14🕊

8K 417 35
                                    

SUASANA suram di dalam bilik itu mampu membuatkan orang lain terasa seram sejuk. Namun tidak bagi dia. Dia selesa berkeadaan sebegitu. Dia suka akan kegelapan.

Matanya merenung kosong dinding di hadapannya. Fikirannya juga tidak mempunyai apa-apa. Yang dia tahu dia perlu bersendirian sekarang ini. Dia tidak mahu lihat dunia luar yang penuh dengan penipuan dan kejahatan. Dia tak nak.

"Pengecut" kutuk seseorang membuatkan dia bengang.

"Siapa kau? Berani kata aku pengecut tapi diri sendiri menyorok. Kau yang pengecut sebenarnya!" balasnya dengan nada yang tinggi.

"Aku ada dalam diri kau" jawab seseorang meletuskan ketawa sinisnya.

"Kau tengah buat lawak apa ni?" ujarnya sambil ketawa.

"Cuba kau renung diri kau betul-betul. Aku adalah diri kau dan kau adalah diri aku" beritahu seseorang membuatkan dirinya hairan.

Diikut kata-kata itu tanpa rasa ragu-ragu. Dirinya berada di hadapan cermin biliknya. Seperti yang disuruh dia merenung dalam cermin itu. Seketika matanya membuntang apabila melihat pantulannya di cermin yang kelihatan berbeza.

"Tak percaya lagi?" tanya orang itu sambil tersenyum sinis.

"You are not real!" katanya dan tanpa teragak-agak dia menumbuk cermin di hadapannya sehingga berderai. Tangannya yang luka tidak dihiraukan.

Pantulan itu masih lagi ada tetapi tidak jelas kelihatan akibat retakan yang berlaku.

"Poor you" ujar orang itu sebelum ketawa kuat. Dia memegang kepalanya yang terasa pening. Ketawa orang itu bergema di dalam kotak fikirannya.

"Keluarlah!" jeritnya kuat. Kepalanya berdenyut-denyut.

"Ya Allah! Anak aku!"






MEMUNCUNG mulutnya saat ini apabila dia dipaksa untuk pulang bersama dengan Iqbal pada waktu petang kerana suaminya mempunyai latihan bola sepak.

"Muncunglah panjang lagi. Aku cium karang" ugut Iqbal sambil memakai kasut bola di kakinya. Hasya tidak ambil peduli dengan ugutan nakal suaminya. Sekarang ini dia sahaja pelajar perempuan yang berada di sekolah dan yang selebihnya ialah pelajar lelaki.

"Kau duduk sini diam-diam. Jangan main dekat lain. Kalau kau hilang aku denda kau" kata Iqbal sebelum berlari ke arah padang. Hasya mencebik bibir. Ugut ajalah kerja suaminya. Ingat dia takut ke?

Novel dicapainya sebelum dia memulakan bacaan. Khusyuk sungguh dia membaca bagaikan berada di dalam dunia sendiri. Ada kalanya dia ketawa ada kalanya juga dia sedih dan stress akibat watak dalam cerita itu.

Sesekali dia mengangkat pandangannya ke arah padang di mana latihan bola sepak dijalankan. Takkanlah mahu bermain di tapak perhimpunan pula kan? Melawan hukum bola sepak jadinya.

Matanya melihat setiap gerak geri suaminya yang lincah mengawal bola ke sana sini. Pujian ikhlas diberikan dalam hati. Jujur dia kagum dengan kehebatan suaminya.

Seketika dia terkedu. Betulkah apa yang dilihatnya tadi? Ataupun dia sedang berimaginasi sekarang ini? Ini realiti atau fantasi? Suaminya mengenyitkan mata ke arahnya sebentar tadi. Adakah itu semua betul?

Dan kalau betul...

Ibu tolong bekukan Hasya balik!

Bunyi wisel ditiup menandakan masa bermain sudah tamat dan diikuti dengan rehat. Para pemain berpusu-pusu mengambil air sejuk di dalam ice box bagi mengelakkan haba hilang dengan cepat.

"Hasya! What are you doing there? Come here!" ajak Izzudin. Hasya dengan segannya menuju ke arah mereka lalu melabuhkan duduk di tepi Cikgu Fadli tetapi masih ada jarak yang memisahkan mereka. Haram dekat-dekat!

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now