34🕊

7.4K 303 3
                                    

4 Tahun Kemudian

DERINGAN jam loceng yang membingitkan telingan telah dia tutup. Keluhan nipis dilepaskan. Dipaksakan juga mata untuk melihat masa sekarang. 6.00 pagi.

Jikalau berfikir dua tiga kali, waktu ini masih terlalu awal untuk dia bangun dan bersiap. Namun hasutan syaitan yang bermain di telinganya ditepis jauh-juah.

Badan dipusingkan ke kiri kerana bahu kanannya sudah lenguh. Pusing punya pusing, terbentanglah di retina matanya wajah seseorang yang masih lena dibuai mimpi. Senyuman terukir di bibir.

Wajah itu dipandang dengan penuh rasa sayang. Tangannya naik mengusap perlahan wajah itu bermula daripada kening yang elok terbentuk sehinggalah ke bibir yang merah bak strawberi tanda tidak merokok.

"Morning dear" kata satu suara yang serak basah. Dan suara itu berpunca daripada wajah itu.

"Morning abang" balas Hasya pula dengan senyuman. Mata Iqbal masih lagi terkatup akibat daripada suhu bilik yang dingin dan ditambah pula dengan comforter yang lembut. Memang lena!

"Bangun abang. Solat subuh" kejut Hasya sambil menepuk perlahan pipi suaminya. Iqbal hanya diam tidak membalas.

"Abang" panggil Hasya lagi. Namun kali ini nada suaranya yang berubah membuatkan mata Iqbal yang tadi terpejam mula terbuka sedikit.

"Sayang it's too early" rengek Iqbal lalu mula menarik Hasya rapat ke arahnya. Hasya menggeleng kepala perlahan. Inilah sebabnya dia perlu bangun awal. Kalau bangun lewat dengan perangai macam ni, memang lambatlah dia pergi kerja.

"Bangun Iqbal Hayyan" kata Hasya memanggil nama penuh suaminya. Iqbal mendengus geram sebelum mula menggeliat membetulkan urat-urat yang tidak betul.

Dengan malas langkah kaki diatur menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Pintu dihempas sedikit kuat tanda protes kerana tidak cukup tidur.

"Hempas kuat lagi! Sampai tercabut!" laung Hasya kuat. Sengaja mahu memprovok suaminya.

"Shut up!" balas Iqbal pula dari dalam tandas dengan kuat. Supaya Hasya mendengarnya.

Setelah selesai membersihkan diri, dia keluar daripada bilik mandi sambil mengelap-ngelap rambutnya yang basah. Angkat saja pandangannya terus dia berkerut hairan.

"Sayang. Cepatnya siap" tegur Iqbal yang melihat Hasya lengkap dengan baju kerjanya.

"Saya bukan macam abang. Mandi bunga agaknya. Lama gila mandi" sempat Hasya mengutuk suaminya sedikit membuatkan mata Iqbal terbungang luas. Berani ya?

"Apa sayang cakap tadi? Mandi bunga?" soal Iqbal sengaja lalu mula menapak perlahan ke arah Hasya yang duduk di meja solek.

"Can you repeat it please?" bisik Iqbal tepat di telinga isterinya membuatkan Hasya mengeras. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Lajunya dia jalan! Ataupun dirinya yang tidak sedar.

"Eh...err...erm...saya cakap apa eh?" soal Hasya pula buat-buat lupa. Jari runcingnya naik mengetuk-ngetuk dagu tanda berfikir.

"Nak suruh abang ingatkan ke?" soal Iqbal rapat di sebelah telinga isterinya.

"Abang!" jerit Hasya kuat lalu menampar lengan suaminya. Deja vu. Dia dan Iqbal pernah alami saat ini sewaktu di awal perkahwinan mereka.

"Sayang. Habis wuduk abang" adu Iqbal dengan muka dibuat terjebik-jebik.

"Sila redha" kata Hasya dan tanpa rasa bersalah dia mengusap lembut wajah suaminya. Dengan langkah yang 'redha' Iqbal berlalu ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.











•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now