32🕊

6.9K 323 5
                                    

MATAHARI yang mulai terbit menyerlahkan keindahan di langit. Dengan kicauan burung-burung yang mula terbang daripada sarang untuk mencari makanan. Daun-daun bertiup perlahan menghasilkan bunyi yang amat menyenangkan.

"Ya Allah mengantuknya!" rungut Hasya sambil tangan naik menutup mulut yang terbuka luas akibat menguap. Encik Hasyiem menggeleng kepala melihat perangai anak perempuannya itu.

"Kamu semua rehatlah dulu. Ibu nak sediakan sarapan kejap. Hasya! Tolong ibu dekat dapur sekarang!" arah Puan Maisarah tegas apabila mereka sudah sampai di rumah.

"Baik ibu" jawab Hasya pasrah lalu melipat telekungnya dengan kemas. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar daripada bilik dirinya ditahan dan badannya merapat ke dinding.

"A..awak n..nak apa?" soal Hasya tergagap-gagap. Pelik-peliklah Iqbal ni!

"Mana morning kiss aku?" tanya Iqbal tiba-tiba membuatkan Hasya kejung. Aduhai kena sampuk apa pula nak ciuman di pagi hari!

"Wajib ke?"

"Wajib sangat" jawab Iqbal lalu tersengih nakal. Hasya sudah gelisah. Ayah tolong Hasya!

"Tutup mata" arah Hasya selepas dia mendapat kekuatan dan keberanian. Lihat sahaja mata suaminya yang telah tertutup, perlahan-lahan kakinya dijengket lalu ciuman satu saat dilabuhkan di pipi kanan suaminya. Setelah itu lekas-lekas dia berlari keluar daripada bilik. Tangan diletakkan di dada kiri. Laju!

"Kamu ni dah kenapa Hasya?" soal Encik Hasyiem pelik melihat wajah gelabah anaknya.

"Ta..tak ada apa" jawab Hasya sebelum berlalu menuju ke dapur untuk membantu Puan Maisarah memasak.

Iqbal masih lagi berkedudukan sama seperti tadi. Namun senyuman nakal semakin melebar di bibir merahnya.

"Dekat pipi pun jadilah" ujarnya perlahan dalam nada yang pasrah saja. Baik ada daripada tiada langsung. Syukur je lah.











LANGKAH kakinya yang kecil mahu menyaingi langkah kaki Iqbal. Memang tidak adil dan saksama! Makin dia cuba untuk menyamai kedudukan Iqbal makin dia kebelakang. Dan akhirnya dia mengalah.

"Jalan tu cepat sikit" arah Iqbal sambil memimpin tangan kecil isterinya. Sekali lihat macam bukan suami isteri sahaja. Hasya tidaklah rendah sangat. Hanya separas dada Iqbal. Rendah ke?

"Sabarlah. Awak tu jalan laju sangat. Cuba perlahankan sikit" balas Hasya lalu mendongak ke atas untuk memandang suaminya. Nasiblah kalau rendah. Pemandangan dia orang tinggi lain. Pemandangan orang rendah lain. Redha!

"Hmm ya lah" jawab Iqbal lalu mula memperlahankan langkah kakinya agar sama dengan Hasya.

"Ada nak beli apa-apa lagi?" tanya Iqbal sambil mata melilau ke sana sini.

"Tak ada. Jom balik" ajak Hasya lalu mula berjalan menuju ke jalan raya. Terlepas tautan tangan antara dia dan Iqbal.

Hasya melihat kiri dan kanan dahulu sebelum melintas. Baru sahaja kakinya mahu melangkah ke depan, tangannya dicengkam kasar daripada belakang membuatkannya mendesis perlahan. Wajah tegang Iqbal dipandang.

"Kau jangan berani lintas jalan raya sendiri" ujar Iqbal tegas. Hasya hanya menunduk. Tahu Iqbal memarahi dirinya.











HASYA yang berehat di pangkin, tersentak apabila ada seseorang yang menyapanya. Dia melihat gerangan itu lalu matanya membuntang. Riak ceria terpapar di wajahnya.

"Aril!" jerit Hasya teruja lalu mula bangun daripada duduknya. Susuk tubuh dihadapaannya dipandang berkali-kali. Ini bukan mimpi!

"Hai Hasya" kata Aril sambil mengusap belakang tengkuknya. Segan.

"Bila kau balik sini?" soal Hasya dengan senyuman yang masih mekar di bibir. Tipulah kalau dia tak bahagia berjumpa dengan rakan sepermainannya suatu tika dahulu.

"Minggu lepas. Ni mak aku bagi" balas Aril lalu menghulurkan satu bekas bewarna biru.

"Apa dalam ni?"

"Nanti kau tahulah. Jangan buka sekarang" pesan Aril. Hasya hanya mengangguk sebelum meletakkan bekas itu disebelahnya.

"Ayah dengan along kau mana?" tanya Aril apabila matanya tidak menangkap susuk tubuh Encik Hasyiem dan Hilman di sekitar rumah.

"Dia ora..."

"Aril? Kau ke tu?" tanya satu suara garau tiba-tiba membuatkan ayat Hasya mati di situ. Kepala dikalihkan ke arah di mana punca suara itu datang.

"Aku lah ni" jawab Aril lalu mula bersalaman dengan Encik Hasyiem dan Hilman. Tangan seorang jejaka yang tidak dia kenali turut disalamnya. Macam sebaya aku je.

"Ni siapa pula? Tak pernah nampak pun" ujar Aril dengan riak wajah yang hairan. Sepupu Hasya ke?

"Ni suami Hasya. Iqbal namanya" jawab Hilman lalu menepuk perlahan bahu Iqbal. Dia tahu Iqbal sedang memendam rasa saat ini. Kalau dia di tempat Iqbal pun dia akan rasai perkara yang sama.

"Eh bila masa pula kau kahwin Hasya. Tak bagitahu aku pun" ujar Aril dengan riak yang masih lagi tidak percaya. Teman sepermainannya sudah berkahwin? Umur 17?

"Dah lama" jawab Hasya dua patah. Malas mahu menceritakan itu dan ini. Lagipula semua orang termasuk sepupu dan ibu bapa saudaranya tidak tahu mengenai perihal sebenar dia dan Iqbal berkahwin.

"Marilah naik dulu Aril" ajak Encik Hasyiem ramah.

"Tak apalah. Saya nak kena pergi rumah orang lain pula ni. Nak hantar makanan yang mama masak" beritahu Aril sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Aku pergi dulu. Assalamualaikum" kata Aril sebelum mula berlalu pergi dengan motornya.

Salam yang diucap Aril dijawab perlahan. Iqbal mengalihkan pandangannya ke arah Hasya yang masih lagi melihat Aril sehingga hilang daripada penglihatannya. Lava cemburu mula meletus di dalam badannya.











new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! spread some love♡

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now