CAQ → 16

122 3 0
                                    


Perlahan aku kucup tangannya. Apabila mata aku naik memandangnya, dia tersenyum miang. Aku gigit bibir aku apabila keadaan menjadi sedikit kekok.

Lepas kejadian semalam, terus saja aku dan dia menjadi sedikit kekok pagi ini. Aku melepaskan genggamannya dan bergerak untuk bangun. Telekung dibuka dan dilipat. Dia juga bersiap ingin turun ke bawah.

Rambut aku yang masih basah dilapkan dengan tuala. Terasa pinggang aku diraih dan ditarik ke arahnya. Tangan aku yang berada di rambut kini berada di dada Furqan. Habis jatuh tuala aku ke lantai.

“Abang...”

“Nak kiss.”

Aku menjeling apabila dia sudah mula tunjuk wajah miangnya lagi. Aku tersenyum kecil menahan rasa malu. Bibirnya aku cium sekilas, tetapi masih lagi tangannya tidak melepaskan pelukannya di pinggang aku.

“Lama la sikit.”

“Abang... kesian akak masak seorang-seorang sarapan tu.”

“Nak kiss lama-lama.”

Akhirnya, aku mengalah juga. Aku singgahkan ciuman di bibirnya lama. Terasa tangannya menolak kepala aku agar ciuman tidak terlepas.

Tubuhnya yang ke kanan dan kiri menyebabkan aku terikut tubuhnya. Sehinggalah aku tidak perasan yang belakang lutut aku sudah menyentuh katil. Perlahan dia menolak aku jatuh ke atas tilam. Tangannya menjadi tongkat tubuhnya di bawah lengan aku.

“Abang... sarapan dulu.”

“Nak sarapan la ni.”

Wajahnya yang semakin mendekati wajah aku terus aku halang bibirnya dari meneruskan kerja. Jari telunjuk aku menahan bibir nipisnya dari mendekati aku. Pipi Furqan yang sudah kembung itu aku tepuk perlahan.

“Alolo... jangan majuk. Buyuk la.”

Tangan aku menyebak rambutnya ke belakang. Muncungnya yang sedepa itu membuatkan aku tersenyum kecil. Manja benar dia dengan aku semenjak semalam. Dia manja-manja si kucing miang, haaa gitu.

“Malam nantilah. Sekarang nak tolong akak dekat dapur, okey?”



Aku bertutur lembut agar dia memahami. Aku bukanlah ingin menolak segala sentuhannya, sedangkan sentuhannya semalam yang membuatkan aku khayal. Segala gerak-gerinya sangat smooth.

Bibir aku disinggahi kucupan sekilas lalu dia bangun dari menindih tubuh aku. Dia menghulurkan tangannya lalu aku menyambut.

“Sayang nak masak apa hari ni?”

Aku mengambil tuala yang berada di lantai tadi lalu masukkan ke dalam bakul baju kotor. Kaki aku menjuju ke arah almari cermin lalu rambut aku disikat. Aku tersentak apabila Furqan sikat merampas sikat di tangan aku tadi. Tubuh aku masih di posisi memandang ke arah cermin. Tangan kasarnya mula menyikat rambut aku dengan lembut.

Terdengar nafas tajamnya menghembus ke rambut aku.

“Abang masih tak boleh move on bau rambut Sayang. Wangi.”

Hidungnya menyondol kepala aku perlahan sambil menghirup bauan di rambut aku. Tangannya menyelak rambut yang hampir kering itu ke belakang telinga. Sempat kucupan bertalu singgah ke bahu aku.

“Apa abang ni? Dah jom turun.”

Rambut yang panjangnya sehingga ke siku itu aku ikat dengan getah rambut. Tudung Ariani aku sarung ke kepala.

“Sayang tak jawab lagi, sayang nak masak apa?”

“Tak tahu lagi. Tengok barang dulu la dekat peti ais abang. Ataupun, kita tengok idea Kak Nisa’ macam mana.”

Buka saja pintu bilik, hidung aku diterjah bau tumisan di dapur. Mesti Kak Nisa’ dah mula memasak untuk sarapan pagi.

“Sayang turun dulu ya. Abang cepat sikit.”

“Ya, nanti abang turun.”

Aku menutup pintu perlahan lalu terus turun ke bawah. Sesampainya aku di pintu gerbang dapur, kening aku hampir bertaut apabila orang yang aku sangkakan Kak Nisa’ itu adalah seorang lelaki.

“Morning Kak Chahaya.”

Bahu aku terhinjut apabila disapa adik ipar aku dari belakang. Aku mengerut dahi melihat mereka berdua yang menyiapkan sarapan pagi ini. Mana Kak Nisa’?

Aku menghampiri dapur lalu melihat barang yang sudah siap disediakan di atas kabinet dapur. Tangan Zikri lincah memasukkan bahan ke dalam kuali.

