38🕊

6.3K 291 3
                                    

BREK tangan diangkat. Iqbal menoleh ke sebelah tempat duduk pemandu. Hasya juga turut memandang ke arah Iqbal apabila terasa dirinya bagai diperhatikan.

"Dah kenapa tengok saya macam tu?" soal Hasya pelik melihat suaminya yang hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun.

"Sayang cantik"

"Saya tahu. Nak salam" balas Hasya lalu mula menyalami tangan suaminya. Iqbal hanya tersenyum mendengar balasan isterinya. Orang puji sikit dah kembang.

"Nanti balik abang ambilkan"

"Ya abang. Saya pergi dulu. Bye" kata Hasya lalu mula keluar daripada perut kereta.

Selepas sahaja bayangan Hasya hilang daripada penglihatannya, dia terus memecut untuk menuju ke tempat kerjanya pula. Sengaja dia mahu menghantar Hasya hari ini. Supaya semua orang tahu bahawa dia ialah suami kepada Hasya Imani.






HASYA hanya berjalan seperti biasa ke meja kerjanya dan juga tidak lupakan secawan kopi susu. Itulah rutin hariannya di tempat kerja. Kadang-kadang jika sudah bosan dengan kopi, dia akan minum teh.

"Hasya bos suruh awak buat kopi untuk dia" ujar salah seorang rakan sekerjanya dengan riak selamba. Hasya memandang wajah pekerja itu untuk mendapatkan kebenaran.

"Kenapa saya pula? Laini mana?" soal Hasua pula. Selalunya Laini atau dalam bahasa mudahnya personal assistant Naufal yang akan buat kopi. Tetapi hari ini dia pula yang menjadi mangsa.

"Dia tak datang hari ni"

Hasya mengeluh perlahan mendengar jawapan yang keluar daripada mulut rakan sekerjanya. Dengan malasnya dia mengatur langkah menuju ke pantri lalu membuat air untuk bos.

Perlahan-lahan cawan yang berisikan kopi itu dibawa menuju ke pejabat Naufal. Pintu  diketuk beberapa kali sebelum mendapat arahan untuk masuk. Tanpa berkata apa-apa, dia terus meletakkan kopi itu di atas meja kerja Naufal yanga penuh dengan kertas.

"Thanks" ucap Naufal lalu mula menyisip sedikit air kopi itu. Seketika dia berhenti. Dan perkara itu membuatkan Hasya gelisah. Dia takut jikalau kopi itu terlampau manis ataupun mungkin terlalu kelat.

"Sedap. Pandai awak buat" puji Naufal jujur melegakan hati Hasya.

"Saya minta diri dulu" ujar Hasya sebelum lekas-lekas keluar daripada pejabat Naufal. Tidak betah dia berlama duduk berdua-duaan di dalam bilik itu. Boleh timbul fitnah jadinya.








"TERIMA kasih Iqbal. Saya serahkan semua atas kamu. Jangan buat saya kecewa" kata Dato Ilham dengan gurauan. Dia sudah lama berurusan dengan syarikat ini. Dan hasil yang ditunjukkan amat memuaskan hatinya.

"Sama-sama. Insya-Allah tak ada sebarang masalah Dato" kata Iqbal rendah diri lalu mula berjabat tangan dengan Dato Ilham.

Pemergian Dato Ilham dihantar dengan pandangan mata. Kemudian dia kembali duduk di atas kerusi dalam restoran itu. Air yang dipesan disedut sedikit untuk menghilangkan rasa dahaga.

"Nik read my schedule" ujar Iqbal. Nik atau lebih tepat pembatu peribadinya mula membaca satu pesatu jadualnya untuk hari ini.

"Petang ni tuan free" beritahu Nik lalu menutup Ipad di tangan. Iqbal mengangguk tanda dia faham. Dia mula bangun dari duduknya dan diikuti oleh Nik.

Baru beberapa langkah dia berjalan, badan dirempuh menyebabkan jalannya mati. Pandangan dingin dihalakan ke arah si tukang rempuh. Atau mungkin dia yang merempuh mangsa itu.

"Sorry" ujar perempuan itu perlahan lalu mula mengatur langkah pergi daripada situ. Muka perempuan itu ditutupi oleh topi menyebabkan dia tidak dapat mengecam wajah itu. Namun suara itu bagaikan familiar saja di pendengarannya. Dia rasa dia pernah dengar suara itu.

Tetapi di mana?

Itu persoalannya. Dirinya sendiri tidak mengingati di mana dan bila dia pernah mendengar suara itu.

"Tuan okay?" soal Nik risau apabila bosnya hanya diam. Iqbal hanya menganggukkan kepala lalu mula menyambung langkahnya.






