37🕊

6.1K 312 10
                                    

SUSUK tubuh suaminya yang bermandikan peluh itu dipandang tidak lepas. Dia hanya diam di sebalik dinding. Hanya memerhati dahulu dan jikalau ada sesuatu yang mengganggu dia akan keluar.

"Abang Iqbal nak air ke? Ila boleh tolong ambilkan" kata Syakila dengan suara yang sengaja dikepitkan. Lalu saja suara itu di pendengaran Hasya, cair tahi telinganya.

Gedik!

Kakak dengan adik sama saja. Perangai syaitan gedik. Suka sangat menempel atau mengambil kesempatan dengan hak milik orang. Nasib baiklah Syakirah tiada sekarang ini. Jikalau tidak memang dia hantukkan kepala Syakirah dengan Syakila. Biar dua-dua kena amnesia. Lagi bagus.

"Kau panggil laki aku abang? Siap kau aku kerjakan nanti" kata Hasya lalu mula merancang apa yang patut dia lakukan. Soalan yang ditanya Syakila tadi, berlalu dibawa angin begitu saja. Riak wajah Iqbal yang tidak mempunyai apa-apa perasaan membuatkan Syakila terdiam.

"Aba.."

"My husband!" Hasya menjerit kuat dan sengaja menekankan perkataan 'husband' itu supaya Syakila sedar bahawa Iqbal itu miliknya.

"Nah air" satu gelas berisikan air sejuk dihulurkan kepada Iqbal.

"Thanks sayang" jawab Iqbal yang turut sengaja mengapi-apikan keadaan yang sememangnya tengah hangat sekarang ni. Dapat Hasya lihat wajah Syakila saat ini sedang menangung seribu satu perasaan. Tanpa berita Syakila terus berlalu pergi.

"Kau pergi main jauh-jauh sebelum aku sula kau" ujar Hasya mendapat perhatian daripada Iqbal.

"Amboi sayang. Sampai nak sula orang bagai"

"Saya dah lama bersabar dengan dia tahu tak. Kalau bukan dia mesti ada pengganti dia. Si Syakirah tu. Sibuk sangat menggatal dengan laki orang. Tahulah diri tu tak laku"  kata Hasya lagi. Mulut tidak henti-henti berceloteh mengalahkan bontot ayam.

"Sudahlah sayang. Abang bukan layan dia orang pun. Biarkan saja" kata Iqbal yang sudah bosan mendengar bebelan Hasya.

"Alhamdulillah. Hasya bersyukur sangat abang tak layan dua ulat bulu jadian tu. Tapi kalau abang layan. Memang Hasya siat-siat abang. Lepas tu goreng celup tepung" beritahu Hasya sambil menggayakan seperti sedang menyiat sesuatu. Iqbal ketawa kuat selepas mendengar ayat terkahir isterinya. Goreng celup tepung?

"Sayang sanggup ke nak makan abang?"

"Sanggup" jawab Hasya yakin lalu mendapat lirikan nakal daripada Iqbal.

"Iya ke sayang. Kalau macam tu jomlah. Abang dah lama berpuasa ni" kata Iqbal membuatkan mata Hasya membuntang.

Allahurabbi. Kalau tak kotor pemikiran memang tak sah. Dia tidak maksudkan ke arah perkara itu. Malah tidak terlintas di akalnya.

"Jomlah sayang" ajak Iqbal dengan riak wajah yang miang buluh. Gatal sangat!

"Ish malaslah nak layan abang. Bye" ujar Hasya sebelum lekas-lekas lari daripada mulut singa kelaparan. Iqbal gelak perlahan melihat langkah kalut isterinya.

Tahu pun takut!






MAJLIS perkahwinan Syakirah berjalan dengan lancar. Akhirnya ulat bulu jadian pertama sudah mendirikan rumah tangga. Yang tinggal hanyalah adik kepada ulat bulu jadian yang serupa saja perangainya. Dia berharap agar adik ulat bulu jadian bertemu dengan jodohnya awal-awal.

Meriah kawasan perkarangan rumah mak sedaranya. Dengan ahli keluarga yang cukup ramai ditambahkan pula dengan penduduk kampung. Serupa pasar pagi jadinya.

"Eh Aril. Datang seorang je ke? Mana tunang awak?" soal Hasya sambil memandang sekeliling. Takut-takutlah dia tak sedar akan kehadiran cik tunang Aril.

"Datang seorang saja. Dia ada hal" jawab Aril. Hasya mengangguk faham.

"Suami awak mana?"

"Aku suami dia" sampuk satu suara garau. Hasya hanya mendiamkan diri bila Iqbal sudah menjawab soalan Aril. Pinggangnya tiba-tiba dilingkari tangan Iqbal.

