CAQ → 23

108 1 1
                                    


SEBULAN KEMUDIAN,

Tak sangka usia perkahwinan aku dan Furqan sudah dua bulan. Dalam sebulan ini juga aku mula mengenali hati budi Furqan selain dari perangai periangnya dan kuat menyakat.

Teringat pula kejadian sewaktu Elleyani berada di rumah ini. Ketika dia mahu pulang, dia mengucapkan tahniah atas perkahwinan aku dan Furqan sebelum ini. Jelas wajahnya seperti dipaksa senyum. Seperti ada kesakitan yang dia tahan-tahan.

Tapi, aku tolak jauh-jauh fikiran buruk aku itu. Aku tidak mahu bergaduh dengan keluarga Furqan. Lagipun, aku tiada sesiapa nak bergantung harap selain dari keluarga Furqan sendiri.

“Sayang...”

“Ya, abang?”

“Urutkan kepala abang. Sakit kepala la.”

Aku naikkan kaki aku lalu aku tepuk paha perlahan.

“Baring sini.”

Dia menurut. Aku mengurut perlahan dahinya hingga ke pelipis. Dahi yang berkerut tadi beransur hilang.

“Abang penat sangat ni.”

“Hmm... itulah. Nak rehat takut banyak kerja bertangguh.”

Kini sepi menemani aku dan Furqan. Aku memandang tangan aku yang mengurut dahi Furqan. Tidak lama kemudian, mata aku dan mata Furqan bersatu. Aku agak curiga dengan tenungannya. Dia seperti ingin memberitahu aku sesuatu. Tapi, mungkin dia tiada keberanian.

“Kenapa abang pandang macam tu?”

“Saja nak pandang. Dapat pahala.”

Aku tersenyum manis lalu terus mengurut kepalanya. Aku dapat melihat dari ekor mata yang dia masih memerhati.

“Dulu kan... sayang ingat lagi masa kita pergi kampung sayang. Sebelum kahwin tu. Kak Nisa’ suruh sayang duduk dekat bahagian belakang.”

Furqan diam. Terdengar keluhan kecilnya.

“Ya, walaupun kakak tahu bukan abang yang buat, dia tetap menjaga. Jadi, abang tak kisah. Abang dengan sayang waktu tu kan bujang lagi. Dia takutlah kalau abang apa-apakan sayang.”

Walaupun, aku hanyalah kawan Kak Nisa’ ketika aku berstatus bujang, tetapi gadis berumur 30-an itu selalu menjaga aku macam adik dia sendiri.

Tu yang aku sayang dia juga sebagai kakak. Dan sekarang, dia menjadi kakak ipar aku.

Aku tersentak apabila tangan aku digenggam Furqan. Aku memandang dia yang tersenyum melihat aku.

“Berangan apa, sayang? Picit kan kepala abang ni.”

Sorry, sorry.”

Aku meneruskan kerja aku. Sesekali mendengar keluhan menggumam. Mungkin dia suka dengan urutan aku. Tangan aku perlahan membelai wajahnya dan mengurut pelipis dan dahi. Bahagian rambutnya aku turut memijitnya.

“Abang.”

“Hmm?”

“Abang tak nak cerita fasal Elleyani ke dekat sayang?”

Agak lama dia mendiamkan diri. Matanya yang menunduk tadi kini kembali merenung aku.

“Abang... tak berapa ingat. Yang abang ingat, waktu tu abang putus asa disebabkan papa  dan juga tiga abang tu buli abang dekat sekolah. Abang jadi pendiam dan tak rapat dengan orang. Masa tu, balik kampung.

Abang jenisnya memang suka duduk dalam bilik seorang-seorang. Jadi, abang duduk saja dalam bilik. Tapi, papa selalu je mengherdik memerli abang kalau nampak abang duduk. Dia tak senang tengok abang ni duduk sekejap.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now