23🕊

7.3K 387 35
                                    

BAJU Melayu yang dikenakan di tubuhnya dikemaskan oleh isteri yang tercinta. Dia memandang ciptaan Tuhan yang indah di hadapannya. Matanya melihat setiap inci wajah si isteri.

"Iqbal" panggil Hasya dengan nada yang dikuatkan sedikit apabila tangan suaminya itu tidak pandai untuk diam. Asyik merayap saja kerjanya.

"Apa? Aku tak nak bagi kau jatuh. Itu aja" balas Iqbal lalu menarik badan isterinya agar merapat dengannya. Hasya hanya menggelengkan kepala apabila melihat senyuman nakal yang terbit di bibir suaminya.

"Ha dah siap" ujar Hasya lalu menepuk perlahan dada suaminya. Dia memandang Iqbal dari atas sampai bawah. Ditelitinya satu persatu.

"Susah ni" kata Hasya tiba-tiba menarik perhatian Iqbal.

"Susah apanya?" soal Iqbal pula apabila tidak dapat menangkap maksud sebenar isterinya.

"Kenapa awak handsome eh? Kalau buruk kan tak apa. Tak adalah orang tengok" beritahu Hasya. Pecah gelak Iqbal mendengar ayat yang diberitahu oleh isterinya.

"Kalau aku tak handsome, kau pun tak nak kahwin dengan aku"

"Tapi hurm kalau awak handsome mesti perempuan lain tengok awak" ujar Hasya. Iqbal menyengih nakal. Jadi perkara inilah yang bermain di fikiran isterinya.

"Aku lagi suka kalau dia orang tengok aku" kata Iqbal membulatkan mata Hasya. Dia ni memang nak kena!

"Iqbal!"

"Gurau je" balas Iqbal lalu memeluk erat isterinya. Tiba-tiba entah dari mana ada seorang budak lelaki memeluk kaki mereka. Hasya memandang ke bawah lalu tersenyum. Muka Iqbal pula masam mencuka. Alergic dengan Aisy!

"Eh Aisy" sapa Hasya mesra lalu tunduk menyamai ketinggian Aisy.

"Aunty Sya cantik hari ni" puji Aisy lalu memeluk kaki Iqbal tanda malu. Hasya tergelak perlahan. Ada-ada saja cara Aisy untuk menarik hatinya.







MAJLIS perkahwinan sepupu Iqbal berjalan dengan lancarnya. Sanak-saudara, kawan-kawan serta penduduk kampung datang memeriahkan lagi suasana. Hasya juga turut serta dalam melengkapkan lagi majlis itu dengan cara memberikan goodies kepada tetamu.

Kelibat suaminya dicari. Matanya disepetkan untuk mengenal pasti sama ada benar atau tidak itu suaminya. Dan sangkaanya benar. Iqbal sedang bercakap dengan beberapa orang perempuan yang bajunya amat mengjengkelkan di mata Hasya. Baju kebaya yang mengikut tubuh. Memang nak mampus perempuan tu!

Tanpa menghiraukan orang lain langkahnya diatur menuju ke arah suaminya. Mukanya dimaniskan. Tunggu kau orang!

"Sayang" panggil Hasya manja saja suaranya. Iqbal berpaling ke arah Hasya dengan riak wajah yang hairan. Sayang? Perempuan-perempuan yang berada di situ meluat.

"Sayang pergi mana? Puas tau bie cara sayang sana sini" ujar Hasya lagi dengan suara yang sengaja dilunakkan. Tangannya menjalar menyulam tangan Iqbal. Sengaja!

"Tak ada pergi mana. Dari tadi lagi sayang stay dekat sini. Ouh ya! Ini kenalkan kawan lama sayang. Mirza, Syarah dan Putri" beritahu Iqbal memperkenalkan rakan-rakannya.

"Hasya isteri Iqbal. Selamat berkenalan" kata Hasya menekankan perkataan 'isteri'.

"Uish cantik isteri you Iqbal. Tak cakap pun yang you dah kahwin. Majlis pun tak jemput kita orang" ujar Mirza yang Hasya boleh pertimbangkan gayanya kerana Mirza dari segi penampilannya nampak seperti orang yang menjaga maruah diri berbanding Putri dan Syarah. Baju ketat macan tak cukup kain!

"Buat majlis kecil-kecil saja. Lagipula perkahwinan ni aturan keluarga I. Tak sangka pula dapat berkahwin dalam usia muda macam ni" kata Iqbal lalu menoleh memandang isterinya yang kelihatan seperti ulat beluncas. Kebiasaannya dia yang ulat tetapi sekarang ini terbalik pula.

"Lupa pula. Tadi mama ada cari sayang dekat sana. Sebab tu bie datang cari" beritahu Hasya lagi malas berlama-lama di situ. Sakit mata. Sakit hati. Sakit semua!

