12🕊

8.2K 396 8
                                    

"SAYA kira sampai tiga saja" ugut Hasya lalu memulakan pengiraannya.

"Ti.."

"Fine!" kata Iqbal sebelum berlalu menuju ke bilik air. Liat sungguh nak bangun. Hasya menggeleng kepala sebelum mengemas tempat tidur mereka.

Dirinya sudah berpakaian sekolah cuma kain yang belum disarungnya lagi. Jadi kini dia hanya memakai baju dan seluar legging di dalamnya. Jikalau kain dipakai sekarang dia takut berkedut pula.

Dia melabuhkan duduk di atas kerusi lalu mula membaca buku. Itulah runtinnya setiap pagi setelah bangun daripada tidur. Jika dia boleh solat dia akan mengaji dan jika tidak dia akan membaca novel ataupun buku-buku sekolah sebagai ulang kaji.

Bunyi pintu dikuak menarik perhatiannya. Dia mengalihkan pandangannya dan dia terkedu. Cepat-cepat dia menutup mata lalu menghadap bukunya semula.

Seksi mak!

Iqbal yang perasan akan tingkah laku isterinya itu terus menuju ke arah Hasya. Bukan dia tidak nampak bahawa Hasya melihat ke arahnya tadi. Senyuman senget menghiasi bibir merahnya.

"Kenapa muka kau merah ni Hasya?" soal Iqbal sengaja mahu mengusik isterinya. Bahu Hasya dicuit perlahan.

"Ish jangan kacaulah. Pergi pakai baju sana" marah Hasya lalu mengelak daripada dicuit suaminya. Sudahlah tidak berbaju malu dia yang melihatnya.

"Iqbal" panggil Hasya dalam nada yang menahan marah. Namun Iqbal tidak melayan. Makin galak pula dia mengusik Hasya.

Pap!

"Allah. Hmm batal wuduk aku" ujar Iqbal dalam nada yang pasrah. Dia memandang isterinya yang kelihatan gembira apabila wuduknya terbatal.

"Karma" beritahu Hasya perlahan lalu terkekeh-kekeh ketawa. Padan muka!

"Pergi ambil balik" arah Hasya lalu menunjukkan ke arah tandas.

"Habistu kau tak solat? Aku tak nak tanggung dosa kau kalau tak solat. Dosa aku pun dah tak terhitung nak pikul dosa kau pula? Lambat lagi" bebel Iqbal lalu berjalan menuju ke tandas.

"Allah bagi cutilah! Bukan sengaja tak nak solat" jawab Hasya. Suka hati dia je tuduh tak nak solat. Period yang nak keluar takkan dia mahu tahan pula. Kan?

"Tu je lah alasan kau. Satu bulan period!" marah Iqbal.

"Jealous eh?" tebak Hasya. Iqbal tidak melayan. Terus dipakaikan baju dan seluar ke tubuhnya. Setelah itu solat subuh ditunaikan sebagai tanggungjawab seorang mukmin.

Usai solat dirinya menuju ke arah meja solek. Sempat tangannya mencapai tali leher yang tergantung di almari. Tangannya yang terkial-kial untuk membetukkan tali leher mendapat perhatian daripada Hasya.

"Sini" arah Hasya lalu menarik tali leher yang tersangkut di leher suaminya.

"Tunduk sikit"

"Pendek"

Hasya sudah termuncung mulutnya apabila mendengar kutukan selamba yang keluar daripada mulut suaminya. Nasiblah dapat isteri pendek macam dia. Padahal dia tu yang tinggi mengalahkan buluh yang pendek juga dipersalahkan. Apalah nasib.

Iqbal leka memerhati setiap lekuk wajah isterinya daripada mata sampailah ke bibir semuanya diperhatikan.

"Duduk sini" kata Hasya lalu menekan bahu Iqbal untuk duduk secara paksa. Dia mengambil sikat rambut lalu menyikat rambut Iqbal mengikut caranya.

"Apa ni?" tanya Iqbal dalam nada yang marah apabila rambutnya digayakan seperti budak nerd saja.

"Cantikkan?" soal Hasya pula lalu ketawa perlahan. Hilang aura kejahatan pada diri Iqbal jika dalam gaya rambut begitu.






PANAS punggungnya apabila dilihat tajam begitu oleh suaminya. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Berpura-pura seperti tidak tahu walaupun dalam hati bagaikan mahu pecah saja. Takut!

"Hasya nanti kita kena pergi bilik mesyuarat. Ada perjumpaan pengawas" beritahu Naufal lalu menyumbat roti ke dalam mulut.

