CAQ →12

131 5 0
                                    

HARI ini adalah hari untuk aku berkemas. Furqan dan adik beradiknya balik ke pangsapurinya, manakala aku pula balik ke rumah sewa aku bersama rombongan aku dari kampung. Hari itu, aku duduk dengan Rissa. Tapi, dia chat hari tu kata dia dah keluar dari rumah sewa ni.

Jadi, aku la yang bayar sewa seorang. Aku bayar untuk bulan ni je. Kemudian, aku akan pindah ke rumah Furqan. Tapi, mama menyuruh aku dan Furqan untuk tidur rumah dia seminggu. Jadi, aku turutkan saja.

Mungkin nak kumpulkan semula semua keluarga. Ya la, aku rasa konflik dalam keluarga dia masih lagi belum berakhir. Jadi, apa salahnya aku sendiri yang cari apa konflik yang mengganggu ukhwah mereka.

“Termenung apa anak mak seorang ni?”

Aku menoleh ke arah mak yang menghampiri aku dengan nenek yang tolong menolak kerusinya masuk ke bilik. Terasa sejuk di jemari halus aku. Hampir terlupa yang aku sedang berada dengan Masyi atau nama panjangnya Masyitah ialah sepupu aku yang pandai bab inai menginai.

Apalah yang aku fikir sampai tak ingat si gendut ini berada di hadapan aku sedang memakaikan inai pada jari aku? Nasib baik muka aku tidak rasa gatal lagi. Kalau tidak, mesti mereka tanya aku, “ Ni nak pergi sanding ke nak pergi askar?”

Aku tergelak kecil sambil menggeleng.

“Mak Ngah, tengok anak Mak Ngah ni. Senyum tak habis-habis. Gelak seorang-seorang. Seramlah kita.”

“Biasalah tu... orang dah berdarah manis memang begitu... layankan aje la.”

Aku memandang nenek yang menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat aku.

“Jangan kau lap pula muka kau kat tangan. Haa terlebih blusher kau karang.”

“Hish... ye la.”

Aku melihat dia yang sudah mengangkat punggung ingin mencari orang untuk lukiskan inai di tangannya. Corak yang menjalar di jari manis aku pandang dengan senyuman. Pada jari manis dan di atas tangan saja dipenuhi corak. Jari-jari lain tidak bercorak. Lukisannya juga halus dan cantik.

Aku menilik lagi coraknya. Corak dan warna yang pekat itu menimbulkan lagi kecerahan pada kulit tangan aku. Hanya tunggu kering dan aku akan bilas sebentar saja lagi.

Mata aku terkalih pada raut wajah mak yang tersenyum dari tadi. Aku turut membalas senyumannya. Dia menolak tayar kerusi roda itu supaya dia mendekati aku.

“Besar dah anak mak ni rupanya...”

Hati aku luluh apabila terdengar getaran suaranya yang mengendur. Jelas matanya berkaca selepas saja dia mengungkapkan kata-katanya tadi. Puncak hidungnya sedikit memerah.

Perlahan tangannya yang sudah hampir setengah abad itu menyentuh lekuk wajah aku. Aku memejam mata lalu aku mencium tapak tangannya yang berada di pipi aku. Jika tidak diingat ada inai di jari, aku sudah mencapai tangannya lalu aku kucup dan cium lama.

“Macam baru aje  rasanya mak pegang kamu dalam gendongan mak.”

Akhirnya, air mata aku menitis juga ke pipi. Sesungguhnya aku mudah tewas. Jika sesuatu perkara itu melibatkan mak dan abah, aku mudah tewas dan aku mula sedar, selepas ini aku perlu taat pada suami. Mak?

“Mak tak sedar bila kamu dah besar. Jadi isteri yang baik. Jangan melawan suami. Isteri kena taat pada suaminya.”

Walaupun nasihat itu bagi aku ‘sudah basi’, tetapi apabila kita berada di tempat orang,  kita tiba-tiba jadi jahil semula. Padahal benda itu selalu dinasihatkan kepada kita. Jarinya menyeka air mata yang tadi menodai pipi aku.

“Mak. Aya nak minta maaf kalau ada Aya buat salah dekat mak. Selama Aya hidup mak tak pernah tengking, marah, Aya. Aya walaupun hidup tanpa rasa kasih sayang abah yang cukup, tapi mak selalu limpahkan kasih sayang mak pada Aya.”