"Kami berdua pergi dululah ya. Terima kasih datang majlis ni. Jom sayang" ajak Hasya lalu cepat-cepat menarik lengan Iqbal agar mengikutinya.

Apabila sudah jauh sikit daripada khalayak ramai tangan Iqbal yang disulamnya tadi terbuka. Dia terus berjalan meninggalkan Iqbal sendirian di situ. Malas melayan. Tengah sakit lagi ni!







"NAK lagi?" soal Hasya kepada Aisy yang duduk di ribaannya. Comel!

"Nak!" jawab Aisy teruja. Hasya terus menyuapkan nasi besertakan ayam ke dalam mulut Aisy.

"Sayang!" laung Iqbal dari jauh menarik perhatian sepupu Iqbal yang lain. Aduh masalah betul!

"Apa?" tanya Hasya malas saja gayanya. Dia sengaja buat-buat sibuk melayan Aisy. Perang dingin antaranya dan Iqbal masih lagi berjalan.

"Tak ada apa" jawab Iqbal lalu menayangkan sengihan. Hasya hanya menayangkan riak kosong. Geram!

"Aunty nak lagi" beritahu Aisy lalu Hasya terus menyuapkan nasi. Pipi Aisy dicium sengaja di depan suaminya. Iqbal masam mencuka kerana diringa tidak dilayan.

"Sayang.." leret panggilan Iqbal sehinggakan Hasya berasa hendak muntah. Geli!

"Apa Iqbal?"

"Nak juga tu" jawab Iqbal lalu menunjukkan nasi yang berada di dalam pinggan.

"Eh mana boleh ini Aisy yang punya. Kalau awak nak saya pergi ambil" ujar Hasya berura-ura mahu bangun.

"Ish Uncle Iq ni. Pergilah ambil sendiri nasi tu. Aunty Sya kan tengah suap Aisy ni" kata Aisy dengan nada yang marah. Hasya menahan gelak. Kena marah!

"Suka hati Uncle lah. Ni kan isteri Uncle Iq bukan isteri Aisy" balas Iqbal pula sengaja mencari fasal.

"Mana ada! Aunty Sya Aisy yang punya. Uncle Iq tak boleh ambil!" beritahu Aisy tegas. Iqbal membulatkan mata. Tak boleh jadi ni!

Cup!

Satu kucupan ringkas mendarat di pipi kanan Hasya membuatkan matanya membulat. Iqbal memang cari fasal!

"Uncle boleh cium Aunty tapi Aisy tak boleh" ejek Iqbal dengan muka yang bangga kerana dapat mencium isterinya.

"Sini Aunty cium Aisy" kata Hasya lalu melabuhkan kucupan di dahi Aisy. Mata Iqbal terbuntang. Mana adil!

"Sayang!" marah Iqbal kuat. Hasya dan Aisy terkekeh-kekeh ketawa. Padan muka!

"Apa yang bising-bising ni Iqbal?" tanya nenek yang baru saja sampai di kanopi depan rumah.

"Nek tengok ni cicit nenek. Dia nak curi isteri Iqbal!" adu Iqbal dengan muka yang dibuat sedih. Hasya tidak melayan. Sebaliknya dia pula yang semakin suka mengusik suaminya.

"Biarlah Aisy nak ambil pun. Dah kalau kamu tak pandai jaga Hasya. Ha Aisy jaga Aunty Sya elok-elok" balas nenek sengaja mengusik cucunya Iqbal.

"Baik opah!" jawab Aisy dengan bersungguh. Hasya ketawa melihat muka masam suaminya. Alahai dengan budak pun nak jealous.

"Sayang.. Mana adil macam ni" rengek Iqbal manja lalu menjatuhkan kepalanya ke atas meja makan. Depress!

"Kenapa pula tu?" tanya Datin Habibah perlahan kepada anak saudaranya yang dari tadi menjadi pemerhati.

"Gaduh dengan Aisy" jawab Kak Husna perlahan. Datin Habibah menggeleng kepala. Macam-macam Iqbal ni!

"Sayang.." panggil Iqbal lagi namun Hasya tidak melayan. Sebaliknya Aisy yang dilayannya bukan Iqbal.

"Sayang. Mana boleh macam ni" kata Iqbal tidak puas hati dengan layanan yang diberikan kepadanya dan juga Aisy. Pasti saja anak sepupunya itu mendapat perhatian lebih daripada isterinya.

"Boleh lah. Kenapa pula tak boleh?" soal Hasya sengaja.

"Aisy pergi dekat mama sekarang" arah Iqbal lalu menunjukkan ke arah Kak Husna yang sedang menjamu selera di meja lain.

"Tak nak. Aisy nak Aunty!" balas Aisy. Hasya menggosok kepala Aisy perlahan.

"Aunty pun nak Aisy!" ujar Hasya membuntangkan mata Iqbal. Apa ni?!

"Sayang!"

Hasya dan yang lain ketawa melihat reaksi Iqbal apabila diusik. Padan muka!






new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! bye you all^)

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now