3🕊

9.9K 454 14
                                    

IQBAL memandang Hasya atas dan bawah. Kecil besar saja dia tengok Hasya di matanya sekarang ini yang berada dalam kawasan sekolah manakala dia di luar. Geram nak pukul!

"Hasya bagi dia orang masuk" kata Cikgu Intan.

Hasya mengangguk dengan terpaksa lalu membuka pintu pagar sekolah. Sempat dia lihat Iqbal menjelir lidah ke arahnya. Tunggu kau!

"Pelajar tingkatan 5 terus naik ke kelas ya. Tak ada denda untuk kamu hari ni. Hasya masuk kelas sekarang" arah Cikgu Intan lagi.

Hasya melopong mendengar arahan Cikgu Intan. Kenapa pula kena naik kelas awal? Namun persoalan itu hanya bermain di fikirannya saja. Tidak mampu dia luahkan.

Baru saja dia berangan-angan mahu mendenda semua pelajar yang lewat. Barulah dia boleh masuk ke kelas lambat sikit. Dia malas masuk ke kelas kerana subjek yang pertama ialah sejarah. Membosankan!

Dengan terpaksa Hasya berjalan juga menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat dua.

"Memang aku tersengguk-sengguklah lepas ni" gumamnya perlahan sebelum menggeleng kepala.

Subjek sejarah amat tidak digemarinya kerana perlu banyak membaca dan menghafal itu dan ini. Paling dia tidak suka ialah menghafal nama sultan. Sudahlah nama panjang enam harakat berbelit-belit lidahnya mahu menyebut.



BADAN direnggangkan. Habis semua otot di badannya lenguh akibat menunduk sedari tadi. Peralatan tulisnya dikemaskan. Beg sekolah di zip rapat.

"Kau nak makan apa hari ni?" soal Mia yang sedang mengemas meja.

"Tengoklah dulu" jawab Hasya sebelum mereka berdua keluar daripada kelas dan menuju ke kafe sekolah.

Ramai pelajar yang ada di situ untuk membeli makanan memandangkan sekarang ini waktu rehat. Hasya beratur di tempat membeli air manakala Mia beratur di bahagian makanan.

Hasya yang terlebih dahulu selesai membeli dia terus mencari tempat makan yang kosong.

"Dah siap makan ke?" tanya Hasya kepada pelajar yang mungkin juniornya.

"Haah. Akak duduklah" ujar pelajar itu mesra. Hasya mengucapkan terima kasih sebelum duduk di meja itu.

Air teh ais yang dibeli dihirup sedikit bagi menghilangkan rasa dahaga. Sejuk!

"Nah makanan kau" Mia menghulurkan satu plastik yang berisikan keropok goreng.

"Thank you babe" ucap Hasya dengan gaya gedik yang dibuat-buat.

"Welcome sweetie" balas Mia pula turut melayan perangai tiga suku rakannya itu. Masuk air dua-dua.

Sesekali gelak tawa menghiasi meja yang mereka berdua duduki. Tentang gosip hangat sekolah juga mereka turut ceritakan. Meja itu bagaikan menjadi tempat mesyuarat sahaja dengan mereka berdua.

"Dia orang couple ke? Tak sangka pula macam tu taste dia" kata Hasya lalu tergelak perlahan. Begitu juga dengan Mia.

"Haah aku ada tengok story instagram dia orang. Siap keluar pergi panggung lagi. Ada juga highlight aku tengok yang si Afiq tu datang rumah dia. Parent dia pula tak ada yang tegur memang naik lemak lah dia" beritahu Mia yang lagaknya seperti mak cik bawang. Onion!

"Uish. Bersungguh ya kau stalk dia orang" ujar Hasya lalu menyumbat sekeping keropok ke dalam mulutnya.

"Of courselah. Aku ni tak nak lah ketinggalan bas pula kan. Nanti aku nak juga tahu hubungan dia orang tu boleh kekal sampai jinjang pelamin ke tak" jawab Mia sambil tersenyum bangga.

"Kalau ada story lagi update dekat aku tau" pesan Hasya lalu mengenyitkan sebelah matanya.