Sejujurnya, semakin teruk tangis aku apabila melihat mak juga mengalirkan air mata.

“Sudah, jangan disedihkan budak tu. Karang inainya dikesat ke muka tu karang.”

“Alaa... ni apa ni nangis-nangis ni? Tak manislah.”

Masyitah datang dengan membentangkan jarinya ke arah aku. Aku tergelak kecil apabila melihat coraknya lagi over dari yang nak berkahwin ni. Amboi, dia...

“Siapa yang buat tu Masyi?”

“Adik aku. Tak sangka pula dia pandai buat corak inai macam ni. Cantik.”

“Tu la, macam kau je yang nak kahwin.”

“Jangan macam-macam...”

Inai di tangan aku intai. Aku belek kanan dan kiri.

“Dah boleh basuh ke ni?”

“Nanti, kau kena lama-lama. Biar pekat.”

“Mak, jom masuk bilik. Aya, mak masuk bilik dulu, ya?”

“Baik mak, tak boleh nak salam pula.”

“Takpa-takpa. Selamat malam.”

Aku memberi senyuman lalu melihat pada dua tubuh yang sudah dimamah usia itu keluar dari pintu bilik aku. Aku mengeluh perlahan.

“Aku boleh tertidur tunggu lama sangat ni, Masyi.”

° ° °



NAFAS ditarik lalu dihembus perlahan cuba mencari ketenangan. Aku sedar jantung aku tidak berdegup sekata dua ke tiga hari ini. Mungkin aku sangat gementar. Ya Allah, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Inilah hari di mana dua hati menjadi satu.

“Gementar ke Cik Kak?”

Aku memandang Masyitah yang elok mengipaskan aku di sebelah. Tisu juga disediakan. Tak nak make up cair dengan peluh. Padahal aku dah rasa beku dah tangan ni. Dia tergelak kecil melihat aku yang memandangnya.

“Gementar la juga. First time kahwin. Sebelum ni tak pernah kahwin tu yang gementar.”

“Kau nak berapa kali kahwin kau tak gementar, hah? Aduhai...”

“Haa tahu pun, soalan kau tu jangan cerdik sangat.”

“Alaaa... senyum la sikit. Ni nak kahwin ke apa muka macam tu? Senyum!”

“Fuh! Bismillahirrahmanirrahim!”

Aku menjerit cuba menenangkan diri sambil mengucapkan Basmalah. Gown pengantin aku dikibas beberapa kali. Penuh kereta ni dibuatnya dengan gown ni saja. Furqan yang pilih dan beli. Yang paling tak selesanya tudung tak tutup dada.

Tapi veil pengantin sampai ke pinggang. Bunga yang berada di riba aku dipegang. Ya Allah... gementarnya...

Di bibir aku tidak berhenti berzikir cuba menenangkan diri dengannya. Gementar aku semakin menjadi-jadi apabila bangunan hotel itu semakin menjelma. Tangan aku yang disarung dengan sarung tangan berwarna putih itu dilihat jelas... bergetar!

Kereta diberhentikan tepat-tepat pada karpet merah di situ. Ramai orang yang hadir di tepi lorong karpet merah itu untuk melihat aku. Ya Allah...

“Ready, baby.”

“Aku takut...”

“Zikir banyak-banyak. Senyum selebar-lebar yang kau boleh.”

“Bismillah...”

Pemandu kereta ini tadi membuka pintu di bahagian Masyitah. Masyitah keluar lalu pergi ke arah pintu aku dan membukanya. Aku nampak reaksi mereka yang seperti terpegun dengan kecantikan aku. Ada juga yang menjerit teruja.

Masyitah menghulur tangannya. Aku menyambut tanpa segan. Lalu perlahan aku mula keluar dari kereta. Tangan kiri aku memegang bunga plastik itu. Masyitah mengambil tisu dan kipas songket di dalam kereta lalu merapikan baju aku.

Lengan aku ditarik perlahan ke hadapan sambil kipas itu menutup wajah aku. Aku menunduk sambil berzikir lagi. Terdengar pujian mereka yang melambung-lambung itu. Di bibir aku mula ternaik senyum kecil. Kembang...

Terdengar bunyi kompang bergema di dalam dewan. Aku baru perasan yang aku masuk dari sisi dewan.

