CAQ → 25

121 2 0
                                    


Punggung dilabuhkan di atas permukaan tembok yang tidak tinggi. Aku melepaskan beberapa keluhan. Wajah aku yang basah dilapkan dengan kain yang tersangkut di leher.

Mata aku memandang gadis yang bertubuh solid itu. Dia berlari tanpa henti dari tadi membuatkan aku iri dengan stamina yang dia punyai. Gadis itu menoleh ke arah aku yang tertinggal di belakang dan dia berlari ke arah aku.

Why ni Chahaya? Kita baru mula tau.”

“Baru mula? Dah setengah jam kot lari.”

Dia menggeleng melihat aku yang masih duduk. Aku dari dulu lagi tak suka sukan. Dan aku sangatlah sedar yang aku ini pemalas orangnya. Aku memang suka berjogging, tetapi tubuh terasa terlalu penat kali ini.

“Dah tiga hari I tak nampak Furqan. Ke mana dia?”

Aku membuka penutup botol dan meneguk air.

“Dia ada out station.”

“Patutlah tak nampak lama dah.”

Beginilah jadual aku setiap pagi. Sebelum keluar, aku sudah masak untuk mereka sarapan, balik saja jogging, aku pula makan. Hari ini, aku terasa aneh pula sebab Furqan tak wish good morning dekat aku. Sibuk agaknya. Tapi dia kata, dia balik hari ni. Dalam hati aku sudah berjoget lambak.

Aku tidak sabar mau peluk cium bau yang menghantui aku setiap waktu. Insan yang aku sayang selepas mak. Dia sajalah tempat di mana aku mampu luah dan segalanya. Aku sedar Furqan ini adalah seseorang pendengar yang setia. Aku pula seolah-olah storyteller.

“Dia kata nak balik hari ni, tapi tak tahu pukul berapa.”

“You baliklah awal hari ni. Sediakan diri you untuk sambut dia nanti.”

Wajah Mel dipandang sekilas. Ada betul juga cadangan Mel kali ini. Aku mengangguk tanpa sedar.

“Kalau macam tu, saya nak baliklah. Awak okey ke?”

“I dah biasa jogging seorang. You balik je la. Bye Chahaya.”

Aku memandang dia yang meneruskan larian anaknya sambil tangan naik melambai ke arah aku. Aku tidak membalas kerana gadis itu tidak memandang aku.

Aku bangun dari bersandar di tembok dan terus melangkah pulang ke rumah. Sampai sahaja rumah, aku melihat rumah sudah kosong tanpa penghuni. Mama waktu pagi selalunya ada kelas erobik di dewan serbaguna. Aku mahu sertai, tetapi aku lebih prefer jogging daripada erobik.

“Assalamualaikum! Kak Nisa’?”

Senyap.

Aku memandang seliper di depan rumah. Ada satu seliper saja. Seliper Kak Nisa’ tiada di situ. Telefon bimbit aku keluarkan dari poket seluar track suit. Notification WhatsApp dari Kak Nisa’ dilihat.

Assalamualaikum, Maya. Maafkan akak, akak kena balik sebab Ustazah Mariah dah panggil akak. Maaf sebab tak bagitahu dulu sebelum balik. Urgent katanya. Maafkan akak, ya?

Aku mengerut dahi. Aku tidak pelik kepada ucapannya, tetapi aku pelik dengan emoji itu. Kak Nisa’ sendiri pernah kata yang dia benci emoji itu kerana... senyuman manis itu nampak plastik. Aku mengangkat bahu.

Ada sesuatu yang terjadi ke ni?

Jam di telefon dilihat. Sudah menunjukkan pukul 8 setengah pagi. Pintu aku buka dan masuk lalu menutupnya semula. Terus langkah aku diayun ke arah pintu bilik tetamu.

Aku mengunci pintu lalu membuka tudung dan mencampakkannya di atas katil. Keringat hasil dari bersenam tadi membuatkan aku terasa rimas.

Tangan aku melibas wajah aku yang kian merah akibat panas. Kain kecil yang aku guna untuk kesat air peluh tadi aku kesat ke wajah. Suis air-cond dibuka lalu butang berwarna merah  remote  ditekan.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now