MAKAN malam dihiasi dengan celoteh Hasya yang tidak habis-habis berceritakan itu dan ini. Dia juga ada menceritakan perihal Naufal yang menyuruhnya membuat kopi. Hal itu terbit dalam perbualan mereka berdua disebabkan oleh Iqbal.

"Kenapa sayang buat untuk dia? Dia bukannya cacat pun. Biarlah dia buat sendiri. Ataupun suruh orang lain yang buatkan" marah Iqbal sambil menyisip sedikit air coklat panas buatan isterinya.

Delicious!

"Nanti kalau saya kena buang kerja macam mana? Terpaksalah saya ikut arahan dia" kata Hasya lalu menyuapkan satu biskut ke dalam mulutnya.

"Biarlah kalau dia pecat. Sayang tak perlu kerja. Jadi saja suri rumah sepenuh masa. Ataupun kalau sayang bosan duduk rumah, sayang boleh kerja dengan abang" kata Iqbal memberikan cadangan. Hasya mengeluh perlahan. Sudah banyak kali Iqbal mengajaknya untuk bekerja sekali tetapi dia tidak mahu.

"Tak naklah kerja dengan abang. Tapi hmm kalau saya jadi suri rumah sepenuh masa, maknanya abang seoranglah yang pergi kerja. Tak fair pula kalau macam tu" rungut Hasya. Tangannya mencapai gelas yang berisi coklat panas itu laku diminum.

"Abang lebih daripada mampu nak tanggung sayang seorang. Lagipula kalau bos sayang suruh sayang buat kopi untuk dia everyday macam mana? Cuba sayang fikirkan"

"Kalau macam tu saya buat sajalah untuk dia. Selesai masalah" jawab Hasya selamba.

"Sayang! No! Mana boleh! Air tangan sayang untuk abang saja tau. Bukan untuk orang lain" balas Iqbal pula dengan wajah yang masam.

"Oh jadi sebab inilah abang suruh saya kerja dengan abang. Ya Allah abang. Dia hanya minum kopi. Tak lebih dari tu. Abang pula dah duduk serumah, sebilik dan sebantal dengan saya. Tiap-tiap hari abang makan masakan saya. Air tangan saya. Takkan itu pun abang nak jealous?" terang Hasya panjang lebar sekali gus mahu memujuk Iqbal.

"Tetap tak boleh sayang. Hasya Imani hanya untuk Iqbal Hayyan. Tak boleh dengan orang lain" beritahu Iqbal perlahan lalu mula menjatuhkan kepalanya ke bahu Hasya. Tangannya pula melingkar erat di pinggang isterinya.

Hasya hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Dia suka Iqbal berkata bergitu. Tangannya naik mengusap rambut lembut milik suaminya.

"Iya abang. Saya tahu tu" balas Hasya pula setuju dengan apa yang Iqbal katakan.

"Jadi sekarang ni abang bagi ke tak saya kerja?"

"Kalau tak bagi pun mesti sayang pujuk abang sampai abang tak tahu nak buat apa. At the end kena bagilah. Walaupun tanpa rela" jawab Iqbal dalam nada yang cukup terpaksa. Hasya tersenyum saja mendengar suara suaminya yang merajuk itu.

"Thank you abang. Sayang abang sangat-sangat!" kata Hasya lalu mencium sekilas pipi Iqbal membuatkan suaminya itu terkejut dengan tindakan luar alamnya itu.

"Sayang buat apa tadi?" soal Iqbal dengan wajah yang keliru. Tempat ciuman isterinya masih dipegang. Bagaikan mimpi.

"Cuba teka saya buat apa tadi?"

"Sayang you are so naughty!" kata Iqbal sebelum menangkap tubuh Hasya yang mula untuk melarikan diri. Pipi isterinya dicium bertalu-talu membuatkan Hasya kegelian.

"HAHAHA. Abang stop! Gelilah!" beritahu Hasya berselang dengan ilai tawa. Muka suaminya cuba dia tolak semampu yang boleh.

"Abang!" jerit Hasya apabila terasa lehernya menjadi mangsa gigitan drakula. Cepat-cepat dia menuju ke arah cermin di ruang tamu itu. Matanya membuntang.

"Oh My God sayang. You look so damn sexy! I like my work!" kata Iqbal dengan teruja apabila dapat menangkap kesan merah di leher jinjang isterinya.

"Abang. Ish geram betul!" marah Hasya dengan perlahan. Mukanya sudah merah bak tomato.

"Sayang? Are you blushing right now?" soal Iqbal sengaja mahu mengusik lalu mula memegang dagu isterinya agar Hasya memandang ke arahnya. Dia menguntumkan senyuman senget.

Malu?

"Diamlah!"









new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! luv u all🤍

•C•BADBOY ITU SUAMIKUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang