CAQ →04

163 8 0
                                    

"DAH, dah la peluk tu."

Kak Nisa' masih lagi tergelak-gelak. Apakah? Aku melepaskan pelukan lalu memandang wajah Furqan. Takkanlah dengan kakak sendiri pun nak cemburu? Pelik-pelik je dia ni.

"Dah la tu, Maya duduk la. Ni kan dating korang yang pertama kali. Akak tak nak masuk campur," katanya bersisa gelak.

"Kenapa akak ni asyik gelak je?"

"Akak terhibur."

"Takda siapa pun buat lawak, kenapa asyik gelak je ni?"

"Adalah tadi. Maya la."

"Maya buat apa?"

"Yang berlari sampai dah nak peluk anak teruna orang tu."

Aku membulat mata apabila Kak Nisa' mengungkit hal yang memalukan tadi. Kejap, macam mana dia boleh tahu?

"Jangan kata..."

Kak Nisa' dan Furqan sudah terkekek-kekek menahan gelak.

Ishh... satu kepala la dia orang ni!

"Kak Nisa' ke yang goyangkan pokok tu?"

"Iyalah, siapa lagi?"

Hari yang sangat memalukan. Rasa nak korek tanah dan timbus kepala dekat situ. Malu yang amat! Aku menyilangkan tangan ke dada sambil mencebik. Masih lagi mereka menyakat yang aku merajuk pula dengan mereka.

"Nak balik la."

"Alalala, dia merajuk. Furqan, pujuklah dia ni. Gelak je tahu."

"Hahahahaha, ya la, ya la. Sini, duduk. Kita sambung hal kita."

Kak Nisa' menarik lengan aku lalu punggungku dilabuhkan di atas kerusi. Furqan menepuk tangan lalu pendengaran aku bagai diterjah satu bunyi geseran pada rumput-rumput itu.

Aku menoleh ke arah kawasan yang tidak dilimpahi cahaya. Lama-kelamaan, muncullah beberapa orang dengan berpakaian kasual pelayan restoran. Oh, dua orang je. Fikir ramai. Maklumlah sini gelap.

Dulang yang tatangkan tadi diletak penuh tertib di hadapan aku dan Furqan. Dah nampak makanan ni mula la senyuman tak lekang dari bibir. Apalah agaknya di sebalik penutup aluminium ni?

Perlahan mereka mengangkat penutup makanan kami. Aku sudah tersenyum apabila hidung aku diserbu bauan wangi dari perapan daging. Tangan yang berada di paha mula meramas-ramas baju kurung yang tersarung di tubuh. Tidak sabar nak makan!

Pisau dan garpu diletakkan di tepi talam hidangan. Aku terus menyambar pisau dan garpu tadi. Aku terkedu apabila Furqan berdeham perlahan.

Aku memandang tangannya yang naik lalu menadah tangan. Aku mula tersedar, bila aku lapar tak ingat dunia, terus je aku meletakkan pisau dan garpu tadi ke tepi.

Baca doa...

Aku mengerut dahi apabila melihat sesuatu di atas sekeping daging di pinggan aku. Mata aku naik memandang Furqan yang mengangkat kening.

Mata aku meleret pula ke arah Kak Nisa' yang tersenyum saja kepada aku. Aku memandang pinggan aku semula. Please, jangan nangis!

"Ada yang tak kena ke dengan stick awak?"

"Ermm..." gumam aku tersekat-sekat.

Aku menutup wajah aku yang mula memerah menahan rasa terharu. Aku terdengar kerusi tergesel pada rumput-rumput di situ dan automatik aku tahu Furqan mendekati aku. Tidak sengaja aku teresak di situ. Terasa tubuh aku dipeluk dari tepi.

"Kenapa nangis ni?" soal Kak Nisa' yang memeluk aku.

Aku membalas pelukannya. Habis make up tebal aku tadi. Luntur terus. Nasib baik eyeliner dengan mascara jenis waterproof. Kalau tidak, mahu jadi panda. Kak Nisa' tidak habis-habis tergelak dari tadi.

Aku melepaskan pelukan dan menyandar ke kerusi. Aku mengesat mutiara jernih yang mencumbui pipi gebu milik aku. Aku mengipas wajah aku yang kian merah menahan rasa.

"Apalah kau ni kak. Letak atas daging, lain kali letak bawah."

