CAQ → 17

117 1 0
                                    


HARI berganti hari, aku akui yang aku banyak termenung. Furqan tidak jemu memujuk aku untuk turun makan dan mengajak aku bersembang. Hari ini, aku perlu tenangkan jiwa. Esok aku dan Furqan akan bertolak ke rumah Papa dan Mama Furqan di Johor.

Adik beradik Furqan yang lain sudah bertolak balik ke Johor semalam. Furqan dan aku sahaja yang belum bertolak. Mungkin Furqan mahu memberikan sedikit masa untuk aku.

Furqan sangat memahami. Lama kelamaan, aku rasa tidak menyesal dengan pilihan aku yang arwah mak sudah meredai.

Aku memandang Furqan yang baru saja keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.

“Mandi sayang. Nak abang mandikan?”

Aku menggeleng perlahan. Senyuman kecil aku paksa ukir.

“Abang kan dah mandi.”

“Takpa. Come.”

Aku memandang Furqan yang menggamit aku untuk rapat ke arahnya. Tuala yang berada di atas katil aku capai dan melangkah ke arah Furqan yang tersenyum manis ke arah aku. Pinggang aku diraih lalu ditolak masuk ke bilik air dengan lembut.

Entah kenapa aku rasa seperti budak kecil yang enggan mandi di siang hari, tetapi dipaksa abang untuk mandi juga. Dalam bilik air hanya Furqan saja yang banyak buat kerja. Aku hanya memeluk dia di bawah pancuran air itu.

Dialah sumber kekuatan aku selepas ini. Tiada lagi yang mampu memberikan aku kasih sayang lebih dari dia. Setiap sentuhan dan belaian dia juga mampu memujuk segala resah dalam diri aku untuk keluar.
“Janji dengan mak. Jaga Furqan elok-elok. Jadi isteri yang dengar cakap suami. Walau apa pun yang suami buat, kita sebagai isteri perlu menyebelahi dia. Okey?”

Nasihat dari dua ulas bibir merekah itu mekar di benak fikiran aku. Mata aku terpejam rapat. Tangan aku yang melingkar di pinggang Furqan semakin dieratkan. Aku sedar tangan Furqan berhenti sebentar membelai kulit di belakang tubuh aku.

Sejurus kemudian, aku terasa dahi aku dikucup perlahan. Spontan bibir aku tersenyum kecil. Setiap sentuhannya membuatkan aku terbuai. Seperti tidak mahu berenggang langsung.

Aku tak nak hilang sesiapa lagi. Saya janji takkan sia-siakan awak Furqan.

Sesudah bermesra dengan Furqan di bilik mandi, kami terus bersiap untuk pergi ke Johor. Dia kata dalam perjalanan dia nak ajak aku jalan-jalan Melaka sementara tu. Aku juga tidak membantah. Mungkin dia nak luangkan masa dengan aku sepenuhnya sebelum dia kerja minggu hadapan.

Barang-barang sudah siap dimasukkan ke dalam kereta. Apabila sudah memastikan tiada batang tertinggal, aku dan Furqan terus bertolak. Melihat kereta ini, teringat pula masa malam Furqan melamar aku. Rindu.

Dulu, aku selalu marah jika dia dekat dan menyentuh aku. Sekarang, sentuhan dia itu membuatkan aku separuh gila. Tangannya mendarat di paha aku, dibiarkan. Tapak tangan aku melekap penuh di atas tangannya.

“Kita sarapan dulu ya, Sayang?”

“Nak sarapan apa?”

“Untuk sarapan ni. Abang bawa ke satu kedai lauk pilih dekat Meru. Sedap tau lauk-lauk dia.”

Aku tersenyum lalu mengangguk. Aku pula memang tengah lapar sekarang. Aku sedar beberapa hari ni aku kurang makan. Furqan puas mengajak aku makan sampai hilang berat aku 3 KG.

Sesampainya di gerai makan itu, dia keluar dari kereta lalu membuka pintu di bahagian aku. Di kedai itu juga ramai orang. Aku memandang ke arah satu meja yang kosong.

“Abang ambil makanan dulu. Nanti kalau abang dah siap, Sayang pula ambil makanan. Abang nak air apa nanti?”

“Okey, sayang. Abang nak teh ais.”

Meja yang ada tiga buah kerusi dihampiri. Aku melabuhkan punggung dari salah satu kerusi itu. Seorang pelayan menghampiri aku apabila aku melambaikan tangan menggamitnya datang.

“Ya, kak. Nak minum apa?”

“Saya nak teh ais, satu dengan milo ais satu.”

“Baiklah.”

“Sayang. Dah, pergi ambil makanan.”

