CAQ → 10

181 7 0
                                    

Termenung.

Itu saja yang aku mampu buat setelah banyak kali aku melarang Furqan pulang ke bandar dua hari yang lepas. Tapi, dia tetap dengan pendiriannya. Apa aku boleh buat? Hanya menanti seminggu saja untuk memilih dan berfikir.

Tangan aku perlahan mengusap papan pangkin yang dibuat daripada buluh. Hasil kerja seorang petani. Titik peluhnya selama dia masih hidup. Masih bagi aku dan mak makan.

Detik ini juga menjentik naluri seorang anak. Kalau abah masih di sini, pasti dia yang bagi semangat kepada aku selain mak.

Siapa kata aku tak rindu?

Di sini juga kali terakhir aku berjumpa dengan Furqan dan pertama kali aku tersentuh tangannya yang kasar. Mengingat semula memang merinding, tetapi aku terpaksa. Aku tak nak dia pergi.

Wajahnya waktu itu juga keliru dengan perbuatan aku yang tiba-tiba memegang tangannya. Memang seperti aku sudah menyerah hanya memilih dia sebagai teman hidup.

Tapi, tetap sama.

Dia tetap tinggalkan aku.

Semenjak itu, rumah sedikit sunyi. Mungkin nenek dan mak faham perasaan aku sekarang. Jadi, mereka hormat perasaan aku. Lepas saja sarapan pagi tadi, nenek menidurkan mak semula dan nenek pergi ke kebun peninggalan abah.

Aku pula duduk di sini sambil menungkan masa depan.

Dalam masa aku termenung, telinga aku disapa bunyi lagaan tayar dan batu-batu di halaman rumah. Aku terus menoleh ke arah kereta yang masuk ke perkarangan rumah nenek. Kereta ini pernah aku lihat sebelum ini.

Perlahan aku bangun dari duduk dan masih menanti siapa gerangan yang memakir kereta di perkarangan rumah nenek.

Pintu bahagian pemandu dibuka. Mata aku masih ralit melihat ke pintu yang terbuka itu. Kaki panjang yang memijak tanah itu membuat kening aku yang tegang tadi menjadi kendur. Lelaki. Kasut berkilau dan seluar slack hitam itu dipandang lagi

Terus tubuh sepenuhnya keluar dari kereta. Lelaki itu masih membuntuti aku. Baju kemeja berwarna hitam membaluti tubuh tegapnya. Entah kenapa jantung aku berdegup menunggu lelaki itu untuk menghadap ke arah aku.

Kening aku hampir bersambung apabila mata kami bersabung. Mata hitam gelap itu memandang aku tanpa berkelip. Wajahnya juga pernah aku lihat sebelum ini.

Dia...

“Apa awak buat dekat sini?”

“I cuma nak tengok-tengok keluarga you.”

Dialah lelaki yang datang bersama Tuan Zahid kelmarin. Masih tidak dikenal pasti siapa dia di dalam keluarga Furqan. Mata aku dikalih cepat memandang tanah apabila dia datang mendekat.

“Before we talk more, may introduce myself. My name is Zikri Al-Qowiy. Anak ketiga dalam keluarga Tuan Zahid.”

Aku memandang wajahnya dengan kerutan yang tidak berpenghujung di kening. Anak ketiga? Maknanya, dialah anak ketiga yang Tuan Zahid bagitahu sebelum ini. Matanya masih memandang ke arah aku dan membuatkan aku tidak selesa. Aku menarik pandangan aku ke arah lain.

“Kenapa awak datang?”

Tanpa memandangnya aku menyoal. Di hati makin tertikam apabila melihat wajahnya. Disebabkan dialah Furqan balik untuk memberi aku ruang. Sedangkan aku tahu niat Furqan menghantar aku ke rumah nenek.

“You... macam tak suka I datang.”

Aku tahu, mata dia masih menilik, menikam wajah aku. Aku hanya menarik wajah dari bertembung dengan mata hitamnya. Wajahnya persis Tuan Zahid. Manakala, wajah Furqan saling tak tumpah kecantikan daripada mamanya. Matanya juga berwarna hazel sama seperti mamanya. Lelaki di hadapan aku ini pula, irisnya berwarna hitam pekat.

“Saya bukan tak suka. Cuma saya jaga pandangan, Encik Zikri,” perli aku sambil tangan menyilang ke dada. Tapi, apa yang dia kata juga fakta. Aku memang tidak suka dia menjejakkan kakinya ke sini.

“You tak nak ajak I masuk rumah? Panas ni.”

“Haa, duduk sini.”

“Sini?”

