28🕊

6.7K 316 1
                                    

"AWAK tunggulah!" jerit seseorang memberhentikan langkahnya. Dipalingkan wajahnya ke belakang.

"Awak nak pergi mana?" soal perempuan itu selepas nafasnya kembali normal. Semput dia berlari tadi sambil menjerit.

"Pergi mati" jawabnya selamba sebelum mula mengatur langkah pergi. Perempuan itu melopong. Mati?

"Awak jawab betul-betullah saya tanya ni" marah perempuan itu lalu menghalang laluannya. Dia berdecit sinis. Tidak suka akan kelakuan perempuan itu yang baginya busybody.

"Kau sibuk apahal? Suka hati akulah nak pergi mana pun. Tak susahkan kau" jawab lelaki itu kasar lalu menolak sikit tubuh gadis itu dengan hujung jarinya agar tidak menghalang laluannya lagi.

Perempuan itu mengeluh perlahan. Pemergian lelaki itu dibawa dengan pandangan mata saja. Sudah bermacam cara dia cuba untuk mendekati lelaki itu namun tidak berhasil. Kenapa agaknya?







SEMUA pelajar sudah bersedia dengan beg dan botol air masing-masing. Hari ini mereka akan mendaki bukit dan meneroka seluruh kawasan kem itu dengan bantuan akak dan abang fasi. Guru-guru bimbingan juga turut serta.

"Kita semua akan bergerak ikut group ya. Bermula daripada group satu hingga sepuluh ikut langkah Akak Una dan Abang Riz" arah Abang Khai lalu menunjukkan ke arah Kak Una dan Abang Riz yang sedang bercakap di permulaan trek.

Selesai saja sepuluh kumpulan itu bermakna berbaki lagi sepuluh kumpulan iaitu terdiri daripada tingkatan lima. Hasya dan Mia sudah tidak boleh manahan sabar lagi. Terbayang dalam fikiran mereka keindahan yang dapat dilihat daripada atas bukit itu. Pasti cantik!

"Yang selebihnya ikut akak" ujar Kak Syirah lalu mula mengatur langkah ke arah trek. Abang Khai pula akan menjaga di belakang mereka bersama dengan beberapa guru bimbingan.

Perlahan-lahan dan penuh berhati-hati mereka mengatur langkah sepanjang perjalanan mendaki itu. Bermacam-macam serangga yang mereka dapat lihat dan itu membuatkan kepala Hasya berasa pusing.  Geli melihatnya.

Pandangan sebaik mungkin tidak dihalakan ke arah serangga-serangga yang sedang bergerak di atas tanah mahupun di daun pokok. Iqbal yang melihat Hasya seperti tidak sihat itu terus berjalan memintas yang lain lalu berada di sebelah isterinya.

"Kau okay ke?" soal Iqbal prihatin apabila melihat langkah lemah isterinya. Tangannya tidak duduk diam melihat tubuh isterinya yang bagaikan hendak tumbang bila-bila masa saja.

"Sa..saya okay" jawab Hasya menipu. Dia malas mahu berhenti kerana pasti mereka akan lambat sampai. Jadi dia kuatkan juga diri untuk mendaki. Lagipula sikit saja lagi mahu sampai ke puncak.

"Betul ke ni? Kalau tak boleh jalan aku bagitahu cikgu suruh berhenti dulu" ujar Iqbal lagi. Risau dengan keadaan isterinya.

"Tak perlu. Si...sikit saja lagi nak sampai. Sa..saya boleh tahan lagi" balas Hasya lalu menayangkan senyuman nipis. Iqbal hanya mengangguk jika itu keputusan isterinya.

Hampir 15 minit berjalan, akhirnya mereka tiba di puncak bukit. Hasya melepaskan keluhan lega apabila dia berjaya mendaki bukit itu. Perasaan bangga muncul dalam dirinya.

Dia berjalan sedikit lalu melabuhkan duduk di satu batu. Udara segar dihirup dalam lalu melepaskannya. Terasa nyaman fikirannya sekarang ini melihat keindahan Tuhan yang terbentang luas di hadapan mata.

"Nah makan ni" ujar Iqbal lalu menghulurkan protein bar kepada isterinya.

"Terima kasih" ucap Hasya sebelum membuka plastik makanan itu dan memakannya. Bacaan bismillah didahulukan.

"Lagi 10 minit kita turun" laung Abang Khai lalu mendapat anggukan daripada pelajar.

Hasya dari tadi lagi mengambil gambar pemandangan di hadapannya untuk dijadikan sebagai kenangan. Sungguh dia suka akan gambar pemandangan dan langit. Menyenangkan hatinya.






•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now