27🕊

6.9K 323 8
                                    

DI pagi hari lagi Hasya dan kumpulannya pergi ke tandas untuk membersihkan diri. Jikalau lewat nanti ramai pula. Dia malas mahu menunggu dan pasti saja dia akan terlambat. Jadi lebih baik bersiap awal.

Setelah itu mereka akan ke surau untuk solat subuh berjemaah. Dengan langkah malas mereka semua menuju ke surau. Bahagian dinding mereka duduki untuk bersandar.

"Mengantuk Ya Allah" rungut Mia sambil menguap besar. Hasya menggeleng melihat perangai tidak senonoh rakannya itu.

"Kau tidur awal daripada aku semalam. Kau pula yang mengantuk. Aku okay je" beritahu Hasya dengan nada yang mengejek. Mia menjeling Hasya.

"Nak buat macam mana mengantuk. Bukan aku yang minta. Dia yang nak datang. Jadi aku biarlah" balas Mia tidak mahu kalah dengan hujahnya yang mengarut.

"Lantak kau lah Mia" kata Hasya malas mahu bertikam lidah. Mia pula terus menyandar di dinding dengan mata yang terpejam. Tidur dulu sementara tunggu azan subuh.

Hasya hanya melihat sekeliling masjid itu. Rekaannya sungguh menarik dan indah di pandang. Susunan setiap barang di dalam masjid ini juga kemas dan teratur saja. Tidak bersepah.

Lama kelamaan semakin ramai yang memenuhi masjid itu. Mia yang bersandar di dinding dia biarkan. Nanti pandai-pandailah bangun sendiri. Siapa suruh tidur.

"Hasya my babe!" jerit seseorang yang boleh tahan kuat juga suaranya.

"Perlahan siki Izzah" ujar Hasya lalu membuat gaya perlahan dengan jarinya. Izzah hanya tersengih tidak bersalah sebelum melabuhkan duduk di sebelah rakannya.

"Tu dah sampai mana?" tanya Izzah lalu memuncungkan bibir ke arah Mia yang elok saja terlentok di dinding. Perangai elok benar!

"Sampai Mesir agaknya" balas Hasya melayan gurauan Izzah.

"Betullah tu. Dengan duduk dalam masjid ni aku rasa memang betul dia sampai ke Mesir. Entah-entah siap buat umrah lagi" kata Izzah lalu tergelak dengan Hasya.

Gelak tawa mereka terhenti sebaik saja satu suara garau mula melaungkan azan. Hasya dan Izzah berpandangan sesama sendiri. Alahai seksinya suara!

"Wei siapa tu? Bapak sedap mat suara dia!" ujar Izzah teruja selepas membaca doa selepas azan.

"Mana aku tahu. Tapi memang tak boleh nafikan suara dia merdu. Untung bakal bini dia nanti" kata Hasya yang mula berangan-angan. Izzah turut serta dengan imaginasinya sendiri.










MULUTNYA muncung selebar alam. Mukanya pula masam seperti lemon. Memang dia tiada mood sekarang ini. Sungguh sakit hatinya. Kenapa perlu dia? Tiada orang lain ke?

"Muncung-muncung nak kena cium ke sayang?" tanya seseorang membuatkan mukanya bertambah masam. Dia memandang tajam orang disebelahnya.

"Kenapa perlu awak? Tak ada orang lain ke?" soal Hasya dalam nada tidak puas hati.

Nasib baik sajalah sekarang ini tiada pelajar yang lalu lalang kerana semuanya masuk ke khemah masing-masing untuk rehatkan diri. Selepas ini ada aktiviti yang bakal menanti mereka semua.

"Apa kau ni? Tak fahamlah" balas Iqbal pula lalu dengan selambanya gelas isterinya yang berisi air mineral itu diteguknya. Tak apa dah halal!

"Kenapa perlu awak jadi imam dengan bilal pagi tadi?" rungut Hasya lalu meletakkan kepalanya di atas meja. Tunjuk protes sikit. Macam mana dia tahu Iqbal jadi imam ialah dia ada terdengar junior sedang bercakap semasa mengambil sarapan. Panas pula rasa hati ni!

Kipas ada kipas?

Pecah ketawa Iqbal mendengar soalan yang diajukan oleh isterinya. Jadi sebab itulah Hasya bermasam muka pagi ini. Alahai sayang.

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now