CAQ → 13

120 2 0
                                    

Aku dan Furqan melabuhkan punggung di kerusi yang dilapisi dengan kain yang sama dengan warna kain lapik di meja. Cantik suasana di sini. Furqan pula sudah mula mencedok lauk masuk ke dalam pinggan aku dan dia.

Mata aku memandang ke kiri dan kanan meja. Lengkap meja ini dengan keluarga Furqan dan aku. Cuma ada seorang yang dari tadi aku tertanya-tanya di mana gerangannya.

Aku memandang Furqan yang baru saja membasuh tangannya.

“Makan?”

“Abang... mana papa?”

Senyuman di wajahnya mengendur seketika lalu menayangkan senyuman pahit. Tingkahnya masih lagi menjadi pemerhatian aku. Dia tidak menjawab. Malah tangannya turun lalu melilit ke pinggang aku.

“Balik nanti, okey?

Aku mengeluh perlahan.

“Makan. Sedap tau makanan hari ni. Ni, makan ni.”

Senyumannya yang kendur tadi menjadi segar semula. Mungkin aku tidak patut bertanya soal itu sekarang.

Ini masa untuk aku dan dia. Bukan orang lain.

Sesudah makan, aku dan Furqan menghampiri orang yang mengambil alih kerja memberi doorgift kepada tetamu.

“Wow... abang sempat siapkan doorgift? Lajunya.”

“Ramai sponsor. Abang pun terima dengan hati yang terbuka. Ramai yang nak tolong kita. Alhamdulillah.”


“Alhamdulillah.”

Aku memeluk lengannya lalu menoleh ke arah Kak Nisa’ yang sibuk dengan doorgift itu. Dari tadi aku tidak melihat Kak Nisa’, rupanya dia di sini. Mengagihkan doorgift kepada tetamu yang nak pulang. Sesekali aku mencari di mana Masyitah.

Menghilang pula pengapit aku ini.

“Balik dulu pengantin.”

“Lawanya isteri kamu ni, Furqan.”

“Pengantin lelaki handsome, pengantin perempuan gojes!”


Pelbagai lagi ragam mak cik, pak cik, adik, kakak, abang yang nak balik tadi apabila bersemuka dengan aku dan Furqan di pintu gerbang.

Sedar tidak sedar, kegelapan di dada langit semakin pekat. Mata aku pula sudah memberat dihempap rasa kantuk. Furqan pula dari tadi melayan tetamu yang tidak habis lagi datang. Jam di atas tingkap dewan itu dilihat.

Pukul sembilan malam.






Keluarga aku dan Furqan semua sudah balik ke rumah. Keluarga Furqan, tidur di rumah Furqan. Keluarga aku pula di rumah sewa aku. Maklumlah, rumah keluarga Furqan bukan di Selangor, tetapi di Johor sana. Nak buat dekat sana nanti, banyak halnya. Jadi, singkatkan antara negeri Perak dan Johor iaitu di Selangor.

Hari ni, aku kena tidur di rumah Furqan dan adik beradiknya yang lain. Sebab nanti nak terus ke rumah keluarga Furqan di Johor. Sebelum mak balik tadi aku sudah memeluk dan menciumnya tanpa lepas. Nenek juga aku buat begitu.

Mungkin aku akan rindukan mereka.

Sudah semestinya aku akan rindu mereka.

“Sayang?”

Aku tersentak apabila Furqan membelai pipi aku lembut dengan jemari kasarnya. Wajah aku naik memandangnya.

“Jom balik, sayang.”

“Tak... tak lipat meja ke? Kemaskan sikit-sikit.”

Furqan tergelak kecil melihat aku yang hampir tidak sedarkan diri dek kantuk yang bertindan di mata. Ya Allah... mengantuknya!

“Catering yang settle nanti. Come, jom balik, mata tu dah berat dah tu.”

Sesampainya di rumah, Furqan menarik tangan aku perlahan masuk ke rumahnya.

“Hai... pengantin baru. Baru balik?”

Terdengar suara Aliff adik bongsu Furqan menyoal. Furqan memandang aku sekilas.

“Iya...”

Terasa diperhatikan. Aku menoleh ke arah pintu yang memisahkan antara dapur dan ruang tamu. Renungan mata itu membuatkan sedikit kekok walaupun aku sudah sebahagian dari keluarganya.

“Aliff, Bang Zikri... mana Bang Chik?”

“Hmm... dia merajuklah dengan kau, bang. Bagi dia jadi pengapit kenapa?”

Aku tergelak kecil apabila teringat wajah lelaki persis iceberg itu mula memerah di pipinya.

“Abang jadikan dia pengapit?”

“Haah, biar belajar senyum sikit. Dia tu payah nak senyum. Eh, dah la. Aku naik dulu tau. Bang Zikri.”

