15🕊

8.6K 348 6
                                    

IQBAL mengenggam erat tangan isterinya agar tidak hilang dalam lautan manusia. Sudahlah isterinya ini kecil. Sekali hilang memang susah nak cari.

"Terima kasih" ujar Hasya lalu tersenyum gembira apabila mendapat makanan yang dia inginkan. Tak sabar nak makan!

Iqbal memandang tingkah laku Hasya yang meletakkan duit di dalam tabung berhadapan dengan seorang pak cik yang cacat fizikalnya. Hasya tersenyum memandang pak cik itu.

"Kenapa kau bagi duit dekat dia? Manalah tahu dia tipu. Sekarang ni ramai orang yang berpura-pura miskin dan rela menjadi peminta sedekah ataupun gelandangan" beritahu Iqbal kepada isterinya.

"Tak apalah. Kalau dia tipu tu urusan dia dengan Tuhan. Yang penting sekarang ni niat saya memang nak sedekah dekat dia. Sebab dalam rezeki kita terselit juga rezeki orang lain. Jadi tak salahkan kalau kita sedekah" terang Hasya panjang lebar lalu tersengih.

Iqbal tersenyum nipis mendengar hujah-hujah yang keluar daripada mulut isterinya. Seketika dia rasa seperti tidak layak pula untuk dia bergandingan dengan isterinya kerana dia tidaklah begitu fasih mengenai agama manakala Hasya lahir dalam keluarga yang amat menekankan agama.

"Jauh termenung dah sampai mana? Brazil? UK?" soal Hasya mematikan lamunanya.

"Dah lama sampai dekat hati kau" jawab Iqbal selamba membuatkan Hasya terkedu.
Semakin bertambah hari semakin bertambah nakal pula suaminya.

Hipotesis sains atau cinta?

"Ni untuk Pak Cik Zubir" ujar Hasya lalu memberikan dua plastik yang berisikan makanan. Dia tersenyum manis.

"Terima kasih Hasya" ucap Pak Cik Zubir terharu akan budi pekerti Hasya yang baik.

"Sama-sama" jawab Hasya lalu bersandar elok di kerusi. Dia menjeling sekilas suaminya yang kelihatan termenung. Niatnya mahu menegur ditahan.

Mungkin suaminya mempunyai masalah tetapi tidak mahu ceritakan padanya. Patutkah dia bertanya? Atau diamkan saja?










"BANYAKNYA Hasya beli makanan" tegur Mak Milah dengan muka terkejutnya. Hasya menyengih tidak bersalah.

"Yang ni untuk Mak Milah" Hasya menghulurkan dua plastik yang berisi makanan berbeza. Satu ialah jenis yang berkuah dan satu lagi bergoreng.

"Habistu Hasya makan apa?" soal Mak Milah apabila melihat tiada lagi plastik di tangan Hasya.

"Hasya dah makan tadi dengan Iqbal"
jawab Hasya dengan senyuman yang sentiasa menghiasi bibirnya.

"Terima kasih Hasya. Mak Milah balik dulu ya" pamit Mak Milah lalu memberi salam.

Hasya menjawab salam dan mendaki tangga menuju ke biliknya. Dibuka pintu perlahan lalu ditutupnya juga perlahan. Dicari kelibat suaminya.

"Tak sejuk ke?" soal Hasya apabila Iqbal berada di beranda. Angin menderu kuat menandakan hujan bakal turun bila-bila masa saja.

"Dah biasa" jawab Iqbal lalu menggamit isterinya agar berada di sebelahnya. Hasya hanya menurut.

"Iqbal"

"Hmm"

"Awak rasakan hubungan kita boleh kekal ke tak?" Soalan yang keluar daripada mulut Hasya mendapat perhatian penuh daripada Iqbal.

"Habistu kau nak kita berpisah ke? Macam tu? Oh mestilah kau nak kan sebab kita kahwin ni pun terpaksa" sinis Iqbal berkata-kata membalas soalan isterinya.

"Saya tak cakap pun nak berpisah. Cuma saya takutlah if one day you find someone better or beautiful than me and you like her. After that you marry her. So what you have to do with me is we divorce" beritahu Hasya mengeluarkan apa yang terbuku di fikirannya selama ini.