"Okay buddy!" balas Mia teruja. Dia kalau bab gosip terhangat di sekolah pasti dia terlebih dahulu akan tahu kerana dia mempunyai mata-mata gelap yang selalu saja memerhati tingkah laku pelajar sekolah ini.

"Jom masuk kelas. Waktu rehat dah nak tamat ni" ajak Hasya lalu mula berdiri. Mia yang sedang makan itu terkejut melihat Hasya yang mula menjauh.

"Hasya! Tunggulah!" jerit Mia kuat. Mujur sahaja pelajar di kafe itu sudah berkurang. Tak adalah dia malu untuk menjerit begini.



WAKTU pulang sudah tiba. Semua pelajar kalut menyimpan semua barang mereka ke dalam beg. Namun tidak bagi Hasya. Dia masih lagi leka menulis sesuatu di bukunya.

"Yes! Finally I am done!" ujar Hasya dengan bangganya. Dia membelek-belek beberapa muka surat ke belakang untuk melihat hasil tulisannya. Perfect!

"Sabar jap tunggu aku. Sikit je lagi" beritahu Mia. Tangannya laju menyalin perkara yang berada di papan putih. Sesekali dia menrungut apabila tersalah salin.

"Relax Mia. Aku tak tinggal kau pun kan" kata Hasya lalu menggeleng perlahan melihat tingkah Mia yang kalut.

"Okay done. Let's go home!" jerit Mia kuat.

Mereka berdua sama-sama menuruni tangga sambil berbual mesra.

"Wei Hasya cuba tengok sana" kata Mia lalu menunjukkan satu arah. Hasya menoleh ke arah yang ditunjukkan. Matanya terbuntang apabila melihat sekumpulan lelaki yang sedang melepak dengan kain pelikat. Mungkin baru selesai solat.

"Ish jalan cepat jangan tengok" pesan Hasya lalu menarik tangan rakannya itu.

"Apahal jangan tengoknya. Cuci mata dulu" balas Mia dengan senyuman gatalnya. Sengaja mahu mengusik Hasya.

"Kalau kau nak masuk neraka pergi lah. Jangan libatkan aku sebab aku dah tegur kau tak nak dengar" beritahu Hasya sekali gus menyentapkan hati Mia. Makan dalam betul!

"Astaghfirullah. Jangan tengok Mia. Jangan" kata Mia kepada dirinya sendiri.Hasya membuat muka meluat. Perli aku lah tu!

"Bye buddy. Ayah aku dah sampai" ujar Mia lalu menuju ke arah ayahnya.

Hasya hanya tersenyum. Dirinya duduk di tapak perhimpunan menunggu ketibaan abangnya. Jam tangan ditiliknya. 2.00 petang.

Semenatara menunggu Hilman dia membuka beg lalu mengeluarkan sebuah novel Inggeris yang berjudul Dear God. Dibacanya buku itu dengan penuh khusyuk. Sesekali dia tersenyum sendiri.

"Alahai Noah kenapalah kau buat Sarah macam tu" kata Hasya perlahan lalu tergelak.

"Adik!" laungan seseorang mengembalikan dirinya kepada realiti. Dia menapak ke arah abangnya yang berada di dalam kereta.

"Lambatnya kau ambil aku" rungut Hasya lalu menyalami tangan abangnya. Memeng begitulah rutinnya setiap kali pulang sekolah.

"Sorry adik aku terlelap tadi" jawab Hilman lalu memulakan pemanduan.

"Sampai hati tak ingat dekat aku" rajuk Hasya. Mulutnya memuncung bagaikan itik.

"Buat apa ingat dekat kau. Bukan dapat faedah pun" balas Hilman sengaja mengusik adiknya.

"Lantak kaulah"

"Eleh kau ni. Dah besar pun nak merajuk bagai. Ada nak singgah mana-mana tak sebelum balik?" tanya Hilman sambil memandang ke arah Hasya.

"Pergi beli air green tea. Kau belanja eh?"

"Hmm yalah aku belanja" jawab Hilman pasrah saja bunyinya.

Hasya tersenyum gembira. Hilang rajuknya tadi. Yahoo! Air favourite aku!





new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! bye love♥︎

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now