CAQ → 18

99 2 0
                                    


Langit terbentang luas itu menjadi tempat pancaindera aku bertandang. Keindahannya mampu membuatkan aku tersenyum sendiri. Ketenangan yang ini jarang-jarang aku dapatkan. Besi bercorak klasik yang menjadikan benteng di beranda ini aku genggam.

Terasa tangan aku ditindih tangan kasar seseorang. Pandangan aku terkalih pada tangan itu lalu aku tersenyum kecil melihat cincin yang berada di jari manis tangan kekar itu. Tahulah aku yang itu adalah cincin pernikahan aku bersamanya. Perlahan tangan aku digenggam hingga tangan kecil aku terbenam dalam genggamannya.

Terasa pipi aku disenggol dengan pipinya yang berjambang halus. Tangan aku yang menyentuh besi tadi terus dibawa melingkar ke perut aku. Kini, aku dan dia tiada jarak sehingga aku hampir terbenam dalam pelukannya.

“Mandi sayang... segarkan badan.”

Acapkali ‘sayang’ itu disebut, aku mudah saja lembut hati. Dia ada aura romantis yang tidak pernah dia tunjuk semasa kami belum disatukan. Walaupun pada mulanya aku fikir dia hanyalah seorang lelaki yang suka menyakat. Hakikatnya aku belum tahu lagi.

Aku mengangguk perlahan menjawab persoalannya tadi. Perlahan pelukannya dilepaskan lalu perlahan dia menarik aku masuk dan tutup sliding door.

Hari ini, aku dan Furqan berehat di hotel ini sebelum esok kami bertolak pergi ke Johor. Tudung yang tersarung elok dibuka perlahan dengan tangan kasar Furqan. Aku hanya melihat dia yang rajin menyiapkan aku sebelum mandi.

Perlahan tangannya yang berada di butang baju aku paling atas disentuh. Dada bidangnya aku belai apabila dia seperti terpaku dengan kelakuan aku. Aku teruskan dengan membuka bajunya. Selama hampir satu minggu aku hidup macam orang tiada pedoman selepas pemergian tiga orang yang paling bermakna dalam hidup aku.

Mak, nenek dan Cik Jusoh.

Furqan saja yang selalu ada untuk aku dan cuba rawat kesedihan aku serba sedikit. Kak Nisa’ dan adik beradik dia yang lain sudah balik ke Johor semalam.

Aku sedikit terasa apabila mama dan papa tidak menjenguk aku dan Furqan selama kami berada di Selangor.

Tapi, takpa. Aku tidak kisah kerana Selangor dan Johor bukannya dekat.

“Sayang?”

Aku tersedar dari lamunan apabila ‘jampi’ itu dilafazkan.

“Sayang okey tak?”

“Ya. Sayang okey.”

“Jom mandi. Lepas tu rehat, ya?” soalnya lembut dan membuatkan aku cair. Sesungguhnya setiap bait yang dilafazkan oleh dia mampu membuatkan aku cair. Dia tidak pernah menengking atau marahkan aku selama kami bersama.

Yang paling penting, dia tidak pernah marah. Keperibadiannya sangat lembut. Setiap kali dia berada dengan aku, setiap kali itulah jantung aku tidak berdegup tenang. Suaranya yang lembut tiap kali mengaji dan membaca bacaan dalam solat juga membuatkan aku cair.

“Abang...”

Mata aku dan dia bertembung. Perlahan bibir aku ukir senyuman manis untuknya. Pinggangnya aku tarik merapat ke tubuh lalu kepala aku lentokkan ke bahunya. Dia membalas tanpa banyak soal.

Bahu bogelnya aku kucup sekilas sebelum aku mendongak untuk melihat wajah Furqan.

“Sayang minta maaf sangat-sangat sebab selama seminggu ni... sayang tak jalankan tanggungjawab sayang sebagai isteri abang.”

Dia diam seketika sebelum bibirnya menguntum senyuman manis.

“Takpa. Abang faham rasa kehilangan tu bagaimana. Walaupun abang tak pernah rasa lagi. Dah, mandi. Nanti kita rehat dulu. Esok, abang nak bawa sayang ke satu tempat.”

“Tempat? Tempat apa?”