Zikri hanya tersenyum pada aku dan Furqan sebelum kami naik ke atas. Tangan aku masih di dalam genggaman tangannya. Sejujurnya, mata aku yang ditindih kantuk kian menghilang apabila aku teringat sesuatu.

Aku akan... tidur dengan... dia.

Sampai di tingkat atas aku melihat ada kelopak bunga mawar yang ditaburkan sepanjang lorong sehinggalah kelopak bunga itu membelok ke arah satu pintu. Aku tersenyum. Aku suka bunga mawar.

Furqan menarik pinggang aku pula merapat ke tubuhnya. Spontan tangan aku melekap ke dadanya kemas. Mata Hazelnya itu bersabung dengan mata hitam gelap aku membuatkan jantung aku bagai hendak keluar dari kepompong rusuk aku.

Sesekali liur diteguk payah apabila wajah itu mendekat lalu membisik sesuatu di telinga aku.

“Now, you’re standing in front me in wedding gown like I just imagine before. It’s come true.”

Aku terkebil lagi. Furqan yang ini lain macam. Auranya sama seperti situasi candle light dinner sebelum ini. Pandangan mata hazelnya itu redup saja.

“Dah ready?”

“Hmm?”

Mata aku terkebil apabila soalan itu diajukan Furqan membuatkan aku telan air liur lagi. Tangan kecil aku menolak dada bidangnya sedikit.

“Tak menyabar. Tumbuk kang.”

Tangan aku naik mengepal penumbuk kecil aku. Dia menarik tangan aku lalu disuakan ke bibirnya.

“Abang nak tengok tangan kecil molek ni buat kerja malam ni.”

Sempat dia mengenyitkan mata ke arah aku. Ayat dia tu membuatkan aku sedikit tidak selesa. Double meaning? Dia tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. Aku yang berdebar dari tadi cuba menenteramkan irama jantung aku.

“Dah, jom masuk.”

Dia membuka pintu biliknya dengan tangan yang masih bersulam kemas. Aku terpegun melihat katil yang dihias dengan origami kain berbentuk angsa putih di atasnya. Taburan bunga mawar juga menghiasi seluruh lantai bilik ini.

“Cantiknya...”

“Come.”

Aku hanya menurut saja ke mana Furqan mahu bawa aku. Mata aku masih lagi tertancap pada kelopak bunga mawar di lantai. Sehinggalah kami bertemu satu pintu. Dia menolak pintu itu lalu menarik tangan aku untuk masuk bersamanya.

Aku menutup bibir aku yang separa terbuka dengan jemari runcing aku. Tidak tergambar betapa takjubnya aku melihat bilik air seperti ini.

Tab mandi yang sudah dipenuhi air dan kelopak bunga mawar. Di keliling dinding pula tersusun kemas lilin dengan wangian hangat menerpa rongga hidung.

“Tak sabar nak mandi?”

Mata hitam pekat aku tunak memandang mata hazel milik Furqan.

“Abang dah boleh gatal-gatal, kan? Sebelum kahwin hari tu, tak bagi abang sentuh sayang.”

Tubuh kekar itu disandarkan di bingkai pintu bilik air. Senyuman nakalnya semakin jelas di bibir nipis itu. Aku menggigit bibir bawah menahan rasa geram dan kemahuan. Aku mendekatinya lalu menolak lembut dada bidang itu ke tepi untuk memberi laluan kepada aku.

Veil pengantin aku tanggalkan lalu aku letak di atas katil. Aku membelakangi Furqan. Tudung yang terlilit di kepala, aku buka perlahan. Semua pekerjaan aku kini aku lakukannya perlahan.

“Abang mandi dulu. Nanti sayang masuk time abang mandi.”

Aku tergelak sambil tangan menutup mulut. Ya Allah, ini bukan kau ni Chahaya. Ni bukan kau...

“Okey, abang mandi dulu, ya?”

“Okey.”

Mata aku tercari-cari sesuatu.

“Abang. Mana beg sayang?”

“Oh beg. Cuba tanya Kak Nisa’. Dia yang ambilkan barang sayang tadi. Kalau dia tak ambil, pakai baju abang dulu. Pakai kain pelekat abang.”

“Nanti, nak cari Kak Nisa’ sekejap. Abang mandi dulu.”

“Okey. Cepat sikit.”

Aku menyarung cardigan lalu memakai tudung aku tadi tanpa melilit. Maklumlah, rumah ni ada ajnabi. Kena jaga aurat. Gown pengantin aku angkat tinggi sedikit untuk aku melangkah. Furqan nak sangat aku pakai gown kembang-kembang ni.

Katanya comel nampak aku macam penguin.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now