CAQ→ 03

189 7 0
                                    

SUASANA yang gelap itu membuatkan aku tidak senang duduk. Kenapa dia bawa aku ke tempat macam ni? Dekat-dekat dengan hutan pula tu.

“Aw... awak nak bawa saya ke mana ni?”

“Ikut je.”

“Saya tak nak ikut, saya nak balik. Saya takut.”

Dia tergelak kecil. Orang tengah cemas macam ni pun boleh bawa gurau ke?

“Janganlah risau, saya kan ada.”

“Sebab awak ada la saya risau.”

Dia gelak lagi. Ya Allah... kau selamatkanlah hamba-Mu ini dari perkara yang tidak diingini.

“Jom, keluar.”

“Keluar? Nak buat apa ni? Awak nak tinggal saya dekat hutan ni, ek? Err...”

“Awak jangan risau sangat, saya takkan tinggalkan awak.”

“Betul?”

“Ya, Chahaya Maya.”

Aku masih teragak-agak. Dia ni takda tempat lain ke nak ajak dating? Ke hutan macam ni pun nak buat tempat dating. Melihat dia yang keluar dari perut kereta, aku juga menurut langkahnya.

Pintu ditutup lalu dia menguncinya. Aku masih lagi memeluk beg V Diamond yang aku bawa tadi. Aku rasa make up aku tadi mula luntur.

Aku memandang semak samun yang berada di lorong sempit itu. Aku memeluk tubuh. Takut. Aku ni dah la penakut. Hah, entah-entah, bila dah masuk dalam sikit, dia bunuh aku. Eh, takkan lah. Hish kau ni Chahaya, banyak baca cerita seram la...

Kaki aku terpaku apabila aku terdengar sesuatu. Pokok di bahagian kanan itu seperti digoyangkan. Serasa berderau darah aku naik ke muka. Perlahan aku menoleh ke arah bunyi itu. Aku ternampak lagi pokok itu digoncang laju.

“Takut-takut!”

Aku memecut hampir memeluk batang tubuh Furqan. Terdengar Furqan tergelak kecil apabila mendengar jeritan kecil aku tadi. Ya Allah... macam manalah aku boleh setuju nak keluar dengan dia malam ni?

“Masih penakut lagi, ya? Fikir dah berani dah.”

Aku terdiam. Ya, dia tahu aku penakut. Ini semua gara-gara minggu lepas, dia mengajak aku dan Kak Nisa' masuk ke dalam rumah hantu di Fun fair.

Habis satu rumah hantu tu, aku saja yang menjerit. Kak Nisa dan Furqan terkekek-kekek di depan. Alangkah malunya aku masa tu.

Furqan menarik hujung lengan baju aku sambil kakinya melangkah semakin masuk ke dalam hutan. Banyak kali aku menarik lengan baju aku semula kerana tidak mahu meneruskan perjalanan. Dia masih meneruskan perjalanan. Aku dah tak sanggup dah nak melangkah masuk lagi. Tatutt...

Beberapa minit kemudian, dia menarik pergelangan tangan aku yang berlapik lalu menolak aku lembut ke hadapan. Aku memandang dia yang kini berada di belakang aku.

Dia hanya tersenyum lalu mengangkat kening ke arah aku. Perlahan aku memandang ke depan. Mata aku membulat apabila pandangan aku disapa dengan...

Cantiknya...

Aku terpana melihat pesona table dishes yang berada jauh di tengah sana. Aku terus melangkah ke hadapan. Semakin lama, semakin luas pemandangan.

Semak-samun yang tebal tadi sudah tiada. Kini, pandangan aku menjadi lapang. Otak aku yang bercelaru tadi terus lapang. Tanpa sedar aku kini sudah berjalan menjauhi hutan. Meja di situ saja bercahaya. Tempat lain tidak.

Hilang terus rasa takut aku tadi. Kini aku terasa tenang sedikit apabila berada dekat dengan cahaya. Mungkin kerana nama yang sama. Jadi, aku agak selesa tempat yang dilimpahi cahaya.

Aku tersenyum ke arah Furqan yang menarik kerusi yang berada di sebelah aku, memberi ruang untuk aku melabuh punggung di situ. Aku meletakkan beg aku di atas rumput yang berembun itu.

Sesekali aku menajamkan mata memandang sekeliling. Cahaya hanya menerangi kawasan itu saja agak sukar untuk aku menembuskan penglihatanku.

“Gelapnya.”

“Sebab dekat sini dah ada Chahaya.”

Bibirnya memuncung pada aku. Aku tergelak apabila tersedar yang nama aku adalah Chahaya Maya.

“Saya memang Chahaya, tapi tak mampu menerangi kegelapan malam ni. Awak ingat saya ni glow in the dark ke? Yang tampal-tampal kat syiling bilik tu.”

Dia tergelak mendengar jenaka aku tadi. Bukan selalu jenaka aku menjadi. Selalunya hambar. Yang selalu gelak pun Kak Nisa’. Tak tahulah ikhlas ke tidak tu.

“Awak mampu.”

Aku memandang dia yang masih bersisa gelak.

“Mampu melimpahkan Chahaya dalam hidup saya.”

Kini aku pula tergelak. Alahai Furqan, awak lain macam malam ni ya. Bibir pink mu penuh tebu-tebuan. Bibir aku pun tak boleh bagi kerjasama, asyik nak tersenyum je kerjanya. Aku memandang sekeliling. Takkan ada meja takda makanan?

Makan je kerja kau ni Chahaya. Apabila keadaan semakin kekok, aku hanya berdehem. Dia juga berdehem. Ermm... dia gementar agaknya.

Maklumlah, kali pertama dating tak bawa kakak dia. Kalau tidak, ada je la kakak dia nak membahan aku dengan Furqan.

Aku memandang Furqan yang tiba-tiba bangun dari duduknya yang berhadapan dengan aku.

“Tutup mata awak.”

“Tutup mata? Awak tak tinggal saya, kan?”

“Tidaknya saya nak tinggal awak kat sini.”

“Betul?”

“Iya, Chahaya Maya.”

Bila dah sebut nama panjang tu mesti dia dah sehabis baik meyakinkan aku. Haih, kesian dia kena layan perangai penakut aku. Aku menurut.

Perlahan kelopak mata turun menutup anak mata hitam aku. Aku ternanti-nanti apalah yang dia nak buat.

Dia tengah letak makanan kat depan ni kot.

Tak sabar nak makan!

Terasa tudung aku perlahan semakin naik.

“Eh, Furqan. Apa awak buat ni?” soal aku masih mata tertutup.

Tudung aku yang tersingkap ke atas aku tarik lalu aku peluk kuat. Dia ni nak perkosa aku dekat sini ke?

“Eh, kenapa tarik?”

“Kenapa tarik awak cakap? Fikir dada saya ni bukan aurat ke? Jangan nak macam-macam ya tempat macam ni. Tumbuk kang!”

“Okey, okey. Sorry-sorry.”

Terdengar desisan dia menahan gelak. Aku menarik nafas lalu melepaskan lebihan tudung yang berada di bahagian depan. Sesuka hati je singkap-singkap. Aku mendengar ada orang melangkah di bahagian lapang rumput-rumput itu.

“Okey, sekarang buka mata.”

Perlahan aku buka dan ternampak sesosok tubuh yang sangat aku kenali. Terus darah teruja menyerang pembuluh darahku. Aku menutup mulut aku terlalu teruja.

“Kak Nisa'!”

Aku bangun lalu memeluk Kak Nisa' yang tidak habis-habis gelak. Apa yang dia ketawakan pun aku tak tahu.



CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now