CAQ→ 31

288 5 0
                                    


2 bulan kemudian,

Aku tahu, masih tiada kekuatan mahu tinggal di rumah Furqan ini. Walaupun usia perkahwinan tidak sampai satu tahun, kenangan aku dan dia sangat melekat dalam ingatan aku.

Wajahnya masih mekar dalam kotak memori ini. Sukar untuk aku lupakan segalanya yang dia lakukan kepada aku. Sejadah tempat yang berada di hadapan aku ini adalah milik Furqan. Aku basuh bersih dan aku curahkan sedikit minyak wangi kesukaannya.

Aku masih tidak kuat. Mutiara jernih mula mengalir lesu di pipi. Sejadah di lantai aku tarik lalu menghidu bauannya. Ya Allah, semoga hati ini kuat tanpa dia.

Perlahan aku memandang tubuh kecil yang berada di atas katil. Aku bangun dari pembaringan dan perlahan aku melabuhkan punggung di birai katil.

Bibir kecil molek itu memuncung sambil matanya tertutup. Sesekali bibirnya seperti menyonyot sesuatu. Aku tersenyum acapkali bertentangan wajah dengannya.

Pemergian Furqan membuatkan aku sedih, tetapi kehadiran si kecil ini mampu mengubati segala rasa negatif yang bertandang.

Aku menepuk pahanya apabila dia bergerak-gerak kecil. Bibir aku juga tidak henti-henti berselawat sambil mendodoikannya.

“Maya?”

Suara itu menyentak aku yang khayal melihat wajah si kecil ini yang tenang semula tidurnya.

“Ya, kak. Masuklah.”

Aku bangun dari duduk lalu mencabut telekung dan melipatnya. Kak Nisa’ menggamit aku supaya duduk di birai katil. Aku turutkan saja.

“Kenapa, kak?”

“Maya. Akak nak minta maaf.”

“Maaf sebab?”

“Sebab...”

Dia mengambil sesuatu dari poket bajunya dan mengeluarkan handphone. Kening aku sedikit berkerut apabila dia mula mencari-cari sesuatu di dalam telefonnya.

“Assalamualaikum, sayang.”

Dahi aku berkerut apabila terdengar suara orang yang sangat aku kenali dan aku masih dambakan kasih sayangnya. Terus telefon itu aku kuatkan sedikit volume.

“Ermm... sayang sihat? Harap sayang sihat. Maafkan abang kalau selama abang jadi suami sayang, abang tak jalankan tanggungjawab abang. Maafkan abang sebab pernah pentingkan diri dulu. Maafkan abang sebab abang tipu sayang untuk kepentingan abang sendiri. Abang tipu yang abang pergi kerja outstation ke Selangor. Sebenarnya, abang keluar tak jauh pun dari Pontian.

Abang ada je dekat dengan sayang. Cuma abang terpaksa menipu untuk check up jantung. Bila abang balik, abang kecewa. Tapi, abang percaya bukan sayang yang buat semua tu. Cuma abang je  tak boleh lawan perasaan dan emosi abang waktu tu. Tapi kepercayaan abang masih ada untuk sayang.

Abang dengar sayang menangis depan pintu bilik abang. Masa tu abang juga menangis di sebalik pintu. Maafkan abang. Banyak dosa abang dekat sayang. Maafkan abang. Abang rasa tak guna sangat sebab abang lagi pentingkan ego dan tinggalkan sayang macam tu je.

Abang memang tak guna.

Abang suami yang tak guna.

Abang terasa lagi tak guna bila bukan abang orang pertama yang dapat bau kejahatan abang ngah. Abang rasa serba salah sangat bila nampak badan sayang berbirat.

Lepas dari kejadian tu, abang tekad tak nak sertai apa-apa appointment lagi. Takut apa-apa jadi dekat sayang lagi disebabkan perangai abang yang pentingkan diri. Lepas sayang dah dengar ni. Jangan rasa diri tak guna, abang marah nanti. Haa... jangan tau.”

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now