CAQ → 14

116 2 0
                                    


Zikri Al-Qowiy.

“Abang Zikri, kau nak duduk sini ke? Aku nak masuk bilik dah ni.”

Aku tersentak apabila adik bongsu aku itu mencuit bahu aku. Segala angan-angan aku tadi terus hilang entah ke mana. Semenjak aku melihat dia datang tadi, aku jadi kuat mengelamun.

“Pergilah. Biar aku matikan.”

“Okey.”


Aku meraup wajah aku perlahan. Aku dah banyak kali cuba untuk lupakan dia. Tapi memori aku memilih untuk terus simpan dan pendam. Memori aku sudah menyeksa tuannya. Aku terseksa.

Aku masih keliru dengan diri aku. Kadang-kadang aku rasa yang aku sudah lepaskan dia dengan rela hati. Apabila aku nampak Furqan dengan dia berkepit saja, aku rasa tidak rela. Jiwa lelaki aku meronta kuat.

Aku bangun dari duduk lalu terus mengatur langkah ke arah tangga. Mata aku terpandang gadis yang baru saja lalu dengan gown pengantinnya yang kembang. Aku mengatur mendaki sedikit pantas ingin mengejar langkah gadis itu.

Tok! Tok! Tok!

“Assalamualaikum, Kak Nisa’?”

Suaranya yang merdu menerpa ke gegendang telinga aku membuatkan aku rasa begitu teruja dan ingin mendengar lagi suara itu. Lama aku tenung tubuhnya yang cantik mengenakan gown pengantinnya.

“Kak Nisa’?”

“Ehem...”

Jelas bahunya terhinjut akibat terkejut dengan kehadiran aku. Dia menoleh ke arah aku dengan mata hitam bundarnya. Mata nakal aku meliar ke tubuhnya.

“Zik. Sorry saya ganggu.”

“Cari bilik Nisa’?”

“Ya.”

“Overthere.”

Aku menunjuk bilik yang berada di lorong sebelah kiri. Dia mengangguk lalu tersenyum pada aku. Perasaan teruja semakin membuak-buak apabila melihat senyumannya. Dia mengangkat gown miliknya lalu melangkah dengan payah.

Tiba-tiba tubuhnya tidak seimbang, sempat aku menyambut tubuhnya. Tangan kiri aku kini berada di pinggannya. Tangan kanan aku pula berada di lengan kirinya.

Jantung aku berdegup kencang apabila matanya naik memandang sepasang mata hitam aku. Wajahnya yang hampir dengan aku itu ditilik. Lekuk wajahnya yang berbentuk bujur sirih itu aku amati. Dari matanya yang membulat cantik itu, hingga ke hidung yang kecil dan akhirnya bibir yang seolah-olah menggamit aku untuk merapatinya.

Aku... aku tak boleh tahan.

Terus tubuhnya aku tolak sehinggalah tubuhnya masuk ke dalam bilik aku. Pintu ditutup rapat. Jelas wajahnya takut saat ini. Aku nak jadikan dia milik aku. Only me!

“Apa yang awak buat ni, Zikri?”

“Ini adalah malam pertama kita.”

“Zik. Sakit. Lepaskan tangan saya.”

Aku menggeleng laju apabila aku mula tersedar dari lamunan. Wajah Chahaya masih lagi di hadapan aku. Aku memandang pula tangannya yang aku genggam kuat selari dengan keinginan aku tadi. Hanya kerana nafsu.

Terus aku lepaskan genggaman pada pergelangan tangannya. Dia menarik tangannya itu ke dada sambil wajahnya yang berkerut. Terasa dirinya terancam dengan aku. Secara tidak sedar aku melepaskan keluhan berat.

Wajah aku raup kasar. Behave!

“Chahaya... I’m sorry.”

Dia tidak menjawab, sebaliknya dia terus pergi meninggalkan aku lalu  mengetuk pintu bilik Nisa’. Aku terus masuk ke dalam bilik lalu pintu aku tutup perlahan. Mengingatkan angan aku tadi membuatkan aku separa gila. Tangan dan sebahagian tubuh aku yang terkena sentuhannya tadi aku hidu.

Chahaya, you drive me crazy!

“Sepatutnya hari bahagia ni, milik aku dan kau, Chahaya. Bukan Furqan.”




Perlahan kaki aku mengatur ke arah katil lalu aku labuhkan punggung di situ. Sejujurnya, aku sudah lama memendam rasa. Hati aku selalu dipalu kejam dengan cemburu apabila melihat mereka bersatu. Bagaimana aku boleh setuju dengan hal ini?

Entah kenapa aku tidak senang duduk. Aku bangun dari duduk. Dinding yang menjadi benteng antara bilik Furqan dan bilik ini aku rapati. Tangan aku melekap penuh pada dinding.

Aku nak dengar suaranya lagi.

Aku nak sentuh dia lagi.

Aku nak tengok dia lagi.

Aku nak jadikan dia hak aku.

