18🕊

7K 353 9
                                    

KERTAS yang bertimbun di hadapannya disusun elok-elok. Dia sudah menyiapkan 50 peratus daripada keseluruhannya. Dia tersenyum bangga. Bukannya susah sangat kerjanya. Ada yang fail tidak perlu disemak langsung kerana sudah cukup semuanya seperti fail biodata dirinya. Sempurna.

Fail suaminya pula diambil. Dia membelek satu-persatu kertas sambil itu juga dia membaca serba sedikit berkenaan dengan keluarga suaminya. Kalau tentang pelajar lain dia tidak melakukan perkara sebegini. Lagipula tidak salah jika dia membaca tentang biodata suaminya. Atau memang perkara itu salah dan difikirannya saja betul?

Tersenyum-senyum dia membaca biodata tentang Iqbal Hayyan iaitu suaminya. Namun senyuman itu beransur pudar dan digantikan pula dengan riak yang penuh dengan kehairanan.

Dia mengambil pula fail biodata pelajar yang lain dan dibandingkan dengan suaminya. Dia baru tersedar bahawa hanya fail suaminya sahaja yang mempunyai tempat surat kesihatan manakala pelajar lain tidak. Fail biodata dirinya juga tiada tentang surat kesihatan.

Kenapa suaminya ada?

Suaminya sakitkah?

Kenapa suaminya tidak memberitahunya?

Patutkah dia bertanya ataupun hanya diam saja?








NAUFAL yang nampak akan kelibat Hasya berjalan seorang diri terus menegur. Dia berlari anak mendapatkan Hasya.

"Need some help?" soal Naufal yang lagaknya seperti seorang gentleman saja.

"No need" tolak Hasya sambil tersenyum sedikit. Kelat muka Naufal apabila tawarannya untuk menolong ditolak mentah-mentah. Mana pernah selama ini tawarannya ditolak. Ini kali pertama!

"Nak bawa ke mana semua ni?" tanya Naufal lagi.

"Bilik guru" jawab Hasya pendek saja. Malas mahu berlebih-lebih.

Mereka berjalan bersama menuju ke bilik guru. Hasya berjalan di depan manakala Naufal dibelakang. Sebenarnya dia tidak selesa berjalan begini kerana fikirnya Naufal pasti dapat melihat lenggok tubuhnya walaupun berpakaian longgar.

"Hasya!"

Dia ada mendengar suara orang melaung namanya seakan-akan memberi amaran. Namun semua itu terlambat apabila kakinya telah menjejak lantai yang licin akibat daripada tumpahan air sabun. Mata dipejam rapat apabila dia sudah dapat mengagak apa yang akan menimpa dirinya.

1 saat.

2 saat.

3 saat.

Dirinya berkerut hairan apabila punggungnya tidak merasa kesakitan. Mata dibuka perlahan lalu dia terbuntang. Membulat matanya memandang wajah seseorang yang hampir dengannya.

"Be careful" pesan Naufal.

Terus sahaja dia bangun membetulkan dirinya lalu dia tersenyum kekok. Tidak selesa akan pandangan Naufal. Langkah kakinya terus diatur laju menuju ke arah bilik guru di hadapan sana tanpa menghiraukan Naufal lagi.

Dirinya berasa malu yang amat. Dia lebih rela jatuh bagai nangka busuk daripada disambut sebegitu oleh Naufal.

Ibu!








WAJAH ketat suaminya dikerling sedikit. Dia tidak mampu pandang sepenuhnya. Hanya dengan hujung mata sahaja dia sudah mampu membayangkan bagaimana muka suaminya sekarang ini. Dingin!

Iqbal melangkah laju mendaki tangga menuju ke biliknya. Pintu yang dihempas kuat mengejutkan Hasya dan Mak Milah di ruang tamu.

"Kenapa tu?" soal Mak Milah berbisik.

"Entahlah Mak Milah. Hasya naik dululah ya" pamit Hasya lalu berlalu menuju ke bilik. Langkah kakinya perlahan saja. Takut!

