CAQ→ 02

234 11 0
                                    

AKU menilik wajah aku yang sudah ditepek bedak tebal. Kini aku teruskan dengan eye shadow yang sudah beberapa tahun berkurung di dalam almari. Aku bukanlah minat sangat ingin berlawa ni. Tadi pun sempat juga aku melihat tutorial untuk make up simple.

Bergetar la juga tangan ni nak pegang mascara. Salah guna, mahu tercucuk mata. Aku goyang-goyangkan sedikit pemakaian mascara di mata aku agar mata aku yang sedia bulat ni bertambah bulat. Hehe, biar dia takut dengan renungan aku lepas ni. Takdalah ajak aku keluar je.

Seterusnya, eye liner. Eye liner ni la yang buat aku tenang bila nak pakai. Always tercucuk mata. Aku berkira-kira hendak pakai ataupun tidak? Takpalah. Eye liner aku letak di atas meja solek. Rasanya dah okey dah ni.

Aku melihat semula apa yang tidak kena. Kepala ditongkah di atas meja. Muka aku ni macam ada yang tak settle, tapi apa dia, ya? Aku menggaru kening aku yang tidak dipekatkan. Haaa... oh ya! Kening lerr.

Ni la penyakit aku. Pelupa.

Bahaya penyakit ni. Mahunya tak ingat ada laki nanti.

Chahaya suka merapu!

Wajah aku ditilik lagi untuk ke sekian kalinya. Lipstick Maybelline berwarna Red Rose itu dicapai. Lipstick yang ni pekat warnanya, jadi aku calit hanya sedikit sahaja untuk melindung kepucatan wajah. Pucat bukan sebab sakit, sebab bedak tebal sangat. Al-maklum la, nak jumpa bakal suami.

Wajah aku dibelek lagi. Apabila sudah berpuas hati dengan make up, aku bangun lalu mencari di mana perginya shawl aku tadi. Aku tak pandai nak lilit-lilit shawl ni, tadi pun sempat juga aku hadam satu gaya pakai shawl.

Tak pendek depan, tak pendek belakang. Depan ngam-ngam, belakang pun labuh. Shawl ni pun jenis labuh. Aku beli bidang 60 terus. Kalau nak buat macam-macam gaya tak kisah pun tentang pendek ke tidak, tetap labuh dan menutup aurat.

Lilitan Shawl itu aku perkemaskan. Baju kurung berwarna turqoise  itu aku belek. Sesuai dengan shawl labuh warna hot pink yang tidak jarang. Rasanya dah okey dah ni.

Mata aku memandang ke arah jam dinding yang terlekat dinding bilik aku. Berkerut dahi aku melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 9 malam. Bila pula Furqan nak datang ni?

Aku mengambil beg tangan berjenama V diamond. Alah, biasye-biasye je. Untuk ke sekian kalinya aku menilik semula penampilan aku di cermin. Rasanya dah banyak kali tilik dah ni. Rasanya dah betul-betul okey.

Bila dah yakin boleh jadi menantu Ahmad Zahid, bolehlah keluar dengan anak bujang Ahmad Zahid.

Tapi tu la, tak sampai-sampai. Ke mana entah.

Aku menuruni tangga sambil-sambil melihat barang apa yang tidak ada atau terkurang di dalam beg aku. Aku mengeluarkan telefon aku dari beg tangan dan mula mendail nombor Furqan.

Panggilan dijawab.

“Haihh... lamanya dia bersiap...”

Aku tergamam sebentar.

“Aw... awak dah sampai ke? Kenapa tak bagitahu? Tumbuk kang!”

Terdengar gelak kecil dari sebelah sana. Aku hanya menarik nafas dan bersabar. Haihh dia ni.

“Saya dari pukul 8 setengah dah terpacak kat depan rumah awak ni tau.”

“Bukan nak bagitahu, kan dah tunggu lama. Padan muka!"

“Saya faham, perempuan memang selalunya bersiap lambat.”

"Itu auta! Awak yang cepat buat spekulasi!"

Aku mengembung pipi aku di balik telefon. Walaupun aku tahu dia takkan nampak apa aku buat.

“Time 8 setengah tu la saya tengah mandi tau tak? Eii dia ni. Dah la, bye.”

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now