13🕊

8K 393 13
                                    

"TERIMA kasih Pak Cik Zubir" ucap Hasya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Kelibat Iqbal di cari. Mungkin di dalam bilik.

Dia membuka perlahan pintu bilik lalu lekas-lekas masuk ke dalam. Angin yang menderu kuat di dalam bilik itu menandakan pintu gelangsar untuk ke beranda di buka. Hasya meletakkan perlahan-lahan begnya di atas lantai sebelum menapak ke arah Iqbal.

"Iqbal" panggilnya namun tiada balasan. Dia cuba menyentuh tangan suaminya namun ditepis perlahan. Nafas panjang ditarik untuk mengumpulkan kekuatan.

"Saya minta maaf" ucap Hasya perlahan sambil matanya menekur lantai. Iqbal terjongket sinis.

"For what?"

"Sebab buat awak marahlah. Saya tahu awak marahkan saya sebab bercakap dengan Naufal but he is my friend Iqbal. Takkan saya nak pulau dia pula" jawab Hasya sambil mempertahankan dirinya.

"Masih nak back up dia?"

"Bukan back up Iqbal. Kenapa awak kena marah fasal hal tu? There is no reason why you should be angry like this" kata Hasya masih lagi bersabar.

"Because you are my wife Hasya. My wife!" tekan Iqbal lagi dengan muka yang kemerahan menahan amarah.

"I know Iqbal. Tak perlu nak ulang banyak kali. Saya masih lagi jaga batas saya sebagai seorang isteri. Saya hanya bercakap dengan dia dan bukannya buat perkara yang berdosa tapi kalau awak tak suka saya takkan buat lagi" beritahu Hasya sebelum menuju ke tandas untuk membersihkan diri.

Dia malas mahu bergaduh lama-lama. Lagipula hubungan mereka sebagai suami isteri baru sahaja mencecah seminggu. Belum lagi sebulan mahupun setahun tetapi sudah bergaduh.

Hasya menggeleng kepala perlahan dengan perangai Iqbal yang selalu saja cemburu walaupun hanya perkara yang remeh-temeh.




DIA merantau ke sekeliling rumah itu. Setiap sudut diperhatinya sebaik mungkin sebelum melabuhkan duduk di sebuah buaian berhadapan kolam ikan. Dia duduk di situ sambil membaca novel.

Dia bosan terperap di dalam bilik. Lagipun memang niatnya mahu meneroka rumah ini bila hari sudah siang kerana pada hari pertama dia tiba di sini matahari sudah melabuhkan tirainya dan bulan pula yang menjelma.

"Jauh termenung Hasya" tegur Mak Milah dengan tangan menatang dulang.

"Terima kasih Mak Milah. Susahkan Mak Milah je" ujar Hasya kesian dengan pembantu rumah itu.

"Tak ada susah pun Hasya. Mak Milah ambil air yang sudah sedia ada dalam peti sejuk" ujar Mak Milah lalu masuk ke dalam rumah. Hasya hanya tersenyum memandang Mak Milah.

Baru sahaja dia mahu memulakan bacaan telefonnya berdering nyaring. Lantas dijawab panggilan itu selepas melihat nama si pemanggil.

"Waalaikumussalam Mia. Ada apa?" soal Hasya selepas menjawab salam yang diberi.

"Kau ada dekat rumah tak? Kalau ada aku nak datang rumah kau. Nak bincang fasal tajuk tiga subjek sains" beritahu Mia.

Hasya tercengang. Nak jawab apa ni? Takkanlah mahu beritahu Mia yang dia berada di rumah Iqbal pula. Pasti rakannya itu akan menyoalnya hingga ke lubang cacing. Tapi kalau menipu dosa. Ibu tolong Hasya!

"Hello ada orang ke tak ni?"

"Ya Mia"

"Kau ada dekat rumah ke tak ni?" ulang Mia lagi. Hasya sudah gelisah.

