20🕊

7.8K 333 1
                                    

"PARENTS tak sayang macamtu lah jadinya"

"So sad"

Ejek seseorang membuatkan kemarahannya meletus. Sudah lama dia menahan sabar dan sekarang ini tidak lagi. Dia perlu kuat dan tidak patut berasa gentar.

Buk!

Tumbukan padu tepat mengena di rahang kiri lelaki itu. Sakit ditangannya tidak dihiraukan. Yang penting sekarang ini dia puas melihat riak sakit yang terpapar di wajah itu.

"What the hell!" jerit kawan lelaki itu lalu membantu rakannya untuk berdiri.

"Nak lawan lagi? Come." cabarnya ke arah lelaki itu. Dia tahu akan kelemahan lelaki itu. Pantang dicabar tetapi sebenarnya lemah.

Tangan lelaki itu dihayun ingin mengenai mukanya namun dia mengelak. Tangan lelaki itu dipegang kejap lalu dia memusingkan lengan itu sehingga lelaki tersebut menjerit kuat. Tendangan diberikan di pelipat kaki lelaki tersebut untuk menjatuhkannya.

"Continue or not?" soalnya sinis sahaja. Dapat dilihat wajah lelaki itu kemerahan menahan marah.

"Take this" ujar lelaki itu sebelum menyiku bahagian perutnya. Dia menunduk senak. Perutnya dipegang. Sakit mak!

Belum sempat dia ingin melayangkan tumbukan ke arah lelaki itu, laungan seseorang memberhentikan niat sebenarnya. Tangan dijatuhkan ke sisi. Mata memandang tajam wajah mengejek lelaki itu.

Mahu saja muka itu dipijak lumat olehnya. Biar terus ghaib dari alam dunia ini dan terus menuju ke alam sebelah. Serabut betul!






DIA tersenyum sinis apabila terdengarkan arahan yang dikemukakan oleh pengetua. Inilah masa yang sentiasa dia nantikan dalam setiap bulan. Perkara yang paling dia tunggu dan yang paling diminatinya.

"Okay semua pengawas lakukan tanggungjawab kamu semua. Buat macam biasa" arah Cikgu Amalin lagi. Hasya terus meluru ke arah hadapan dewan dan mikrofon dicapainya.

"Tingkatan satu, dua dan tiga sila begerak ke sebelah kanan dewan. Bagi tingkatan empat dan lima ke kiri dewan. Gerak sekarang!" arah Hasya tegas. Aura-aura kepimpinan muncul dalam dirinya.

Dia berlalu menuju ke arah kawasan junior dahulu sebelum ke arah senior. Beg junior yang diletakkan di hadapan diambil laku diselongkarnya satu-persatu.

Barangan yang dilarang untuk dibawa ke sekolah akan diletakkan di dalam satu plastik sampah yang besar. Jika mahu menuntutnya perlu berjumpa dengan pengetua sendiri dan ada bayaran yang perlu dibuat.

"Wow a lot of make up!" kata Izzah dengan nada yang teruja. Hasya ketawa kecil. Tahu rakannya itu sedang menyinis.

"Turunkan sikit sanggul tu" beritahu Hasya dalam nada yang berbisik ke arah seorang pelajar tingkatan tiga.

Muka pelajar itu bagaikan menyampah sahaja melihatnya namun dia butakan mata. Buat-buat tak nampak. Kalau kesabarannya menipis saat ini memang lunyai pelajar itu dikerjakannya. Nasib aku baik harini!

"You all are so brave" puji Hasya apabila melihat pelbagai barangan yang terkandung di dalam plastik sampah itu. Telefon pintar, alat solek, barangan kemas pun ada juga. Memang berani!

"Boleh masuk kelas sekarang" ujar seorang guru apabila selesai sesi spot check. Memang masam habis wajah semua pelajar hari ini apabila barang mereka semua dirampas. Padan muka!

