36🕊

6.2K 301 1
                                    

KERETA dipakir di hadapan sebuah rumah kayu. Mata Hasya tidak usah cakaplah. Memang bersinar terang. Tanpa menunggu lebih lama Hasya terus berlari keluar meninggalkan Iqbal sendiri di dalam kereta.

"Ayam terbang!" latah Puan Maisarah kuat. Dia berpaling ke arah belakang apabila terdengar suara orang ketawa.

"Ya Allah! Bertuah punya anak" kata Puan Maisarah lalu menggelengkan kepalanya perlahan. Dia yang sedang syok sendiri menyiram tanamannya pasti saja terkejut jika ada orang yang menyergah.

"Assalamualaikum ibu" Hasya tunduk menyalami tangan ibunya dengan sisi ketawa yang masih ada. Iqbal yang baru tiba di sisi isterinya juga turut melakukan perkara yang sama.

Ya memang tepat. Mereka berdua terpaksa pulang ke kampung halaman akibat majlis perkahwinan sepupu isterinya iaitu Syakirah. Sebenarnya, Hasya memang tidak mahu balik ke kampung. Dia malas mahu bersua muka dengan Syakirah. Namun apabila telah dipaksa oleh Puan Maisarah, dia ikutkan aja.

"Bawa suami kamu naik atas. Biar dia rehat. Penat sangat ibu tengok" beritahu Puan Maisarah mendapat anggukan daripada Hasya.

Beg-beg yang berisi baju dan barangan keperluan yang lain dibawa masukke biliknya. Letak sahaja beg di atas lantai, Iqbal terus mencari katil lalu merebahkam diri.

"Kesian abang penat. Itulah saya tawarkan diri nak drive abang tak bagi" kata Hasya lalu duduk di birai katil.

Macam mana tak penat kalau lepas balik daripada kerja, Iqbal terus sahaja bertolak ke kampung. Sudah ditegah awal-awal untuk berehat dahulu. Tetapi Iqbal tetap Iqbal.

Degil!

"Tak nak bagi sayang penat" mudah saja jawapan Iqbal.

"Sekarang abang tidurlah. Saya temankan" kata Hasya lalu turut membaringkan diri di sebelah suaminya. Memandangkan dia sudah tidur dalam perlajanan jadi sekarang ini biarlah suaminya berehat pula.

Iqbal terus sahaja memeluk isterinya. Tangannya elok berlingkar di pinggang Hasya. Kepalanya pula disandarkan di dada Hasya. Dia suka mendengar degupan jantung isterinya yang bagaikan irama untuk mengulitnya tidur.










"IBU biar betul!" kata Hasya kuat dengan riak yang terkejut. Mana tak terkejutnya apabila dia dapat tahu bahawa Syakirah akan berkahwin dengan anak ketua kampung.

"Dulu bukan main dia tolak Si Musa tu. Sekarang kenapa dia nak balik? Entah-entah Musa tu dah kaya. Ataupun dia dah handsome" kata Hasya dengan mata yang terbuka luas. Gaya mak cik bawang bergosip. Mulutnya tidak berhenti mengunyah kacang yang berada di dalam balang. Sesekali kacang itu disua ke arah Iqbal.

"Jangan menuduh bukan-bukan sayang. Boleh jatuh fitnah kalau perkara tu tak betul" pesan Iqbal lembut. Hasya hanya tersengih tidak bersalah.

"Assalamualaikum" ucap seseorang menyebabkan semua perhatian tertumpu ke arah pintu utama rumah.

"Waalaikumussalam. Along!" jerit Hasya bahagia lalu menayangkan senyuman manis. Hilman berkerut hairan. Lalu dengan sepantas kilat satu idea mengusik timbul di benak fikirannya.

"Kau siapa?" soal Hilman dengan muka yang dibuat-buat keliru.

"Hasya Imani. Adik kepada Hilman atau lebih tepat along" jawab Hasya dengan yakin. Yang lain hanya memandang saja drama yang bakal bermula sebentar saja lagi.

"Eh kejap? Aku ada adik ke? Bukan ke aku anak tunggal?" tanya Hilman lagi. Jari telunjuknya diketuk-ketuk di dagu seolah-olah sedang berfikir.

Air muka Hasya serta merta berubah. Abangnya Hilman sudah lupakannya ke? Atau abangnya ada penyakit amnesia secara tiba-tiba?

"Ayah, along ada adik ke?"

"Tak ada" jawab Encik Hasyiem sengaja mahu turut serta dalam drama yang telah dimainkan oleh Hilman. Puan Maisarah sudah menggeleng kepala. Iqbal pula hanya melihat tanpa ada niat mahu menyampuk.

Like father like son.

"Ayah kenapa jawab macam tu? Habistu Hasya ni siapa kalau bukan adik along?" tanya Hasya yang bagaikan terdesak jawapan.

"Kau tu cuma anak kutip yang ibu dan ayah dah jaga dari kau merah lagi. Dan aku tak pernah anggap kau macam adik kandung aku sebab aku tak suka kau" beritahu Hilman dengan senyuman sinis yang terbit di bibir.

Hasya terkaku. Pengakuan apakah yang Hilman cuba sampaikan malam ini? Dia anak kutip? Tapi kenapa selama ni Hilman layannya elok saja?

Tanpa dia sedar air matanya jatuh setitis lalu mengenai seluarnya. Puan Maisarah sudah mengeluh lemah. Pandangan tajam dihalakan ke arah Hilman dan Encik Hasyiem yang hanya menayangkan muka tidak bersalah.

"Kau ni cengenglah. Aku gurau sikit pun nak menangis bagai" kata Hilman lalu tunduk memeluk tubuh adiknya. Hasya masih lagi menangis terkenangkan ayat yang keluar daripada mulut Hilman.

"A...along jahat!" marah Hasya lalu memukul Hilman. Tetapi manalah sakit nak dibandingkan kekuatannya dengan Hilman jauh beza.

Iqbal hanya tersenyum nipis melihat keakraban Hasya dan Hilman. Dia tidak punya adik-beradik. Hanya dia seorang. Dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang abang ataupun kakak. Atau mencurahkan kasih sayang kepada adik.











new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! luv u all^)

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now