“Kenapa... awak yang masak? Mana Kak Nisa’?”

“I kata kat dia, I nak masak hari ni. So, you tak kisah, kan?”

Bibir aku terkunci. Namun aku membalas soalannya dengan anggukan. Dia hanya tersenyum lalu terus menggaul nasi goreng yang berada di dalam kuali.

“Lagipun, I tak nak nanti satu rumah ni kena cirit birit sebab nasi goreng you. So, I masaklah hari ni.”

Aku tergelak kecil.

“Semalam saya terletak banyak.”

Lama aku memerhati dia masak. Tingkah dia di dapur seperti sudah biasa. Gerakan tangan juga lembut saja dan tidak kaku macam Furqan.

“Abang Ngah ni, memang pandai masak. Selalunya, kalau kat rumah mama dan papa takda, dia yang masak dengan Kak Nisa’.”

Aku mengangguk apabila Alif memberitahu serba sedikit perihal abangnya ini. Wajah sebengis dan seseram dia pun ada juga kelebihan. Tu la Chahaya, jangan cepat judge orang.

“Awak nak saya tolong apa-apa ke?” soal aku sambil mata melilau mencari kerja yang patut dibuat. Dia tersenyum nipis.

“You tolong buat air teh o panas.”

Aku angguk kecil lalu menghampiri bahagian jag di sebelah singki. Jag bersaiz sederhana itu aku capai. Uncang teh yang berada di dalam bekas jernih aku ambil.

“Buat sedap-sedap Kak Chahaya. Hihihi...”


Aku menggeleng kepala perlahan. Di bibir aku tersungging senyuman manis. Air panas aku curahkan di dalam jag itu hingga separuh. Kemudian, aku masukkan gula dan gaul. Entah kenapa aku buat kerja terasa tidak kena. Hati aku tidak tenang tika ini.

Baru saja kaki aku ingin melangkah ke arah meja, aku terlanggar satu tubuh sehingga air teh o panas terpercik keluar dan terkena kulit tangan kiri aku.

“Aduh!”

“Opps, you okey? I ambilkan tisu.”

Tanpa amaran, tangan aku diraihnya lembut lalu tisu dilapkan di bahagian yang terkena air panas tadi. Tangan aku dibawa ke mulutnya lalu dia tiup beberapa kali. Mulut aku terkunci. Dia juga begitu. Lama matanya memandang aku tanpa berkelip membuatkan aku tidak selesa.

Tangan aku yang di dalam genggamannya, aku tarik lalu terus menuju ke arah singki. Tangan aku basuh dengan pantas aku meninggalkan mereka yang berada di dapur itu dan terus naik ke atas.

Jantung aku berdebar. Wajah aku terasa hangat sedari tadi. Tangan aku yang tersimbah air panas tadi mencucuk-cucuk di kulit. Aku buka pintu bilik. Mata aku memandang Furqan yang berbaring membelakangi aku.

Aku mengerut dahi apabila melihat dia masih terbaring.

“Abang? Kenapa tak turun?”

“Mana Kak Nisa’?”

Persoalan aku tadi dibiarkan tidak berjawab. Punggung dilabuhkan di birai katil.

“Zikri kata, dia nak masak hari ni. Jadi, Kak Nisa’ disuruh duduk dekat bilik dulu. Nanti dia keluarlah tu.”

Dia senyap.

“Abang?”

Masih senyap. Tubuhnya berpusing menghadap ke arah aku. Cuba aku lakar senyuman kecil di wajah. Matanya semakin lama semakin ke bawah. Keningnya berkerut. Pantas tubuhnya yang berbaring tadi menukar posisi duduk pula. Aku terkebil melihat kelakuannya.

Tangan kiri aku diraih lembut. Jelas kulit putih aku kian kemerah-merahan kerana tersimbah air teh panas tadi.

“Kenapa tangan sayang?”

“Tadi, air teh o panas tertumpah.”

Tangan kiri aku didekatkan ke bibirnya. Dikucup beberapa kali dengan lembut di situ. Aku hanya membiarkan. Jelas wajahnya risaukan keadaan aku. Tangan kanan aku menggenggam tangannya menyuruh dia untuk berhenti.

“Takpa. Sikit je.”

Terus kepala aku ditarik masuk ke dalam pelukannya membuatkan aku terkedu. Fikiran aku kian bercelaru apabila di bibirnya menitipkan kata maaf dari tadi.

“Forgive me.”

Aku masih tidak faham.

“Abang... cemburu.”

Aku terkebil-kebil dalam pelukannya. Lama juga aku berfikir, barulah aku dapat tebak apa yang Furqan katakan. Dia mungkin sudah berada di dapur, tetapi belum masuk lagi kawasan dapur dan melihat kejadian tadi. Aku memeluk pinggangnya erat.