"No. We will never divorce. If I marry to someone else than you should stay. Try to defend your rights. Takkan lah semudah tu kau nak give up" balas Iqbal sambil memandang wajah isterinya.

"Kalau dah takdir macam tu memang tak boleh nak diubah" jawab Hasya pula pasrah saja bunyinya.

"Mana boleh mengalah macam tu aja. Kenapa kau ni lemah sangat? Cuba jadi kuat sikit. Lawan semua yang halang laluan kau. Kalau kau biarkan aja nanti dia orang akan menang dan kau akan kalah. So you want to be a loser or a winner?"

"Winner" jawab Hasya perlahan membuatkan Iqbal tersenyum nipis.

"Proof it. Janji dengan aku yang kau takkan jadi lemah lagi" ujar Iqbal lalu menyuakan jari kelingkingnya. Tanpa ragu Hasya menyambut jari kelingking itu dan disatukan dengannya.

"Janji"







HARI ini dia keseorangan tanpa teman. Berjalan di sekeliling bandar dan jauh dari kedua ibu bapanya. Disebabkan dia mempunyai kerja di luar terpaksalah dia meninggalkan Puan Maisarah dan Encik Hasyiem.

Langkah kaki diatur perlahan berjalan di kaki lima deretan kedai-kedai. Gula-gula getah di dalam mulutnya dikunyah tanpa henti. Sesekali dijadikan belon dan diletupkan.

"Sorry" katanya apabila dia merempuh sesuatu. Dia melihat seorang gadis yang ditutup litup wajahnya dan hanya kelihatan dua mata coklat pekat milik gadis itu.

Gadis itu hanya menunduk sebelum berlalu pergi. Belum sempat dia memanggil gadis itu kembali bayangannya telah hilang. Dia berkerut hairan.

"Aleeya" sebut Hilman perlahan apabila terpandangkan satu perkataan pada gelang dalam genggamannya. Disebabkan itulah dia mahi memanggil kembali gadis tadi tetapi hilang pula.

Entah-entah gadis itu...

Dia menggeleng kepala perlahan apabila fikirannya mula menerawang ke arah lain. Jangan difikirkan perkara sebegitu.

Gelang itu disimpan kembali ke dalam poket jaketnya kulitnya sebelum menyambung langkah yang tergendala tadi menuju ke apartmentnya.

Fikiran masih lagi mengenai gadis tadi. Pakaian gadis itu hitam semuanya. Hanya iris mata coklat pekat gadis itu saja yang kelihatan. Bukannya dia mahu curiga tentang pemakaian gadis itu kerana dia tahu itu pakaian sunnah dari zaman nabi lagi. Jadi tidak salah mahu berpakaian sebegitu.

Cuma yang dia curiga ialah air muka gadia itu yang kelihatan gelisah. Seperti sedang melarikan diri daripada seseorang. Nafas gadis itu juga tercungap-cungap.

"Woi bangang!" marah seseorang menyedarkannya dari lamunan.

"Apa kau?" soal Hilman apabila dia dimarahi sebegitu.

"Tu kasut tu nak bawa jalan sampai mana. Dapur?" kata Amirul iaitu teman serumahnya.

"Adoi. Bertenang bertenang. Benda boleh settle kan" balas Hilman lalu menuju ke pintu masuk semula. Dibuka kasut yang dipakainya lalu diletakkan di atas rak.

"Kalau aku tak tegur memang kau tak sedar lah. Angau dekat siapa entah. Tersengih-sengih macam beruk" kata Amirul kasar bahasanya.

Hilman sudah naik angin. Muka macam ni dikatakannya beruk?! Memang aku marahlah!

Pap!

Selamat bantal itu mendarat di atas muka Amirul. Hilman bantai ketawa apabila melihat wajah rakannya itu cemberut saja.

"Lain kali mulut tu jaga sikit ya. Jangan main cakap lepas aja" pesan Hilman lalu menuju ke tandas untuk membersihkan diri dan seterusnya tidur.

"Bangang betul!"  Amirul kembali merebahkan dirinya semula ke atas katil dengan posisi yang selesa sebelum menutup mata. Nak tidur!









new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! luv u guys♥︎

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu