19🕊

7.1K 367 13
                                    

HUBUNGAN yang retak itu mahu dicantumkan semula olehnya. Namu tidak membuahkan sebarang hasil. Sudah banyak perkara yang dia lakukan tetapi hasilnya tetap sama.

Sudah dua hari mereka berkeadaan begini hingga ke sekolah. Dirinya terus diabaikan oleh Iqbal. Dia sedih apabila diperlakukan sebegitu.

Dia pulang lebih awal daripada Iqbal atas arahan lelaki itu sendiri kerana suaminya mempunyai latihan bola sepak. Hampir saja air matanya jatuh berguguran tetapi dia menahan. Dikuatkan juga hatinya.

Selalunya dia akan pulang bersama-sama dengan Iqbal jika lelaki itu mempunyai latihan namun kali ini lain pula. Lelaki itu sendiri yang mengarahkannya supaya pulang terlebih dahulu. Dia hanya akur. Tidak mampu untuk membantah.

Dia menunggu kepulangan suaminya dengan sabar. Sesekali jam di dinding dikerling. 6.00 petang.

Ngauman enjin kenderaan menggamit perhatiannya. Dia laju turun ke bawah dengan memakai tudung sarung untuk menutupi kepalanya. Wajah kepenatan suaminya menjamu penglihatannya.

Dia membantu mengangkat beg sekolah Iqbal. Pandangan curiga Iqbal padanya dihiraukan. Dia pun tidak tahu mengapa dirinya boleh seberani ini. Dia dirasuk ke?

"Erm awak nak makan sekarang ke atau makan sama-sama dengan mama papa? Kalau nak makan sekarang saya boleh sediakan" kata Hasya sambil memandang belakang suaminya. Pandang sinilah!

"Tunggu semua" jawab Iqbal lalu masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri. Hasya tersenyum nipis. Sepatah je dia jawab.





USAI makan malam mereka semua berpecah mengikut arah masing-masing. Mama dan papa berada di ruang tamu untuk menonton televisyen manakala dia dan Iqbal menuju ke bilik untuk menyiapkan kerja sekolah.

Memandangkan dirinya sudah menyiapkan kerja yang tertangguh jadi sekarang ini dia hanya menemani Iqbal. Dia duduk di sebelah suaminya lalu menongkat kepala.

Dilihat wajah suaminya dengan teliti. Matanya tidaklah sepet dan tidaklah bulat hanya sedang-sedang saja dilengkapkan dengan bulu kening yang terbentuk elok. Hidungnya pula tidaklah terlalu mancung. Bibirnya yang merah bak delima itu memang berseri dengan kulit sawo matang milik suaminya. Sempurna!

"Tengok apa?" soal Iqbal tiba-tiba memeranjatkan Hasya.

"Ta..tak ada apa-apa" jawab Hasya sambil kepalanya laju menggeleng. Iqbal sembunyi senyum melihat wajah gelabah isterinya. Geram nak gigit!

Hasya bangun lalu menuju ke arah katil. Sempat dicapai satu novel yang belum ditamatkannya. Dia bersandar di kepala katil dengan selesa sebelum memulakan bacaannya.

Iqbal berdecit sinis apabila mendengar ketawa yang terbit dari mulut isterinya. Ada juga kalanya gadis itu akan bercakap seorang diri persis orang tidak siuman. Dia membetulkan urat saratnya apabila lama duduk dalam keadaaan yang sama.

"Aduh" adu Iqbal perlahan namun jelas di telinga Hasya. Dia memandang suaminya yang sedang mengetuk-ngetuk bahagian pinggang.

"Erm awak marilah sini. Biar saya urutkan" ujar Hasya tanpa sedar. Dia menutup mulut apabila ayat itu terzahir daripada mulutnya. Ingatkan cakap dalam hati je!

"Kau...pandai ke?" soal Iqbal. Curiga akan kebolehan isterinya. Hasya mencebik. Tampar kang!

"Tak nak sudah" kata Hasya sebelum kembali menyambung membaca novelnya.

Seketika terasa tempat di sebelahnya tenggelam sedikit menandakan ada beban di atasnya. Hasya tersenyum senget. Iqbal gedik!

Hasya membulatkan mata apabila dengan selambanya Iqbal membuka baju di hdapannya. Sekali lagi matanya tercemar dengan ciptaan Tuhan di hadapannya. Astaghfirullah dah halal.

"Menung apa lagi?" tanya Iqbal menyentakkan Hasya. Terus Hasya turun dari katil lalu mencapai sebotol minyak.

