CAQ→07

126 5 0
                                    

Aku memandang cincin pemberian Furqan pada hari semasa kami pertama kali dating. Cincin itu aku belek-belek dan aku main pusing-pusing di jari.

Aku memandang Furqan yang memandang hadapan. Aku tak duduk sebelah dia, disebabkan Kak Nisa’ tak percayakan dia. Pelik tapi... apa yang perlu aku kata? Senyap sajalah.

Aku membuang pandangan aku ke luar tingkap. Kegelapan malam saja menemani kami pada malam ini. Mata aku masih lagi mengintip setiap gerak-geri Furqan.

“Ermm... Furqan.”

“Ya? Kenapa tu? Awak nak tidur?”

“Eh tak, saya Cuma nak tanya. Awak okey ke memandu malam-malam?”

“Okey je. Awak jangan risau.”

Senyap lagi. Aku memandang beg Furqan dan beg aku yang berada di sebelah kanan kereta. Rasa serba salah pula cerita dekat dia orang yang aku kena kacau tadi. Tapi, tak bagitahu mahu kena gertak. Kak Nisa’ kalau dia risau, dia memang risau.

“Maaf, susahkan awak.”

“Takpa. Saya patut minta maaf sebab saya sibuk dengan kerja saya sampai awak kena kacau pun saya orang terakhir yang tahu dalam rumah saya. Saya tak nak benda tu berulang. Saya nak tahu hal awak dari A to Z dan saya nak jadi orang pertama yang sentiasa tahu fasal awak.”

“Saya okey je.”

“Okey? Sampai menangis macam tu awak kata okey?”

Aku terasa ditampar apabila diri aku kini tertempias dengan aura tegas milik Furqan. Aku hanya menunduk. Dia mungkin terlalu risau. Aku dan dia terdiam tidak berkutik.

“Sorry. Saya risau. Risau sangat.”

“Takpa, saya faham.”

Beberapa minit, kereta yang dipandu Furqan masuk ke perkarangan rumah. Aku memandang rumah yang sudah gelap. Aku menggagau beg yang berada di riba dan membuka telefon. Pukul 11 malam.

Waktu ini mak baru saja ingin melayar bahtera. Terus saja aku keluar dari perut kereta lalu mengetuk pintu rumah sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Asslamualaikum, mak...”

“Woi, kau cari apa tu?”

Aku menoleh ke arah Mak Biyah yang menyapa aku dari jauh. Orang tua ini memang begitu. Tak pernah belajar sivik agaknya di sekolah. Maklumlah, sekolah pun tak habis.

Disebabkan dia jugalah mak dengan arwah abah dulu berhenti menabur benih. Kalau tidak sudah tentu sekarang aku ada adik dan tidak jadi anak tunggal. Katanya, ‘Buat apa buat anak kalau tak pandai nak jaga?’. Sebabnya, aku ini bukanlah orang yang behave dulu.

“Saya cari mak.”

“Mak kau kat rumah nenek kau. Tu la kau, belajar kat bandar tak bertanya-tanya mak kau sihat ke tidak, dah makan ke belum. Hah, ni jantan mana kau bawa ni Aya? Kau ni macam-macamlah Aya. Menyusahkan mak kau je kerjanya.”

“Mak Biyah marah sangat ni dah kenapa? Saya ada lagi banyak kerjalah nak buat.”

“Mana aku tak marah? Mak kau kat rumah nenek kau tu terbaring tau. Sakit dia. Kau tak tahu.”

Aku terpempan. Aku melihat Mak Biyah terkumat-kamit seperti menyumpah seranah aku. Dia beredar dari situ. Mak sakit? Kenapa dia tak bagitahu langsung? Aku bukan tak call dia pun tanya khabar. Aku tanya, dia kata dia okey je.

Ni la yang aku geram dengan mak. Suka menyusahkan diri sampai lupa hati aku yang tercalar. Aku terus berlari ke arah kereta lalu terus menembusi kereta dan duduk di bahagian sebelah pemandu.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now