Aku faham apa yang dia rasakan. Mungkin jika aku ada dalam kasutnya, aku tahu perasaannya bagaimana apabila nampak isteri disentuh orang lain.

Pelukan terlerai apabila bunyi nada dering aku berkumandang. Aku tersenyum melihat gerangan yang menghubungi aku pagi-pagi buta ini. Masyitah.

Simbol berwarna hijau aku seret ke atas untuk menjawab telefon.

“Assalamualaikum, Masyi.”

“Waalaikumussalam. Aya... kau kena... kau kena datang Hospital Sungai Buloh sekarang.”

Senyuman aku mengendur. Rasa tidak sedap hati tadi makin menjadi-jadi apabila mendengar esakan Masyitah. Kenapa?

“Masyitah? Kau menangis ke tu?”

“Aya... aku minta maaf. Kau kena datang Hospital sekarang juga.”

“Okey. Aku nak bersiap.”

Telefon dimatikan. Sesak dada aku dibuatnya. Wajah Furqan yang keliru itu aku pandang. Tanpa sedar setitis air mata jatuh ke pipi.

“Sayang kenapa ni?”

“Abang. Jom pergi Hospital Sungai Buloh. Sayang tak sedap hati. Dari tadi rasa tak sedap hati.”

“Okey. Sayang bersiap. Tunggu abang dekat kereta.”



Sesampainya di hospital, Masyitah menyambut aku di tingkat bawah. Dia bawa aku ke wad kecemasan. Aku gigit jari apabila Masyitah memeluk tubuh aku erat.

Tidak tenang aku dibuatnya. Entah kenapa tangan kecil aku menggeletar saat ini. Otak aku sudah mula membayangkan perkara yang aku tidak mahu berlaku dalam hidup aku. Aku tidak mahu terasa kehilangan lagi.

Wajah-wajah di situ aku tilik satu per satu. Lagi membuatkan nafas aku tersekat di kerongkong apabila aku tidak nampak raut wajah Mak, Nenek dan Cik Jusoh.

“Masyitah. Man... mana mak, nenek dengan Cik Jusoh?”

Dalam rombongan kahwin aku, ada lima kereta semuanya. Aku mengurut tangan aku yang kian sejuk. Entah kenapa aku seperti tidak mampu mengalihkan bayangan-bayangan yang bermain di fikiran aku saat ini. Aku asyik terbayang yang aku bakal kehilangan...

“Aya...  Mak Ngah, Nenek dengan Cik Jusoh terlibat dalam satu kemalangan siang tadi. Kereta mereka terbabas tiba-tiba. Nanti aku bagi kau tengok dashcam. Kau doa je Mak Ngah okey.”

Dunia aku seakan terhenti. Jantung aku tidak berentak tenang. Fikiran aku mula diasak pelbagai fikiran negatif. Belaian tangan kasar Furqan tidak mampu menenangkan aku saat ini. Ya Allah, kau selamatkanlah Mak aku, Ya Allah.

“Nenek? Cik Jusoh?”

Masyitah terdiam. Mereka yang di situ juga diam.

“Mereka, meninggal di tempat kejadian.”

Serasa skru kepala lutut aku menjadi longgar. Terus tangan kasar Furqan menyambut pinggang ramping aku sebelum terjatuh ke lantai. Dia tahu aku sedang lemah, lalu dia bawa aku duduk di kerusi. Air mata aku jatuh ke pipi diseka dengan ibu jari besarnya.

Tangan aku yang berada di bahunya menggenggam fabrik yang elok tersarung di tubuh Furqan cuba mencari kekuatan. Semakin aku genggam, semakin kuat tangisan aku. Terus tubuh aku ditarik masuk ke dalam pelukannya. Kepala aku disandarkan ke bahunya.

“Abang... Sayang tak nak rasa kehilangan lagi.” Aku mengongoi dalam pelukan Furqan. Entah kenapa fikiran aku hanya memikirkan yang aku bakal hilang segalanya dalam hidup aku.

“Shh... doa yang baik-baik sayang.”

Terasa dahi aku dikucup perlahan. Mata aku terpejam dalam pelukan hangatnya. Aku tak sanggup lagi rasa kehilangan. Perit... dan mungkin mengambil masa yang lama untuk aku move on dengan sendiri. Pemergian arwah abah pun mengambil masa beberapa tahun untuk aku terima hakikat.

“Pewaris Puan Halimah?”

Aku menoleh ke arah doktor yang baru saja menyebut nama Mak. Aku bangun lalu menghampirinya. Dengan penuh debaran di dada, aku cuba tabahkan kepala lutut aku saat ini.

“Kami minta maaf....”

Dunia aku seolah-olah berakhir di sini.





CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now