Dengan lafaz bismillah yang dibaca di dalam hati dia memulakan kerjanya. Tangannya menggigil hebat apabila kulit tangannya bersentuhan dengan kulit suaminya. Ibu tolong!

Iqbal hanya diam merasai setiap urutan daripada isterinya. Nikmat.

"Err awak" panggil Hasya perlahan.

"Hmm"

"Erm a...awak masih marahkan sa...saya lagi ke?" soal Hasya juga perlahan. Jujur dia takut untuk melihat kemarahan suaminya lagi. Cukuplah.

"Kau rasa?" soal Iqbal pulah mahu bertarik tali. Hasya menggigit bibir bawah. Ish dia suruh aku teka pula!

"Marah lagi" balasnya sambil mengurut badan suaminya. Kenapa keras sangat badan dia ni! Batu ke apa!

"Betullah tu" balas Iqbal pula selamba. Mata Hasya sudah bertakung dengan air mata. Bila-bila masa saja akan tumpah. Iqbal jahat!

"Janganlah marah lagi" ujar Hasya dalam sedu-sedan tangisan. Iqbal yang mendengar nada suara isterinya itu berubah terus menukar posisi tubuhnya kepada duduk. Nangis?

Hasya hanya menunduk. Titisan air mata jatuh satu-persatu ke atas seluarnya. Jujur dia sedih sekarang ini kerana Iqbal melayannya dingin saja.

"Stop crying" arah Iqbal perlahan. Perasaan bersalah menyerbu dirinya. Tangannya menarik kepala Hasya agar jatuh ke dadanya. Dia mengusap lembut belakang badan isterinya untuk menenangkannya.

"Shh... aku gurau je" pujuk Iqbal lagi namun makin kuat pula tangisan Hasya.

"Sayang" panggil Iqbal. Hasya mengangkat wajahnya yang sudah dibanjiri air mata. Ibu jari Iqbal menyapu air matanya.

"Dah jangan nangis"

"Sa..saya minta maaf" ujar Hasya perlahan saja suaranya. Iqbal tersenyum nipis.

"Ya aku dah maafkan kau"

Iqbal memeluk erat tubuh isterinya. Belakang badan diusap perlahan-lahan. Hasya juga turut membalas pelukan suaminya. Warm hug.

Lama mereka berkeadaan begitu sehingga Iqbal yang membuka bicara.

"Mesti kau sukakan" ujar Iqbal mengerutkan dahi Hasya. Takkanlah gaduh lagi. Serius lah?!

"Suka apa?" soal Hasya pula. Masih lagi memeluk tubuh tidak berbaju suaminya. Seksi!

"Tengok aku macam ni. Bukan main ketat lagi kau peluk aku. Nak bernafas pun susah" beritahu Iqbal membulatkan mata Hasya. Serta-merta pelukannya terlepas.

"Tak ingin pun saya nak peluk awak" nafi Hasya lalu mula mengesot ke tepi katil.

"Ya ke?" usik Iqbal lagi lalu menarik pinggang isterinya agar merapat dengannya.

"Betul ke kau tak suka peluk aku? Hmm?" bisik Iqbal rapat ditelinga isterinya sehingga Hasya menggeliat kegelian. Iqbal gatal!

"Ta...betul. saya mana suka peluk awak. Jangan perasan" balas Hasya lalu cuba merungkaikan pelukan di pinggangnya namun tidak berjaya. Terlalu ketat!

"Iqbal"

"Hmm"

"Lepaslah" beritahu Hasya manja saja suaranya.

"Tak boleh. Kau cakap kau tak suka peluk aku kan. Jadi sekarang ni aku nak biar kau muak dengan pelukan aku. So we will stay like this" kata Iqbal membulatkan mata Hasya. Gila ke apa suami dia ni!?

"Fine. Saya mengaku" jawab Hasya.

"Mengaku apa?" tanya Iqbal berpura-pura tidak memahaminya.

"Saya mengaku yang saya suka peluk awak" kata Haysa laju lalu menekup mukanya dengan telapak tangan. Mukanya tidak usah cakap. Merah padam seperti udang galah. Pengakuan yang akan memalukan tujuh keturunannya.

"Apa ulang sekali lagi? Tak jelas lah?" Iqbal masih lagi terus-terusan mengusik isterinya. Dia suka melihat wajah kemerahan isterinya itu. Comel sangat!

"Iqbal.." kata Hasya perlahan bagai memberi amaran. Mukanya masih lagi ditekup dengan telapak tangan.

Pecah gelak Iqbal tika itu melihat kecomelan isterinya yang melampaui batasan. Kalau aku ngap malam ni memang tak berdosa. Risau!









new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share this story! bye guys saranghae<3

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now