Pintu dikuak perlahan lalu terpandanglah wajah bengis suaminya yang menatapnya tajam. Pintu ditutup rapat olehnya lalu dia berjalan menuju meja. Namum beg sekolahnya terasa ditarik daripada belakang membuatkna langkahnya terhenti.

"Suka?" tanya Iqbal tiba-tiba membuatkan Hasya berkerut hairan. Suka apa?

"Kau jangan buat muka macam tu depan aku" larang Iqbal tanpa nada. Hasya kecut perut. Dah kenapa suaminya ini?

"Apa yang awak cakap ni?" soal Hasya lembut. Dia perlu bersabar sekarang ini.

"Oh buat-buat tak faham pula? Nak aku sebut satu-persatu? Nak aku buka kertas mahjong terangkan one by one? Is it like that?" tanya Iqbal bertubi-tubi dengan sinisannya.

Hasya semakin berkerut. Apa yang suaminya mahu sampaikan ni? Nak terangkan apa?

"Bukan main gembira lagi kau dapat peluk jantan lain dekat sekolah. Mesti seronok kan?" sinisan yang keluar daripada mulut suaminya itu membuatkan dia kembali ke alam realiti. Dia terkejut. Suaminya nampak?

"Kenapa? Terkejut sebab aku tahu? Kau memang nak sorokkan daripada aku ke macam mana? Jawablah!" tengking Iqbal kuat menyentakkan Hasya. Tubuhnya menggigil kecil. Tidak pernah dalam hidupnya dia ditengking sebegini.

"Yang awak nampak tu semua betul dan saya tak boleh nak nafikan perkara tu. Tapi  saya bukan peluk dia and dia pun tak peluk saya. Sa.."

"Tak peluk apanya kalau macamtu? Kau ingat aku tak nampak ke? Aku nampaklah! With my own eyes Hasya! My own eyes." tekan Iqbal sambil memandang tajam wajah isterinya.

"Saya nak jatuh Iqbal. Masatu saya hampir jatuh. Takkan dia nak tengok je? Dan saya pun tak naklah kena pegang macam tu. Awak ingat saya suka ke? Awak ingat saya suka buat dosa macam tu?" terang Hasya dengan mata yang berkaca.

"Again! You back up him! Siapa aku pada kau? Aku ni suami kau tahu tak!" kata Iqbal kuat membuatkan Hasya menunduk.

"Saya tak pernah lupa yang saya dah berkahwin dan saya masih ingat yang awak suami saya" balas Hasya berani menentang pandangan tajam suaminya.

"Listen here carefully Iqbal. You don't have to be afraid that one day I will have another man because I won't but I will be afraid if you have another woman because men can marry more than one. Maybe this really early for me to tell you this but I will let you if one day you have another woman. Just go with your decision" beritahu Hasya dalam nada yang terketar-ketar.

Iqbal hanya meyangkan riak biasa di hadapan isterinya walaupun hati sudah meronta kuat. Dia sakit melihat isterinya sebegitu tetapi dikebalkan juga hatinya untuk tidak jatuh lagi.

"Saya minta maaf sebab buat awak marah hari ni" ucap Hasya sebelum berlalu menuju ke arah wardrobe dan mengambil pakaian lalu masuk ke dalam tandas.

Air mata yang ditahan tadi tumpah jua. Dia  tidak mampu menahannya lagi. Sakit. Itu yang dapat diluahkan sekarang.

Kenapa semua mesti curiga dengan dirinya?

Jika dahulu ayahnya dan sekarang ini suaminya pula?

Tangisan dihamburkan sepuas mungkin. Dia penat. Penat untuk berhadapan dengan semua orang. Dirinya selalu menjadi mangsa keadaan dan tiada siapa membela dia.Hanya dia yang ada untuk membela diri sendiri.

Hanya dia.








new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! bye guys luv u♡

•C•BADBOY ITU SUAMIKUحيث تعيش القصص. اكتشف الآن