“Stop langkah, Aya.”

Aku berhenti. Kompang juga berhenti. Hanya hingar-bingar bunyi orang berbicara.

Kipas songket perlahan diturunkan membuatkan jantung aku memain peranan. Spontan wajah aku naik memandang sepasang kasut berkilat di hadapan aku. Perlahan wajah aku naik memandang sepasang matanya pula. Senyuman dia yang aku rindu. Seminggu kami tidak bersemuka membuatkan aku rindu.

Aku membalas senyumannya. Wajahnya yang tenang itu membuatkan aku juga menjadi tenang. Gementar aku yang menggila tadi serta merta hilang.

Dia mengubah posisi menghadap ke hadapan dewan menempatkan pelamin. Aku juga ikut menghadap pelamin. Dia membuka sedikit lengannya ke arah aku. Aku yang faham apa yang dia mahu, terus aku memegang lembut lengannya. Lalu kami beriringan jalan ke hadapan.

Bunyi kompang kembali bergema. Tangga baldu itu dipandang seketika lalu perlahan dua mempelai ini melangkah naik ke pentas dewan. Sesampai di pelamin, Masyitah membetulkan ball gown itu supaya aku mudah duduk.

Aku tidak sangka ramai juga yang hadir dan memeriahkan. Kalau keluarga bahagian aku, hanya lima ke enam kereta saja. Yang lain ni ramai yang aku tak kenal. Mungkin rakan sepejabat dan sekolah Furqan dulu.

Semua mula menadah tangan lalu mengaminkan doa. Sesudah itu, upacara renjis mempelai dimulai. Aku memandang mak yang dipimpin untuk naik ke atas pentas membuatkan pelupuk mata aku menjadi hangat.

Aku perasan...

Papa Furqan masih tidak muncul. Takkan seminggu ni sibuk memanjang?

Aku membetulkan duduk lalu membuka sarung tangan dan dihulurkan kepada Masyitah di sebelah. Tangan ditadah di riba. Perlahan tangan berkedut mak mengambil beras lalu diletakkan di dalam tadahan tangan aku dan Furqan. Bunga rampai juga di letakkan di dalam genggaman aku.

Lalu dia mengambil botol besi yang muncungnya berlubang dan tirus. Dia renjis di telapak tangan aku. Tangan aku yang basah laju menyambut tangan mak. Lama aku kucup. Aku takut... aku takut kalau aku tidak sempat mengucup lagi tangan ini.

Terasa pipi aku dinodai air mata, laju tangan Masyitah mengelapnya.

“Maafkan Aya, mak. Maafkan Aya kalau menyusahkan mak selama ni.”

“Takpa. Kamu tu jadi isteri yang baik untuk Furqan. Jangan susahkan dia. Jadi isteri mithali.”

Perlahan aku melepaskan tangannya walaupun terasa berat. Masyitah masih setia menyeka air mata aku dengan tisunya. Mak menghulur tangan pada Furqan lalu Furqan mengucup tangan tua mak.

Dia juga mengucapkan sesuatu pada mak, tetapi tidak dapat didengar dek bunyi yang bergema di dewan ini.

Seterusnya, mama Furqan. Dia lakukan perkara yang sama seperti mak buat tadi. Aku mencium tangannya lalu tersenyum padanya. Dia juga membalas senyumanku.

Majlis juga berjalan dengan jayanya. Sempat Furqan merancang strategi majlis persandingan ini sebelum nikah lagi. Kak Nisa’ yang cerita sebelum ini di dalam telefon. Bagi aku, ini bukanlah kecil-kecilan. Tapi, ini dikira besar-besaran la ni.

Katanya nak buat sederhana saja.

“Cantik sayang hari ni. Tergugat iman abang.”

Aku tidak memandangnya, tetapi telinga aku sedia memasang dan mendengar pujiannya itu. Dia juga apa kurangnya? Dengan tuxedo putih membuatkan aura maskulinnya semakin terasa. Panggilan kami berubah selepas nikah hari itu. Dia yang ubah panggilan awak saya kepada abang sayang. Auch, So sweet!

“Abang pun, apa kurangnya. Encem!”

Ehem!

Aku memandang Masyitah yang menahan senyum di sebelah aku. Mungkin dia terdengar bisikan-bisikan manja kami tadi. Aku mengambil semula sarung tangan aku yang berada di tangan Masyitah.