Keadaan janggal seketika akibat kedatangan Iqbal. Hasya hanya tersenyum nipis ke arah Aril. Tangan Iqbal masih lagi melekat elok di pinggangnya bagaikan tidak mahu lepas. Kekok dia rasakan saat ini.

"Ya Allah Hasya! Lama betul Mak tak tengok kamu. Makin cantik sekarang ni" kata mak Aril yang baru tiba di situ. Memang mak Aril dikenali dengan panggilan 'Mak'.

"Suami kamu pun segak. Jaga dia elok-elok Hasya. Ha, lagi satu. Kalau nak datang rumah Mak, datang aja. Kamu dah lama tak datang rumah Mak" sambung mak Aril lagi.

"Insya-Allah mak" jawab Hasya sambil tersenyum.

Kemudian mereka berdua meminta diri. Sempat tangan mak Aril disalam. Iqbal juga turut bersalaman dengan Aril. Pandangan Iqbal tajam menikam mata Aril membuatkan lelaki itu gugup.








"ABANG" panggil Hasya perlahan lalu melabuhkan duduknya di tepi Iqbal. Mereka sudah pulang daripada majlis perkahwinan Syakirah memandangkan hari sudah gelap.

"Abang kenapa ni? Takkan lah abang merajuk dengan saya kut?" kata Hasya sambil melihat saja tingkah suaminya yang sedang bermain telefon.

"Nak merajuk buat apa?" balas Iqbal dingin.

Hasya sudah menahan ketawa. Cakap tak merajuk tapi suara mengalahkan ais. Muka pula macam tertelan asam keping. Masam aja. Ego lelaki memang tinggi.

"Kalau macam tu tengoklah sini" ujar Hasya lalu menyentuh lengan suaminya. Tetapi Iqbal hanya diam saja. Tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

"Abang!" panggil Hasya lagi. Kali ini dengan nada yang lebih kuat.

"Nak apa sayang?"

"Abang merajuk kan? Jujur je lah" tebak Hasya. Matanya memincing melihat Iqbal yang selamba saja gayanya.

"Tak"

"Eleh. Malu lah tu nak mengaku" usik Hasya lalu memainkan jarinya di sekitar lengan Iqbal. Kenapa susah sangat nak mengaku? Bukannya jadi apa pun kalau dia cakap jujur.

"Nak mengaku apa. Kalau abang memang tak merajuk"

"Habistu muka masam macam ikan buntal ni kenapa?" balas Hasya.

"What you call me? Ikan buntal?" soal Iqbal dengan nada yang tidak percaya. Muka handsome macam ni dikatakan ikan buntal.

"Haah kenapa? Ada bantahan?" jawab Hasya selamba tanpa memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya.

Tanpa dia sedari, tubuhnya sudah ditindih oleh Iqbal. Pandangan tajam Iqbal halakan ke arah isterinya. Hasya sudah teguk liur. Bila masa pula Iqbal ubah posisi?

"You call me ikan buntal? How brave you are" kata Iqbal dengan nada yang cukup menjengkelkan di telinga Hasya. Tetapi gugup juga dia rasa.

Hasya telan liur kesat apabila terpandangkan lirikan mata nakal daripada Iqbal. Dia kemudian buat-buat tidak sedar.

"Abang"

"Hmm"

"Tepilah" satu perkataan yang keluar daripada mulut Hasya mampu membuatkan Iqbal ketawa kecil. Hasya berkerut. Apa yang lawaknya?

"Kenapa? Takut dengan abang?" soal Iqbal pula. Tangannya sengaja dimainkan do sekitar wajah Hasya. Rambut yang terjuntai di dahi isterinya diselitkan di belakang telinga. Dapat dia lihat badan Hasya menggigil kecil.

"Ma...mana a...ada ta...takut" jawab Hasya dalam gagapnya. Iqbal menahan ketawa daripada meletus.

"Biarlah kita stay macam ni" kata Iqbal membuatkan Hasya menggigit bibir bawah. Dia gugup sekarang ini.

"Ab...abang tepilah. Sa...saya nak tidur ni" adu Hasya lalu melakonkan yang dia sedang menahan kantuk. Haraplah Iqbal termakan dengan lakonannya.

"Awal lagi sayang" Dan jawapannya tidak. Aduhai Iqbal ni. Dia nak apa sebenarnya?

"Abang nak apa?" soal Hasya terus terang. Malas mahu berteka-teki dengan perbuatan Iqbal.

"Nak sayang" jawab Iqbal selamba lalu mula menindih lembut bibir isterinya. Hasya membuntangkan mata. Baru dia sedar saat ini dia berada di dalam zon berbahaya. Namun dia sudah terlambat.

Malam yang indah.






new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! luv u all^3

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now