“Yup. Dekat rumah takda sesiapa. Nanti kena fitnah, orang kampung bukan boleh tutup mulut. Saya minta izin nak buat air.”

Dia hanya tersenyum manis ke arah aku. Lalu aku terus berjalan ke pintu belakang rumah untuk masuk ke dapur. Tangan mulus berjari runcing aku mula membuat kerjanya. Satu jag kecil dicapai lalu isi air masak sedikit. Larutkan gula dan kemudian masukkan beberapa titis pati air sirap ke dalamnya.

Kembali menggaul. Tidak lama kemudian, aku mengerut kening apabila satu aura tubuh menghinggap di belakang. Gaulan pada air aku semakin perlahan apabila terasa lagi kehangatan tubuh itu mendekati.

Laju aku menoleh ke belakang.

Serasa jantung aku bagai mahu luruh apabila tubuh tegap Zikri berada di belakang dengan jarak beberapa inci saja. Aku memegang dada aku yang naik turun akibat terkejut dengan kehadirannya. Terdengar keluhan dari dua ulas bibirnya.

“Apa awak buat dekat sini?”

“I... nak tumpang toilet.”

Laju tangan aku menunjuk di mana terletaknya bilik air tanpa memandang lelaki itu. Lambat-lambat dia berjalan ke arah tundingan jari aku. Meremang bulu roma aku ketika berduaan dengan lelaki itu di dalam dapur. Dari tadi wajah aku ditundukkan. Tidak mahu melihat wajah dia.

Cepat-cepat aku mengambil dua cawan lalu aku letak dalam dulang. Jag aku letak di sebelahnya. Aku tatang hingga ke pangkin barulah aku mengeluh melepaskan bebanan perasaan.

Aku tidak selesa dengan dia. Aku takut. Mana nenek ni tak balik-balik?

Detak jantung aku yang bernada tidak tenang itu aku sentuh. Cuba menenangkan diri. Dada jelas berombak. Takut.

“Sorry kalau I tertakutkan you.”

Aku tersentak apabila gegendang telinga aku disapa dengan suara garaunya. Aku tidak membalas, sebaliknya aku cuba menenangkan diri di situ. Dia menapak ke arah bahagian pangkin yang kosong di sebelah aku. Punggung aku beralih sedikit menjauh dari dia. Air yang aku buat tadi terus aku tarik menjadi benteng antara kami.

“Awak tak jawab lagi soalan saya. Kenapa awak datang sini? Sekarang kan tempoh saya fikirkan nak kahwin dengan awak atau Furqan? Kenapa awak ke sini?”

“Ermm... berkenalan selama empat hari dalam minggu ni?”

Sudah dapat aku agak dari awal lagi lelaki itu datang ke rumah pasti ada niatnya sendiri. Datang bukan kerana mak atau nenek, tapi disebabkan aku.

“Oh, jadi inilah rancangan mama dan papa awak? Untuk satukan saya dengan awak? Hmm?”

Jelas wajahnya yang ceria tadi mengendur. Sangkaan aku tidak meleset. Jadi inilah idea mereka untuk aku berkahwin dengan anak mereka yang nombor tiga ini. Aku fikirkan hanya ada dalam drama, rupanya ada juga terselit dalam buku kehidupan aku.

“Encik Zikri... tolong... tolong hormat saya kerana saya dalam dikuarantin oleh papa awak sebab saya perlu berfikir antara memilih awak ataupun adik awak. Awak datang sini buat apa? Nak ambil waktu yang ada ni untuk pancing hati saya ke? Hmm? Kalau ya, stoplah. Pergi balik.”

Intonasi aku cuba kawal. Jujur aku katakan, kalau aku tidak dikurniakan kesabaran, tentunya encik bernama Zikri ini akan aku halau tanpa rasa kasihan. Bila fikir semula dia adalah abang kepada Furqan, terpaksalah berlembut walaupun dia tidak rapat dengan adiknya itu.

“Baliklah encik... kita jumpa lagi empat hari, ya?” kata aku lembut. Zikri memandang aku tanpa berkelip lalu menundukkan wajahnya.

“As you wish, Chahaya.”

Dia terus mengatur langkahnya ke arah kereta. Dia dengar je cakap aku? Keretanya yang mengundur aku lihat. Wajahnya baik-baik saja seperti tiada apa yang berlaku. Dia tersenyum manis ke arah aku dan terus meluncur laju.

“Macam tu aje?”

Entah lama kelamaan aku terasa tidak sedap hati. Masih tertanya-tanya apa puncanya. Ah, mungkin hanya  overthinking aku mula membuat kerja. Aku mengurut dada aku yang berdebar-debar menanti hari ahad ini.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now