Barangan yang dirampas tadi dibawa dengan berhati-hati menuju ke bilik pengetua. Kalau jual semua barang ni memang untung. Auto kaya raya!








PANDANGANNYA tajam dihalakan ke arah hadapan. Tangan yang memegang sebiji bola dikemaskan lagi. Bersedia untuk membaling bola itu. Kuda-kudanya dikemaskan.

Wisel dibunyikan. Terus sahaja dia membaling bola itu ke arah Izzah yang berada di kananya. Izzah pula membaling bola itu ke arah seorang pelajar di belakangnya.

"Sya!" jerit seseorang membuatkan Hasya berpaling. Fokusnya terhadap bola yang dilambung oleh ahli pasukannya. Dengan cekap dia menyambut bola itu lalu di bam sebanyak tiga kali dan dibaling pula ke arah Izzah.

Dia terus maju ke depan apabila pihak lawan turun ke arah kawasannya. Dia tersenyum sinis dalam diam. Sempat juga dia mengutuk cara bermain pihak lawan. Jahat!

Bola yang dibaling oleh pasukannya ke arahnya ditangkat dengan kemas. Dia membawa bola itu ke arah gol pihak lawan dan...

"Gol!" jerit Cikgu Haimi kuat.

Hasya tersenyum bangga. Langkahnya diatur pula menuju ke arah kawasannya. Pujian diberikan ke arah rakan-rakannya yang lain. Mereka saling berbalas pandangan.

Pusingan yang kedua dimulakan dengan gerakan daripada pihak lawan. Tanpa menunggu lebih lama Hasya maju ke depan untuk menghalang pasukan lawan.

Bola yang tergolek di atas padang dirampasnya sebelum menuju ke arah gol pihak lawan. Tetapi entah di mana silap langkahnya dia tersadung sesuatu lalu terjatuh. Dia memandang tajam seorang daripada ahli pasukan lawan yang melihatnya dengan senyuman sinis.

Wisel ditiup panjang. Permainan berhenti seketika disebabkan kemalangan yang menimpanya. Ahli pasukannya yang lain mula datang merapat ke arahnya.

"Boleh bangun tak ni?" soal Cikgu Haimi dengan risau. Dia menggelengkan kepala tanda tidak mampu. Pergelangan kakinya saat ini amat sakit.

"Dia tak boleh main" ujar Cikgu Haimi kepada pengadil. Dengan bantuan rakannya Hasya bangun lalu menuju ke arah luar kawasan bermain. Dirinya akan digantikan dengan pemain simpanan.

"Balik nanti cerita dekat aku" pesan Izzah sebelum masuk ke dalam kawasan bermain. Hasya mengangguk lalu datanglah para medik untuk merawat kakinya yang mungkin terseliuh.










"DASAR badak air!" sembur Izzah dalam nada yang marah. Hasya tergelak perlahan dengan ayat yang keluar daripada mulut rakannya itu. Badak air? Sepadan sangat.

"Aku rasa dia tahan kaki aku dan masa tu aku tak sedar. Lepas tu tersadung dan jadi macam ni" terang Hasya lalu menunjukkan kaki kirinya yang berbalut. Sakit!

"Sudahlah tuan punya badan tu gemuk. Nak berlari pun aku tengok semput. Bangang betul!" ujar salah seorang daripada pasukannya. Semua orang tidak berpuas hati atas kemalangan yang menimpa Hasya.

"Tak apa yang penting kita menang. Alhamdulilah" beritahu Hasya dengan gembira. Dia bangga kerana pasukannya menang walaupun diringa tiada di dalam permainan tadi.

"Syukur ke hadrat ilahi" kata Izzah dengan penuh rasa kesyukuran.

Sekarang ini mereka berada di kafe sekolah atas arahan Cikgu Haimi yang mengarahkan mereka berehat di situ. Sempat juga duit belanja diberikan kepada mereka semua untuk membeli air dan makanan. Cikgu Haimi memang terbaik!









new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! bye guys luv u all<3

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now