“Adalah... dah pergi mandi. Hari ni rehat.”

Tangannya menolak lengan aku lembut supaya aku pergi ke bilik air. Tapi kaki aku mencengkam lantai. Aku perasan kerutan di dahinya.

“Jom.”

“Jom?”

“Jom mandi.”

Aku menggigit isi pipi sambil memandang senyuman yang terukir pada bibirnya saat ini. Sangat aku tahu apa yang melintas di fikirannya.

Nakal!

° ° °

“Abang.”

“Hmm?”

Furqan yang tadinya membelakangi aku pantas kepalanya menoleh apabila aku memanggilnya. Matanya sedikit terbeliak dengan mulut separa terbuka. Aku menahan rasa lucu di hati apabila melihat reaksinya tadi. Jelas halkumnya turun naik dengan mata yang dari tadi melekat pada pakaian yang aku pakai.

“Ab... abang tak pernah nampak sayang pakai...”

“Saja nak tukar cara pakaian. Abang tak suka?”

Aku menyoalnya yang masih tergamam melihat pemakaian aku pada malam ini. Baju T-shirt yang aku selalu pakai ketika di rumah mak dulu dan kain batik tersarung elok ke tubuh. Aku tersenyum manis sambil kaki aku melangkah ke arah Furqan.

Aku dulu kerap pakai kain batik di rumah kampung sebelum aku istiqamah memakai kain labuh.

“Sayang nampak...”

Matanya membelek tubuh aku dari atas hingga bawah. Punggungnya perlahan dilabuhkan di birai katil sebelum perlahan tangannya menarik pinggang aku supaya aku duduk di ribanya. Spontan aku tangan aku melilit batang lehernya.

“Sayang nampak sexy pakai macam ni.”

Tangannya melilit ke pinggang aku lalu simpulan pada kain batik aku melonggar. Walaupun matanya tetap memandang wajah aku, tangannya sentiasa membuat kerja. Rahang dia aku belai lembut.

“Pertama kali abang nampak sayang, mata abang mesti jadi macam ni.”

Aku tergelak kecil apabila dia mengecilkan matanya.

“Kenapa pandang sayang macam tu masa tu?”

“Sebab... abang nampak cahaya pada wajah sayang. Cahaya masa depan untuk dunia kelam abang.”

“Manisnya mulut dia....”

Terus tubuh aku dibaringkan di atas katil. Sekelip mata wajahnya sudah berada di hadapan aku membuatkan jantung aku menggila di dalam sangkar rusuk.

“Nak tahu tak, ni muka siapa?”

Jarinya menunjuk wajahnya sendiri.

“Muka abanglah.”

“Bukan.”

“Bukan?”

“Ni muka daddy kepada anak-anak sayang.”

Aku tergelak lagi apabila dia mulakan kata-kata yang membuatkan hati aku berbunga-bunga apabila mendengarnya.

“Ni pula, muka siapa?”

Aku pula bertanya pada dia. Dia tersenyum manis lalu wajah aku dikucup perlahan.

“Inilah muka bakal melahirkan seorang anak dan ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti...”

Ayatnya seperti tergantung, aku menunggu juga sambungannya, tetapi dia tergelak kecil sambil menggeleng.

“Sayang.”

“Hmm?”

“Boleh janji dengan abang?”

Mata aku terkebil seketika sebelum mengangguk perlahan. Dia mengukir senyuman lalu bibir aku dikucup sekilas.

“Janji dengan abang. Jangan terlalu berharap pada cinta manusia. Sebab seperti yang kita tahu, manusia memang akan mati suatu hari nanti. Jangan cintakan manusia lebih dari Penciptanya. Kerana cinta-Nya adalah cinta hakiki.”

Aku terdiam. Mata aku teralih ke tempat lain. Sebenarnya, agak susah untuk melupakan orang tersayang. Tapi, apa yang dikatakan Furqan itu betul. Aku perlu merelakan. Perlahan aku menarik nafas dan aku hembus berat. Mata aku memandang ke arah mata hazelnya. Perlahan senyuman manis aku koyakkan di wajah. Tidak lama kemudian dia tersenyum melihat respons aku.

“I know you can do it. I trust you.”

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now