"Bangsat" carut Naufal perlahan sebelum beredar dari kafe sekolah.




IQBAL yang hanya dia duduk di tapak perhimpunan itu tersentak apabila ada satu suara datang menegurnya tetapi dengan sinisan. Waktu pembelajaran telah tamat sepuluh minit yang lalu.

"Tak sangka pula sangkaan aku tepat yang kau sekolah dekat sini. Kenapa lari dari aku? Takut?" ejek Naufal dengan senyuman sinis di bibir.

"Takut dengan kau buat apa. Lemah" balas Iqbal pula sama mengejek. Dia tidak mahu kalah kali ini. Dia tidak patut berasa gentar.

"Lupa pula aku yang dekat sini kau popular dengan rekod buruk kau tu" kata Naufal lagi sengaja mahu menaikkan amarah Iqbal.

"Kenapa dengan rekod buruk? Ada susah kan mak bapak kau ke? Tak kan. Lagipula kau pun apa kurangnya. Buruk juga" kata Iqbal selamba. Masih lagi beriak tenang.

"Tak perlu nak tunjuk samseng kau tu dekat sini. Aku boleh buang kau dari sekolah ni bila-bila masa aja"

"Then proof it" balas Iqbal sebelum berlalu pergi ke arah sebuah kereta.

"Jangan cabar aku Iqbal" ujar Naufal perlahan. Tercabar akan kata-kata yang dilontarkan oleh Iqbal. Tangan digenggam menjadi penumbuk. Bengang dengan perlakuan tenang yang ditunjukkan oleh Iqbal.











new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share this story! byee you all luv u<3

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now