"Er okay" jawab Hasya lalu memandang sedikit ke arah Iqbal. Pandangannya masih lagi sama seperti tadi. Tajam bak pedang.

Alhamdulillah. Dia berysukur ke hadrat ilahi kerana jawatannya sebagai pengawas tidak dipecat atas kes yang berlaku minggu lepas.

"Wei kau dah siap ke kerja BM. Kalau siap aku nak tengok" ujar Mia. Dia sedar akan tingkah laku rakannya itu seperti tidak selesa dengan pandangan Iqbal.

"Boleh aja" balas Hasya sebelum menyedut minumannya. Tiba-tiba rasa panas semacam saja. Kipas ada kipas?

"Kau ni Iqbal kenapa pandang Hasya macam tu?" Akhirnya terluah juga soalab yang dipendamnya dari tadi. Mia memandang Iqbal untuk mendapatkan penjelasan.

"Saja" balas Iqbal selamba lalu menyedut air minumannya. Dia berbalas pandangan bersama Naufal. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Sayang.."panggil Iqbal sengaja.

Hasya tersedak. Terbatuk-batuk dia akibat panggilan yang dia dengari tadi. Perit yang dia rasakan sekarang. Sayang?

"Ha sexual harassment!" ujar Mia lalu menunjukkan ke arah Iqbal. Hasya pelik. Apa kena dengan sexual harassment pula?

"Kau ni kenapa?" marah Iqbal pula tidak berpuas hati dengan Mia.

"Kau tu yang kenapa. Asal kau sebut sayang tadi?" soal Mia. Lagaknya seperti seorang penyiasat pula.

"Rindu bini aku dekat rumah" jawab Iqbal dengan gaya selamba badaknya. Hasya pula terbuntang. Tak makan saman betul!

"Eh bila masa pula kau kahwin?"

"Minggu lepas"

"Dengan siapa?"

"Kau ni dah kenapa nak tahu fasal hidup aku?" tanya Iqbal serabut dengan pelbagai soalan yang dilontarkan oleh Mia. Jahit mulut baru tahu. Macam murai asyik berbunyi saja.

"Nak tahu pun tak boleh. Kedekut betul" balas Mia lalu menyumbat sebatang keropok lekor ke dalam mulutnya. Dia menjeling Iqbal.

Hasya menahan ketawa melihat wajah masam mencuka suaminha itu kerana disoal siasat oleh Mia tadi. Kesian.







"AWAK ada apa-apa ke dengan Iqbal?" tanya Naufal tiba-tiba. Hasya terkejut namun sempat dikawal agat tidak ketara.

"Tak adalah. Kita orang kawan biasa aja" jawab Hasya lalu menayangkan senyuman terpaksa.

'Kawan apanya dah sah jadi suami isteri' hati kecil Hasya berkata-kata.

"Oh. Saya tengok awak macam rapat je dengan dia. Takutlah pula kalau awak ni girlfriend dia" kata Naufal lagi mengeluarkan kemusykilannya.

"Mana ada lah" nafi Hasya dengan senyuman nipisnya. Adoi banyak tanya pula dia ni!

"Oh ya memandangkan awak dah tanya saya banyak soalan kali ni saya pula yang bertanya. Awak anak saudara Cikgu Amalin?"

"Ya. Cikgu Amalin tu kakak mummy saya" jawab Naufal dengan ramahnya.

"Sebelum pindah sini awak sekolah dekat mana?" tanya Hasya sambil mendaki tangga. Sesekali pandangannya turun ke bawah agar langkahnya selamat.

"Sa.."

"Hasya!"

Pandangan mereka berdua dikalilah ke arah Iqbal yang merah padam wajahnya tika ini. Hasya menelan air liur perlahan. Mati dia kali ni.

Tanpa menunggu lebih lama terus tangan Hasya ditariknya untuk menuju ke kelas. Hasya tersentak dengan tarikan yang tiba-tiba itu. Nasib baiklah dia tidak tersembam jatuh di tangga.

"Lepaslah Iqbal" beritahu Hasya. Tangannya perit akibat cengkaman yang terlalu kuat. Namun Iqbal tidak peduli dengan rengekan Hasya. Ditarik juga hingga tiba di kelas lalu dia mendudukkan isterinya di kerusi.

Pandangan curiga serta hairan warga kelas itu dihiraukan. Yang penting sekarang ini ialah tentang hatinya yang sedang membara.

Geram!





new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! bye guys love you<3

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now