22🕊

7.7K 388 31
                                    

CUTI penggal pertama persekolahan memunculkan diri. Masa yang dinanti-nantikan oleh semua para pelajar serta para pekerja kerana dapat merehatkan diri.

Namun tidak bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar tahun ini. Diri mereka diberikan beberapa set soalan setiap subjek dan perlu dibuat semasa cuti sekolah. Cikgu memang tidak memahami. Sepatutnya cuti sekolah minda perlu direhatkan tetapi sebaliknya pula yang terjadi.

"Banyaknya!" rungut Hasya perlahan menarik perhatian suaminya yang turut menyiapkan beberapa set soalan itu.

"Buat sikit je dulu" pesan Iqbal lalu menyambung kerjanya.

"Sempat ke?" soal Hasya lagi sambil matanya melilau mencari jawapan di dalam buku teks.

"Sempat. Lagipula cikgu tak ada paksa kita untuk siapkan semua. Cikgu cuma kata buat setakat yang mampu" ujar Iqbal lagi. Hasya mengangguk tanda memahami.

Mereka meneruskan kerja mereka menyiapkan separuh daripada setiap set yang diberikan malam itu juga atau mungkin akan disambung di kemudian hari.





MATANYA bersinar memandang suasana sekelilingnya. Rumah yang berkonsepkan ciri tradisional ini amat menarik minatnya. Walaupun sebenarnya dia amat berdebar dengan riak yang bakal dia terima tetapi dia sedapkan hati. Bersabar dan terus bersabar.

"Come" panggil Iqbal lalu menyulam tangan kecil isterinya dengan tangannya. Hasya tersenyum suka. Gedik!

"Assalamualaikum nek" ucap Iqbal lalu menyalami neneknya. Hasya juga turut menunduk mencium tangan tua itu.

Sekarang ini dia berada di kampung milik suaminya kerana sepupu Iqbal bakal mendirikan rumah tangga dan majlis akan diadakan di sini. Semua sanak saudara suaminya sudah ada memeriahkan lagi suasana. Hasya kagum.

"Inilah isteri kamu?" soal nenek kepada Iqbal dan mendapat anggukan.

"Hasya namanya" beritahu Iqbal. Hasya hanya menayangkan senyuman manis.

"Uish cantik orangnya. Jaga elok-elok Iqbal. Nenek takut nanti dikebas orang haru nanti" pesan nenek dalam nada yang bergurau. Iqbal dan Hasya ketawa perlahan mendengar pesanan nenek.

"Kalau boleh Iqbal tak nak bawa keluar Hasya. Kurung je dia dalam bilik. Nanti tiada siapa yang akan nampak" balas Iqbal juga bergurau.

"Suka hati kamulah Iqbal. Ni bawa Hasya masuk dalam. Rehat dulu" kata nenek.

Mereka masuk ke dalam rumah itu. Penuh dengan gelak tawa serta suara-suara yang menceriakan lagi suasana. Ada sekumpulan kanak-kanak sedang khusyuk menonton cerita kartun yang terpasang di televisyen.

"Uncle Iq!" jerit seorang budak menggamit perhatian Hasya dan suaminya. Hasya memandang budak lelaki yang memeluk erat kaki Iqbal.

"Aisy rindu Uncle" ucap budak lelaki itu mendapat tawa daripada Iqbal. Dia menyamakan ketinggiannya separas Aisy.

"Uncle pun rindu Aisy juga. Mama mana?" soal Iqbal pula.

"Dekat dapur" balas Aisy lalu dia memandang ke arah seorang gadis perempuan yang dia tidak kenali.

"Ni girlfriend uncle eh?" bisik Aisy perlahan di telinga Iqbal tetapi Hasya dapat juga menangkap setiap buir bicara budak itu. Berbisik mengalahkan orang yang guna mikrofon. Kuat!

"Bukan. Ni isteri uncle. Cantik tak?"

"Cantik!" puji Aisy lalu mengangkat ibu jarinya. Thumbs up!

Hasya ketawa kecil mendengar pujian yang keluar daripada mulut si kecil itu lalu dia turut menunduk untuk menyamai ketinggian Aisy.

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now