Tapi macam mana? Dia sudah diijabkabulkan dengan Furqan. Adik aku kedua bongsu. Perlahan aku lekapkan telinga ke dinding berharap aku boleh mendengar segala bicaranya. Tapi tidak aku dengar apapun di situ.

Aku mencari lagi bunyi di dinding itu. Mungkin akan ada bunyi-bunyi ‘indah’ Dari pengantin baru itu. Malam pertama mereka.

“Chahaya Maya. I want you so bad.”

Jiwa lelaki aku meronta, tetapi ditegah kasar dengan perbuatan. Aku membayangkan suasana indah malam pertama bersama dia. Pelbagai strategi aku mula mengatur.

“I’ll make our first night, will be your sweet memories, Chahaya. I will do it. I will my dear.”

° ° °

Sesudah makan, mereka semua bergerak keluar dari dapur. Aku masih lagi di meja makan hanya memerhatikan gelagat Chahaya yang ke hulu ke hilir mengambil pinggan dan cawan kotor ke singki.

Aku sedar yang wajahnya berubah apabila dia memandang aku yang masih duduk di kerusi. Dia menunduk lalu sambung mengambil pinggan yang kotor tadi.

Laju langkahnya ke arah singki. Mungkin dia masih takut dengan kejadian semalam. Aku perlu membuatkan dia selesa dengan aku. Tapi bagaimana? Apabila berselisih saja, dia cepat mengelak dari melihat wajah aku.

“Kak, biar Maya yang buat semua ni ya. Akak naik atas.”

“Eh, takpa ke? Nanti penat kang.”

“Basuh pinggan aje. Takpa.”

“Okey, akak naik dulu.”

Aku memandang Nisa’ yang sudah naik ke atas. Dia beri aku peluang untuk mengucapkan kata maaf ke? Ataupun dia nak ada masa berduaan dengan aku?

Ini masa yang terbaik.

Aku bangun dari duduk. Pinggan dan cawan aku angkat lalu meletakkan di dalam singki. Dia melangkah satu langkah menjauhi aku. Mungkin masih lagi takut kerana hal semalam. Aku menarik nafas perlahan lalu aku hembus.

“Chahaya. I nak minta maaf sebab semalam. I tak sengaja.”

Dia masih lagi senyap. Mungkin wajah aku kurang kejujuran. Aku cuba maniskan wajah lalu aku menarik nafas dan hembus sekali lagi.

“Sorry if you tak selesa dengan I. I nak berbaik je dengan you. I tak suka gaduh-gaduh atau tarik-tarik muka. Benda tu buat I rasa I ada buat salah dan serba salah. Maafkan I?”

Aku cuba meyakinkan dia yang aku mahu perdamaian. Jelas wajah tegangnya tadi menjadi kendur lalu matanya berani diangkat memandang ke arah aku.

Dia mengangguk lalu tersenyum kecil. Jantung aku mula memain peranannya. Degup mula tidak sekata apabila melihat senyuman indah itu. Aku juga membalas senyumannya. Senang saja cara meredakan ketakutan gadis itu.

“Terima kasih. Nak I tolong apa-apa ke?”

“Takpa, dah siap dah pun. Naiklah atas, rehatkan badan.”

“Baiklah. I naik dulu. By the way, pedas nasi goreng you.”

Aku memejam mata seketika apabila telinga aku mendengar gelak halusnya. Keperibadiannya yang lembut itu aku suka. Wajah dan kulit tangan juga cantik dan halus. Teringat pula sentuhan antara kulit ke kulit tangan aku dan dia semalam. Masih aku teringat betapa lembutnya kulit tangan itu. Beruntung adik aku memiliki isteri sesempurna dia. Aku sepatutnya, mulakan dahulu langkah sebelum dia, tetapi aku sudah pun terlambat.

“Ermm... you dah berapa lama kenal adik I?”

Tidak jadi aku ingin naik ke atas apabila aku sudah berfikir topik untuk kami berbual. Dia memandang aku sambil tangannya sibuk membasuh pinggan. Wajahnya sudah tidak tegang seperti  tadi. Mungkin dia sudah reda sedikit.

“Saya kenal dia sejak, dua tahun yang lalu. Tapi, dia tak kenal saya lagi. Saya kenal dia dari Kak Nisa’.”

“Nisa’ cerita apa lagi kat you?”

Mesti Nisa’ ada cerita pasal aku. Tak padan dengan pendiam, pandai buka mulut pula dia.

“Macam-macam, Zik. Saya tak tahu nak cerita dari mana. Sangat banyak. Saya nak tengok sendiri dari mata kepala saya. Apa yang Kak Nisa’ cakapkan pada saya semua tu dan saya akan cuba masuk campur kalau ada masalah dalam keluarga awak.”

Aku diam. Patutlah gadis ini membenci aku sebelum aku rapat lagi dengan dia. Rupanya, ada yang sudah simbah air longkang pada nama aku. Dalam hati aku sudah menyumpah seranah adik aku itu. Perlahan aku mengeluh.

Figura Chahaya menghilang ditelan dinding dapur itu.



CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now