EPILOG🕊

8.9K 306 11
                                    

Dalam tidak sedar, kandungannya sudah mencecah sembilan bulan. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Kata doktor, kandungannya juga sihat dan dijangkakan akan keluar minggu hadapan.

Segala persiapan telah dia lakukan. Jadi dia hanya tunggu masa saja untuk melahirkan. Jujur dia katakan yang dia berdebar memikirkan nasibnya ketika melahirkan anaknya nanti. Dia selalu berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar.

Masih dia ingat tentang dirinya yang mengidam inginkan sate ayam pada pukul dua pagi. Ya memang benar pukul dua pagi. Entah apa yang merasuknya tika itu inginkan sate ayam.

Iqbal ada juga memujuknya supaya tidur dahulu dan dia berjanji akan membelinya esok hari. Tetapi dia tetaplah menjadi dia. Sifat keras kepala tidak lari daripada dirinya.

Bahananya, dia dan Iqbal turun ke dapur untuk membuat sate ayam. Dan akhirnya keinginannya tercapai jua. Walaupun tidak  lah sedap tetapi bolehlah sekadar memenuhi kemahuannya. Dia telan semua.

"Ya Allah mak buyung sorang ni. Makan tak ingat dunia" sapa Mak Aril sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Hasya hanya tersengih.

"Entahlah Mak. Daripada tadi asyik makan aja kerjanya" balas Iqbal pula yang setia menemani Hasya daripada tadi. Lepas habis sepinggan dia pergi tambah lagi. Dan tambah sampailah hati isterinya puas.

"Ish ish ish. Orang taruh kuih untuk tetamu. Ini habis semua dibedalnya"

"Lapar Mak. Nak buat macam mana" jawab Hasya senang lalu menyuap sebiji kuih ke dalam mulutnya. Sedap!

"Lepasni kamu tak payahlah berjalan ke sana sini. Duduk aja diam-diam" arah Mak Aril dengan nada yang tegas. Hasya menjatuhkan kepalanya tanda faham.

"Ha dengar tu sayang. Jangan merayap ke sana sini" kata Iqbal mengulangi ujaran Mak Aril.

"Hmm ye lah" jawab Hasya pasrah. Tangannya mencapai kuih lagi sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.


SEPERTI yang diarahkan oleh suaminya dan juga Mak Aril, dia hanya duduk di situ bertemankan sepinggan kuih serta segelas air. Matanya sahaja yang menganalisis tetamu-tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan abangnya, Hilman.

Termakbul juga doanya selama ini. Akhirnya, Hilman sudah menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini perempuan yang dia cintai. Terkejut beruk juga dia saat kali pertama Hilman membawa seorang perempuan ke rumah. Mujur sahaja rotan Encik Hasyiem tidak mendarat di punggung Hilman.

Manakan tidak Encik Hasyiem bertindak sedemikian. Tiada hujan, tiada ribut tiba-tiba bawa seorang perempuan ajnabi ke rumah. Nasib baiklah ke rumah ibu bapanya untuk diperkenalkan sebagai bakal isteri. Jikalau pulang ke rumah sendiri? Wallahualam.

Sedang leka dia memerhati suasana meriha itu, bahagian bawah perutnya tiba-tiba saja sakit. Namun dia hanya buat tidak endah saja. Tetapi lain pula ceritanya apabila jubah memgandung yang dia pakai sudah basah dengan cecair jernih kekuningan.

"A...aril tolong pan...panggil sua..suami aku" kata Hasya dalam nada yang tersekat. Nasib baiklah Aril lalu berdekatan dengan mejanya. Kalau tidak, mungkin dia akan menjerit memanggil nama Iqbal.

"Kenapa Hasya? Kau sakit ke?" soal Aril dengan polosnya. Hasya menarik nafas dalam untuk menahan kesakitan yang maha hebat saat ini.

"Aku nak beranak ni!" marah Hasya apabila Aril masih lagi tercegat di situ. Kalau dia terberanak dekat sini jangan tanya kenapa!

Aril terkejut mendengar apa yang keluar daripada mulut Hasya. Sepantas kilat dia mencari Iqbal lalu memanggilnya.

"Ya Allah sayang!"

Tanpa melengahkan masa tubub Hasya dicempung lalu dibawa ke kereta. Riuh rendah suasana majlis perkahwinan Hilman apabila mengetahui bahawa Hasya mahu beranak.

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now