35🕊

6.9K 304 9
                                    

KEKURA tangan yang memerah telah disapu krim kepunyaan salah seorang pekerja. Hasya sempat mengucapkan terima kasih sebelum pekerja itu berlalu pergi. Dan sekarang ini keadaan makin canggung.

"Erm saya keluar dulu"

"Hasya. Dah lama saya tak tengok awak. Awak sihat?" soal Naufal sekadar berbasa-basi.

Persoalan yang bermain di fikiran telah terjawab. Naufal ialah anak kepada CEO syarikat ini. Dan bermula daripada saat ini dia mengambil alih seluruh syarikat ini. Dia yang menjadi ketua menggantikan ayahnya.

"Alhamdulillah sihat" jawab Hasya pendek. Dia sudah tidak selesa sekarang ini. Dengan tenungan mata Naufal yang baginya mempunyai tafsir yang tersendiri menyebabkan dia takut.

"Saya nak minta maaf sebab langgar awak tadi. Sebab saya tangan awak melecur" kata Naufal ikhlas sebelum tersenyum nipis.

"Tak apa. Sikit aja ni" balas Hasya.

"Saya minta diri dulu. Banyak kerja yang perlu saya selesaikan" pamit Hasya sebelum mula keluar daripada bilik itu. Boleh sesak nafasnya akibat berada dengan Naufal.

Fikirannya masih lagi terganggu akibat pertemuannya dengan Naufal. Jikalau dahulu dia dan Naufal hanyalah kawan yang mempunyai pangkat yang sama iaitu tanggungjawab sebagai pengawas sekolah. Namum kini semuanya berbeza. Naufal yang memiliki segalanya. Dia hanyalah seorang pekerja di bawah syarikat Naufal.

Dan yang paling dia penat ialah kenapa dia tidak sedar akan nama bosnya dahulu. Atau lebih tepat ayah Naufal. Kenapalah dia lambat sangat untuk pick up semua benda ni? Dan sekarang apa perlu dia buat?





"HASYA jom lunch" ajak seseorang. Hasya dengan beratnya mengangkat pandangan ke arah Naufal yang sedang membongkokkan separuh badannya.

"Erm maaf. Saya ada date dengan orang lain" jawab Hasya dengan senyuman terpaksa. Dia sedar akan perubahan di wajah Naufal.

"Date? Dengan boyfriend ke?" soal Naufal mahu mengorek tentang kehidupan Hasya.

"Suami"

Naufal terkelu. Suami? Hasya sudah berkahwin? Kemudian penglihatannya jatuh ke arah tangan Hasya. Atau lebih tepat di jari manis Hasya yang indah dihiasi oleh sebentuk cincin emas bertahtakan permata.

"Bila kahwin? Tak ajak saya pun. Kata kawan" rajuk Naufal.

"Dah lama. Lagipula perkahwinan ni aturan keluarga. Jadi saya setuju. Alhamdulillah saya bahagia dengan dia" jawab Hasya panjang lebar.

"Congratulations" ucap Naufal dengan senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Thank you. Saya pergi dulu" kata Hasya sebelum mencapai beg tangannya lalu mula pergi dari situ. Meninggalkan Naufal bersendirian.

Sampai sahaja di aras yang paling bawah dia lekas-lekas menuju ke luar syarikat. Mukanya memang panik. Gelisah dan takut. Nampak sahaja kereta suaminya dia terus berlari anak lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Abang gerak cepat" arah Hasya dengan nafas termengah-mengah. Iqbal hanya patuh. Tidak pula dia bertanya itu dan ini. Hanya diam sahaja.








MAKANAN yang terhidang di hadapannya dipandang dengan riak kosong. Selera makannya berkurang setelah mengingati kembali apa yang berlaku di pejabat hari ini. Mental dia rasakan saat ini.

"Kenapa ni sayang? Mind to tell me?" tanya Iqbal lembut lalu meletakkan garfu dan sudu ke atas pinggan yang telah licin isinya.

"Abang. Do you trust me?" soal Hasya pula tidak menjawab soalan Iqbal. Dia mahukan jawapan jujur daripada Iqbal saat ini. Dia takut yang teramat. Dia takut jikalau perkara yang bermain di fikirannya saat ini benar-benar terjadi.

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now