“Masyi...”

“Hmmm?”

“Tu, tu tengok pengapit lelaki.”

Dia melihat lalu menggigit bibirnya perlahan. Lama kelamaan pipinya itu merah seperti memakai blusher. Elelelele... shy shy ton pula dia dekat sebelah aku.

“Itu dia kehadiran mempelai kita pada hari Jumaat yang penuh barakah ini. Nampak sedondon bagai pinang dibelah dua. Pengapit pun apa kurangnya. Kalah pengantin.”

Aku memandang reaksi Darwisy abang ke empat kepada Furqan. Dahi aku berkerut melihat reaksinya yang tiada perasaan. Aku memandang pula ke arah Masyitah yang sudah membuat kipas pengantin seperti kipasnya.

Dua insan yang kontra perangainya.

“Pengapit lelaki...”

Darwisy sedar yang dia diperhatikan orang apabila namanya disebut. Darwisy memandang ke arah pengacara yang mencucuk pipinya lalu ditolak ke tepi memberi isyarat pada Darwisy supaya dia tersenyum.

Darwisy menunduk lalu mengurut tulang hidungnya.

Payahnya dia nak senyum.

“Ahahaha. Tidak mengapa. Pengapit bershy shy ton di atas bersama mempelai nampaknya.”

Dewan ini bergema gelak orang kepada mereka. Furqan juga tersenyum sambil pandangannya jatuh ke arah Darwisy yang memandang adiknya itu dengan tajam.

“Baiklah. Sementara pengantin duduk di atas pelamin itu, marilah kita ke meja makan masing-masing dan menikmati juadah kita pada hari ini.”

“Sayang. Jom makan.”

Aku hanya mengangguk. Dia bangun dari duduknya lalu menghulurkan tangan kasarnya kepada aku. Aku menyambut lembut. Terus aku memeluk lengannya sambil menariknya cepat untuk turun dari pentas. Aku dah lapar!

“Eh, eh. Sabar dulu.”

“Alaa... kenapa? Sayang dah lapar.”

“Potong kek, sayang.”

“Mana?”

Baru saja aku menyoalnya, terus aku memandang ke arah troli yang ditolak oleh seseorang itu menghampiri aku dan Furqan. Trolinya yang diselimutkan dengan kain merah itu dipandang. Di atas kain pula ada kek dua tingkat dan ada patung pengantin di atasnya.

“So cute...”

“Pisau?”

Lelaki tadi menghulurkan pisau memotong kek kepada Furqan. Aku memandang ke tangan Furqan apabila tangan kanan aku ditariknya perlahan untuk memegang pisau sekali. Cahaya kamera fotografi perkahwinan mula mencucuk-cucuk ke kornea mata.

Aku memandang Furqan dan dia juga memandang aku dengan senyumannya yang membunuh. Ya, senyumannya membunuh aku setiap kali terpandang segaris senyuman itu. Perlahan tangan kirinya melingkari pinggang aku. Terasa darah menyerbu ke wajah.

Itu adalah kali pertama dia menyentuh aku di bahagian tubuh. Terasa sentuhan halal lain sangat.

“Potong.”

“Okey.”


Tangan aku dan dia perlahan menekan pisau membenam ke kek. Dia melepaskan pisau apabila terasa pisau sudah sampai ke lantai kek itu. Perlahan aku membuka sarung tangan sebelah kanan dan aku beri kepada Masyitah di sebelah aku.

Aku memotong sedikit lalu menyuakan kek yang aku potong tadi di hadapan bibir Furqan. Dia tersenyum lebar sebelum jari aku dikulumnya. Aku sedikit tersentak.

“Abang...”

“Sabar boss, sabar. Balik nanti boss balik nanti.”

Furqan tergelak besar apabila cameraman di sebelahnya berbicara. Aku menggeleng perlahan lalu menyambut gelak Furqan. Aku memandang ibu jari dan jari telunjuk yang di kulum Furqan tadi.

Aku memasukkan ibu jari ke dalam mulut lalu mengulumnya juga. Aku buat yang sama juga di jari telunjuk aku.

Furqan mengangkat kening tidak percaya. Mungkin dia pertama kali nampak wajah nakal aku sebentar tadi. Aduhai, di sini juga kau mahu menggatal, Chahaya.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now