"Minta maaf Mia. Aku tak ada dekat rumah. Aku ikut abang aku keluar sekarang ni" tipu Hasya dengan terpaksa.

'Ya Allah ampunilah dosa ku'

"Oh tak apalah kalau macamtu. Kita bincang esok je lah dekat kelas. Sorry ganggu kau. Bye Hasya. Assamualaikum"

"Waalaikumussalam" jawab Hasya perlahan lalu menamatkan panggilan. Dirinya dihurung perasaan serba salah kerana menipu.

'Maafkan aku Mia'




HILMAN duduk menghadap televisyen tanpa perasaan. Mukanya kosong saja tika ini. Puan Maisarah dan Encik Hasyiem ada saja di sebelahnya sedang mengisi perut dengan makanan yang bergoreng seperti keropok dan kuih segera.

"Kamu ni kenapa along. Dah macam mati bini je ibu tengok"

"Bila Hasya nak datang sini lagi?"tanya Hilman dalam nada sayunya. Puan Maisarah tersenyum nipis mendengar soalan yang diutarakan oleh anaknya. Rindukan adik rupanya.

"Telefonlah dia tanya. Ibu mana tahu" jawab Puan Maisarah lalu menyuapkan karipap ke dalam mulut Encik Hasyiem. Hilman membuat muka kegelian melihat adegan asmara ibu bapanya.

"Dah tua pun sibuk nak suap-suap" omel Hilman perlahan namun dapat ditangkap oleh Encik Hasyiem.

"Tua-tua ni lah kena tunjuk kasih sayang lebih sikit sebab masa muda-muda dulu sibuk duk jaga anak" beritahu Encik Hasyiem selamba. Puan Maisarah membuat muka. Ungkit kisah lama buat apa?

"Ayah. Ibu. Along ada satu permintaan ni" kata Hilman sambil menahan senyum agar tidak terukir di bibirnya.

"Apa dia?" tanya Encik Hasyiem.

"Along nak adik lain boleh?" soal Hilman dengan muka yang selamba walaupun sebenarnya dalam hati mahu pecah tawanya.

"Pergi tidur sana along. Jangan nak mengarut malam-malam macam ni" marah Puan Maisarah. Mukanya habis merah menahan malu. Hilman terkekeh-kekeh ketawa dengan ayahnya.

"Ibu kamu yang tak nak. Ayah okay je" beritahu Encik Hasyiem nakal. Makin kuat pula ketawa yang keluar daripada mulut Hilman. Ibu kena usik!

"Anak dengan ayah sama je. Dua-dua tak betul" rungut Puan Maisarah lalu menggeleng kepala.

"Daripada ibu yang beranak, baik kamu pergi cari isteri. Boleh berikan ibu dengan ayah cucu" kata Encik Hasyiem memberhentikan ketawa anaknya. Hilman menelan air liur perit. Kena hidung sendiri pula.

"Mengantuklah pula. Along masuk tidur dulu ibu, ayah" pamit Hilman melarikan diri daripada disoal siasat oleh ibu bapanya. Puan Maisarah menggeleng perlahan. Nak lari lah tu!

"Nak apa?" soal Puan Maisarah kasar apabila menangkap senyuman nakal di bibir suaminya. Tua-tua pun miang!

"Along nak adik baru"

"Jangan mengada eh! Tidur luar malam ni!" marah Puan Maisarah sebelum membawa pinggan dan cawan ke dapur untuk dibasuh. Encik Hasyiem ketawa perlahan melihat wajah malu-malu isterinya.

Macamlah dia tidak kenal dengan isterinya. Dia tidur luar? Itu tidak pernah berlaku kerana Puan Maisarah pasti akan mencarinya jika mahu tidur. Disebabkam itulah dia tidak takut akan ugutan isterinya kerana itu semua hanyalah auta semata-mata.









new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share this story! spread some loves🤍bye you all saranghae♡

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now