31🕊

6.9K 329 8
                                    

LAUNGAN merdeka dan jeritan ceria para pelajar tingakatan lima menggamit perhatian pelajar yang lain. Sempat lagi mata mereka meng'scan' susuk tubuh crush masing-masing. Bukannya mereka semua tidak tahu bahawa hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan. Dalam kata lainnya, tamat sudah zaman perang abang dan kakak senior mereka.

"Tengok apa?" soal Hasya yang dari tadi hanya memandang ke arah yang sama dilihat oleh dua pelajar perempuan tingakatan tiga.

"Eh erm tak ada apalah. Ka..kami pergi dulu" pamit salah seorang pelajar perempuan itu lalu lekas-lekas menarik tangan kawannya agar beredar dari situ.

Hasya menggeleng kepala melihat perangai tidak semenggah dua pelajar tadi. Kecil-kecil pun sudah pandai bercinta sana sini. Tetapi perasaan suka tidak boleh dipaksa dan hadir dengan sendirinya. Lagipula itu lumrah manusia. Mempunyai perasaan dan hati.

"Horay! Dah habis sekolah!" jerit Mia dan Izzah ceria.

"Jangan nak happy sangat. Keputusan belum keluar. Lepas keputusan keluar barulah boleh happy" bidas Hasya membuatkan jeritan Mia dan Izzah termati begitu sahaja. Mulut mereka berdua muncung.

"Spoil mood lah kau ni" marah Mia dengan wajah yang cemberut.

"Betul. Setuju" sokong Izzah lalu mereke berdua melakukan high five.

Guru-guru yang lalu-lalang di situ hanya mempu menggelengkan kepala melihat pelbagai kerenah yang ditunjukkan oleh pelajar. Umur saja 17 tahun tetapi perangai mengalahkan budak darjah satu.








LAMAN rumah yang bersih itu diperhatikan dengan senyuman lebar di bibir merahnya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Rindu yang dia tanggung selama ini akhinrya terbayar juga.

"Sa..." belum sempat Iqbal memanggil isterinya, Hasya terlebih dahulu keluar daripada perut kereta lalu berlari anak menuju ke pintu utama rumah. Tergeleng perlahan kepalanya melihat perangai Hasya.

Habis sahaja peperiksaan mereka berdua terus datang ke sini memandangkam sudah lama dia tidak berkunjung ke rumah ibu mertuanya. Lagipula Hasya ada juga menyatakan yang dia rindu akan keluarganya.

"Assalamualaikum ibu!" laung Hasya kuat di ambang pintu.

"Waalaikumussalam. Ya Allah bertuah sungguh budak ni! Kenapa balik tak bagitahu?" soal Puan Maisarah sambil memeluk tubuh anak gadisnya itu.

"Saja nak buat kejutan. Tada!" ujar Hasya dengan ceria membuahkan senyuman di bibir Puan Maisarah.

"Assalamualaikum ibu. Maaflah kami jarang balik rumah ibu" kata Iqbal seraya tunduk menyalami tangan tua ibu mertuanya.

"Tak apalah Iqbal. Ibu faham kemu berdua sebelum ni kan ada exam. Ibu tak kisahlah" beritahu Puan Maisarah lembut untuk membuang perasaan bersalah dalam diri menantunya itu.

"Ayah dengan along mana bu?"

"Ayah kamu macam biasalah Sya pergi kebun. Along pula tak pasti lagi dia balik awal atau lewat. Kamu cuba telefon dia tanya" kata Puan Maisarah lalu memberikan cadangan.

"Mari sini naik. Apa pula berbual depan pintu. Hasya tolonglah suami kamu tu angkat beg. Aduhai!" bebel Puan Maisarah. Hasya membuat muka apabila mendengar bebelan yang keluar daripada mulut ibunya.

Balik-balik dah kena bebel! Tak apa Hasya itu semua pahala. Hanya perlu bersabar. Tarik nafas dan hembuskan.

"Awak rehatlah. Saya nak pergi tolong ibu masak" kata Hasya lalu meletakkan begnya di penjuru bilik. Tudung yang tersarung di kepala dibuka lalu menampakkan rambutnya yang separas pinggang.

"Temanlah" ujar Iqbal dengan nada yang gedik. Hasya membuat muka mennyampah.

"Tak nak. Daripada saya teman awak rehat, baik saya pergi tolong ibu. Nanti apa pula ibu kata kalau saya tak tolong dia" beritahu Hasya lalu mula mengorak langkah keluar daripada bilik.

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now