"Kau nak ke Chahaya mati tercekik sebab makan cincin?"

"Takkanlah dia main makan je apa ada dalam mulut, mesti dia tengok dulu."

"Nanti kalau tergigit kuat hah kau nak ke ada bini takda gigi?"

Furqan terdiam. Aku rasa dia mungkin sedang berfikir-fikir dulu. Aku hanya tergelak mendengar mereka berbalah. Dalam senang kamcing, ada juga detik gaduh manja antara mereka. Comel je. Tapi tak semua adik beradik mereka, boleh kamcing.

Untuk tahu macam mana perangai mereka, aku perlu perlahan-lahan menyusuri keluarga Furqan. Walaupun senyuman Kak Nisa' sangat ikhlas, tetapi senyuman ikhlasnya itu terzahir 1001 masalah dalam keluarganya.

"Dah la tu, kau orang ni gaduh je."

"Chahaya Maya binti Hussien."

Aku memandang Furqan yang berada di tepi sebelah kanan aku. Dia mengambil cincin yang berada di atas daging stick aku tadi. Lalu dia mengambil tisu di poket untuk hilangkan rempah-rempahnya yang terpalit pada cincin itu.

Aku hanya memandang perlakuannya. Kak Nisa' berdiri di belakang aku untuk melihat juga apa yang ingin dibuat oleh adiknya itu. Dia mengambil nafas panjang lalu melepaskannya perlahan.

"Dengan bersaksikan kakak saya. Chahaya Maya, sudikah awak jadi sebahagian dari hati saya yang hilang? Awak sudi tak jadi tulang rusuk saya?"

"Alelelele, straigh to the point aje la."

"Bising la kau ni kak. Okey, sudikah awak jadi isteri saya?"

Dia menghulur cincin yang bertatah berlian itu ke hadapan aku lalu dia melutut di hadapan aku. Aku memandang pelayan yang berada di situ. Masing-masing hanya tersenyum pada aku.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Serentak itu mata aku terpejam cuba mentelaah yang berlaku hari ini. Aku lepaskan tenang. Mata aku memandang mata Furqan yang penuh kejujuran.

"Furqan Al- Qamar bin Ahmad Zahid."

Wow, aku hafal nama dia. Nasiblah yang kena lafaz nikah nanti cuma lelaki. Kalau perempuan pun kena juga, mahu berbelit lidah aku dengan makhraj-makhraj kena betul.

"Ya saya."

"Saya sudi jadi sebahagian dari hati awak yang hilang dan saya sudi menjadi tulang rusuk awak. Akhirnya... saya sudi jadi isteri awak yang sah."

"Ada ke isteri yang tak sah?" soal Furqan polos.

"Ada, isteri orang," jawab aku selamba.

Tepukan gemuruh dari dua orang lelaki berpakaian kasual itu membuatkan aku terkejut. Aku lupa kehadiran dua tunggul itu. Kesian mereka. Ish, tak eloklah panggil tunggul.

"Haa... Chahaya, kenalkan yang sebelah kiri nama dia, Darwisy Al-Najmi yang sebelah kanan, Aliff Al-Amin. Darwisy abang yang ke empat, Alif adik saya yang bongsu. Lupa pula dua orang ni ada."

"Takpalah, siapalah kami." Remaja lelaki yang aku tahu namanya Alif itu membuat drama.

"Kau adik dengan abang aku, dah diam."

Aku hanya melihat gelagat mereka. Hmmm... nampaknya ramai juga adik beradik Furqan. Dengar cerita, ada tujuh adik beradik. Aku kena hadam perangai masing-masing la nanti nampak gayanya.

"Adik, Abang Chik. Dah jangan kacau Furqan tu. Jom balik."

"Nak balik dah kak? Cepatnya."

"Ini kan hari pertama kamu dating. Akak tak nak kacau."

"Alaa..."

"Esok, kita jumpa. Furqan!"

"Ya kak."

"Behave ya dengan anak dara orang. Haa..."

"Ya kak, you can trust me."

"Trust, trust. Dah Adik, Abang Chik. Jom balik."

Sempat aku memandang ke arah mereka. Lelaki yang bernama Darwisy itu menoleh ke arah aku lalu dia menarik pandangannya ke arah lain. Kening aku hampir bersambung melihat lirikan matanya tadi. Entah... ada seuatu.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now