Sesudah habis makan, terus kami meneruskan perjalanan. Mata aku tidak penat menjamah suasana di luar tingkap. Tangan aku dan dia tidak habis lagi bertaut. Membuatkan aku lebih tenang. Kesedihan aku tolak ke tepi. Husband time.

“Abang... kita nak ke mana?”

“Kita pergi tengok kapal selam nak?”

“Kapal selam? Tak faham.”

“Dekat Melaka nanti kita singgah sekejap.”

Mata aku terkebil perlahan. Al-maklumlah aku tak pernah travel ke mana-mana kecuali Penang, Perak dan Selangor je. Alang-alang ada suami ni. Boleh ajak travel, kan?

Sesekali aku mengintai tangan yang bertaut tidak lepas itu. Kadang-kadang juga tangan aku dibawa ke dua ulas bibirnya dan dikucupnya lembut. Aku hanya melihat dia yang membelasah tangan aku dari tadi.

Kornea mata aku sudah ternampak benda yang besar dan hitam di dalam pagar  hijau yang mengelilinginya. Mata aku terkebil melihat kapal selam yang berada betul-betul di hadapan.

“Jom sayang.”

Aku dan Furqan keluar dari kereta lalu menghampiri pondok tiket. Furqan membayar dan tiket diserahkan kepada aku. Kaki mula diatur menghampiri pintu pagar hijau dan masuk ke dalam kawasan.

“Assalamualaikum, akak dan abang. Mari berdiri di sini bang, kak. Tangkap gambar.”

Ada seorang lelaki menggamit aku dan Furqan menghampirinya. Kami pun menghampirinya tanpa melepaskan tautan di tangan.

“Abang dengan akak ni sweet couple la. Manis aje muka masing-masing.”

Furqan tergelak kecil lalu tangannya menarik perlahan telinga lelaki itu. Jelas dia sedikit terkejut dengan tindakan Furqan. Bibir merah milik Furqan merapati cangkerang telinga lelaki itu. Lelaki itu tersenyum penuh makna kepada aku yang aku tidak boleh tebak.

Furqan menarik pinggang aku merapat ke tubuhnya. Aku memeluk pinggangnya dan menyandar di dadanya.

“Selamat pengantin baru kak, abang.”

Jadi, itulah yang diberitahu Furqan pada photographer itu. Aku hanya menggeleng perlahan. Ada-ada aje laki aku ni.

Mata aku disapa besi konkrit yang besar di tengah-tengah hamparan itu. Tertelan liur aku apabila melihat saiznya yang aku pasti mampu penyekkan aku jika tertindih dengannya. Mata aku terkebil-kebil apabila Furqan menarik pergelangan aku mendekat.

Jantung aku berdegup kencang apabila Furqan menarik pada bawah besi konkrit besar itu.

“Abang tak nak... abang.”

Furqan menoleh ke arah aku apabila aku mengeras di tempat aku berdiri. Aku menggeleng dan berzikir ‘tak nak’  di bibir. Furqan memandang aku dan besi konkrit itu bersilih ganti.

“Sayang... kita dah sampai tau. Takkan tak nak masuk?”

“Tak nak lalu sini... nanti dia jatuh macam mana?”

“Okey, lalu luar boleh? Pintu ada satu arah je. Dekat sebelah sana.”

“Tak kisahlah, asalkan tak lalu dekat bawah tu.”

Furqan hanya tersenyum lalu bahu aku dipeluk merapat ke tubuhnya. Dahi aku dikucup sekilas lalu dia menarik aku untuk berjalan jauh. Tangannya jatuh ke pinggang aku lalu diusap perlahan.

Sesampainya di bahagian tangga yang tinggi sehingga ke pintu masuk kapal, aku menarik nafas lalu dihembus perlahan. Tingginya!

“Naik dulu sayang.”

“Abanglah naik dulu.”

“Tak nak, nanti sayang hilang.”

Sesungguhnya, memang aku nak larikan diri kerana aku takut nak masuk. Tangga pula tinggi yang amat!

Aku sedar, aku serba penakut. Semua benda nak takut.

Aku menyumpah seranah diri sendiri. Tanpa membantah, aku turut saja kata suami aku dan sampai ke puncak dia masih lagi menolak aku suruh masuk dahulu dan dia akan menyusul selepas aku. Paling tidak tenang, dia pula yang menyuruh aku merakam suasana di dalam kapal selam itu.

“Abang gelap...”

Pinggang aku dipeluk dari belakang. Mungkin dia ingin meredakan rasa takut yang bertandang. Aku mengeluh berat. Kaki aku menjejak ke lantai besi itu. Mata aku terpejam apabila mendengar bunyi lagaan logam apabila aku memijak untuk langkah seterusnya.

