CHAPTER RAYA!

4.4K 188 9
                                    

Jam yang berdering nyaring mengganggu ketenteramannya. Dalam keadaan separa sedar dia mencapai jam itu lalu dengan mata yang sepet dia melihat waktu yang tertera di situ.

'Ouh pukul 5.00 pagi' ujar hati kecilnya lalu dia meletakkan kembali jam itu ke tempat asalnya. Gebar dibetulkan dan matanya kembali terpejam. Seketika mindanya memproses sesuatu.

Pukul 5.00?

Dan setelah itu, matanya terbuka luas. Mata ditenyeh-tenyeh agar dia dapat melihat dengan lebih jelas. Terkelip-kelip matanya melihat jam di atas meja kecil bersebelahan dengan katil.

Tanpa membuang lebih banyak masa, getah rambut dicapai lalu rambut yang serabai diikat ala kadar. Mulutnya tidak berhenti melaungkan nama suami tercinta yang masih lena dibuai mimpi indah.

"Abang, bangun. Dah pukul lima ni. Sahur!"  katanya dengan intonasi suara yang kuat. Tetapi tidak berhasil. Dengan sabar yang masih berbaki senipis kulit bawang dia mengejutkan suaminya sekali lagi.

"Iqbal Hayyan! Bangun sekarang! Sahur!" jeritnya sedikit kuat. Tangan naik menampar lembut pipi Iqbal. Sesekali ditarik pipi suaminya itu agar tersedar daripada lena.

"Sayang bangun awal-awal, nak pergi mana?" soal Iqbal dalam mamai dengan suara yang serak basah. Hasya menggeleng kepala perlahan. Tangan naik menepuk dahi sendiri. Berbuih mulutnya mengulangi perkataan 'sahur' tetapi Iqbal tidak mendengarnya.

"Abangku sayang. Even hari ni last day puasa, takkan tak nak bangun sahur. Nanti kalau abang tak bermaya atau pening-pening jangan nak mengadu dekat saya pula" terang Hasya satu persatu dengan nada suara yang meleret. Matanya terpandang kembali jam yang berada di bersebalahan katil.

5.15 pagi!

"Ish sebab awaklah ni! 15 minit saya terbuang begitu saja. Sekarang awak pergi bangun gosok gigi lepastu kejut anak teruna awak tu. Saya nak pergi dapur. Bye!" ujar Hasya lalu dia terus melangkah menuju ke pintu bilik meninggalkan Iqbal yang masih lagi mamak di atas katil.

Terkebil-kebil mata Iqbal memandang susuk tubuh isterinya yang semakin menghilang. Badannya digerakkan ke kiri dan kanan. Dia mula mengatur langkah ke tandas untuk mencuci muka.

Setelah itu, tangannya laju mencapai sehelai baju T-shirt di dalam almari lalu disarung ke tubuh. Kakinya mula mengatur langkah untuk menuju ke bilik anak lelakinya. Sempat juga matanya melihat keadaan Inara. Senyuman nipis terbit di bibirnya apabila Inara lena diulit mimpi. Dia tunduk mencium dahi anak perempuannya itu.

Ayunan kakinya disambung. Pintu bilik Hael dibuka. Suasana bilik itu suram dan hanya diterangi cahaya lampu tidur. Dia mula menapak perlahan-lahan ke katil anak lelakinya itu sebelum dia melabuhkan duduk di birai katil. Tangannya naik mengusap rambut anaknya dengan lembut. Terletus ketawa kecil dari bibirnya apabila Hael mula merengek. Tidak suka lenanya diganggu.

"Hael, bangun sayang. Sahur." ujar Iqbal secara perlahan sambil tangannya menggoncang lembut lengan anaknya.

"Hmm"

"Baik Hael bangun sekarang sebelum ibu sampai"

Dengar saja perkataan ibu, terus mata Hael terbuka luas. Dia memandang papanya dengan pandangan yang tertanya-tanya.

"Mana ibu? Ibu ada dekat sini ke?" soal Hael dalam intonasi suara yang perlahan. Tidak mahu komunikasi antara dia dan papanya didengari.

Iqbal ketawa kecil dengan gelagat anaknya. Tahu pun takut. Itulah siapa suruh liat sangat nak bangun.

Ehem Encik Iqbal Hayyan, tengah bercakap dengan cermin ke?

"Tak ada. Ibu dekat dapur. Jadi sekarang ni Hael pergi tandas, basuh muka. Papa tunggu Hael dekat bawah tau" kata Iqbal lalu mengusap rambut anaknya. Hael hanya mengangguk sebelum kakinya mula berjalan menuju ke tandas.














•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now