“Sayang, on camera tu.”

“Oh...”

Aku menekan skrin yang bersimbol kotak lalu telefon pintar itu mula merakam jalan sunyi dan penuh besi konkrit di situ. Dalam kapal selam ini tidak boleh berjalan beriringan, kerana ruangnya yang terhad. Jadi, Furqan berada di belakang aku sambil memeluk tubuh genit aku yang sedang menggigil.

Aku terpejam mata apabila aku ternampak sesuatu yang duduk di sebalik kaca di sebelah kiri aku.

“Abang... apa tu?”

“Ada apa?”

Furqan diam sejenak.

“Patunglah sayang.”

Perlahan kepala aku melentok ke kanan pula. Hampir terjerit aku apabila patung captain kapal berada di tempat kendali kapal di sebelah kanan. Terus tubuh aku dipeluk erat dari belakang. Terdengar gelak halus dari dia dan aku tahu dia pasti sedang gelakkan aku.

“Abang nak balik...”

“Sabar... kita baru masuk.”

15 minit aku dan dia berjalan sehingga menemui jalan keluar. Aku adalah orang pertama yang menarik nafas panjang dan mengeluh selepas berasak-asak di dalam kapal selam tadi.

Di dinding lorong tempat kami lalu tadi ada maklumat dan kenang-kenangan tentang kapal selam ini, tetapi aku tidak sempat baca dan lebih kepada aku takut nak buka mata, jadi aku tutup mata sepanjang kami berjalan.

Terasa rugi pula bila buat gitu.

Kami turun dari tangga. Aku memerhati reka cipta mereka menjadikan gabungan logam kepada jet pejuang yang saiznya hanya seorang saja boleh kemudinya.

“Lepas ni nak pergi mana abang?”

“Lepas ni, kita cari hotel yang terdekat kat sini. Sementara tunggu esok. Esok kita pergi Menara Taming Sari, okey?”

Aku hanya mengangguk lalu dia menarik pinggang aku semula agar mengikuti langkahnya. Aku turuti tanpa membantah. Sempat kami ber-selfie bersama sebelum keluar dari pagar tadi. Lelaki tadi menghulurkan kami dua keping gambar dan bingkai.

“Jom cari hotel. Kita rehat-rehat okey?”

Aku mengangguk bersetuju. Walaupun hari ni cuma berjalan di kapal selam dan juga jet itu, tetap membuatkan aku penat apatah lagi Furqan yang memandu. Pasti lagi penat. Jadi, aku setuju saja apa yang dia buat.

“Kita pergi makan ek. Dah tengah hari dah ni.”

“Okey.”

Sesampainya di satu kedai, Furqan tersenyum kepada seorang gadis berbaju t-shirt berlengan pendek. Apron yang tersarung pada tubuh gadis itu membuatkan aku mengerti bahawa dia adalah pekerja di sini. Aku mengawal riak wajah apabila dia membalas senyuman manis Furqan tadi.

Aku tidak menafikan bahawa Furqan memang murah dengan senyumannya. Itulah sebab selalunya kenapa aku cair dengan dia dan... aku dapat rasakan gadis itu juga ‘cair’ melihat senyuman Furqan tadi. Erh! Aku cemburu!

“Makan bang. Ni nasi.”

“Terima kasih.”

Furqan senyum manis lagi pada gadis itu. Lalu dia menarik bahu aku untuk berjalan beriringan.

“Bagi dia nasi, bukit sikit. Biar makan banyak.”

Wajahnya sedikit berubah apabila terpandang wajah aku yang cuba dimaniskan. Ah, kau memang ada hati kat laki aku! Wajahnya tidak senyum dan tidak juga muram, seperti tiada perasaan lalu tangannya menghulur pinggan yang penuh dengan nasi.

“Abang, kalau tak habis siapa nak makan? Membazir.”

“Bagi je la abang.”

Dia mengucup tepi kepala aku yang masih berbalut tudung. Wajah gadis itu juga tertunduk.

Broken ke tu?

Sesekali mata aku bertembung dengan gadis itu. Aku tersenyum padanya, tetapi disambut dengan senyuman kekok saja.

Sesudah mencedok lauk, kami terus ke tempat duduk dan mula menjamah.

“Abang selalu ke sini kalau nak balik Johor.”

Furqan yang sedang mengunyah itu memulakan bicara. Aku terangguk-angguk memahami situasi yang sedang belaku. Patutlah wajah gadis tadi semangat je apabila Furqan datang. Regular customer la tu.












CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now