CAQ →28

149 3 0
                                    


LIMA bulan telah pun berlalu. Aku titipkan rasa syukur apabila keadaan semakin membaik saat ini. Untuk kes yang berlaku lima bulan lepas sudah selesai apabila Zikri memilih untuk berkata jujur saja kepada pihak mahkamah.

Jelas wajahnya penuh penyesalan. Yang paling buat aku terkejut apabila dia akui yang dialah yang buat ‘sekatan’ ubat kepada arwah papa. Dia berdendam dengan papanya kerana hendak menyerahkan syarikatnya kepada Furqan. Terdetik di hati aku bahawa kedengkian Zikri amat menggunung kepada Furqan.

Dan yang paling aku terkejut, yang hampir menculik aku ketika aku masih belum berkahwin lagi, itu juga, dialah dalangnya. Maksudnya di sini, dia sudah kenal aku lama. Tidak selama aku mengenali Furqan. Dia juga kata, yang dia pernah ternampak Furqan, Kak Nisa’ dan aku keluar makan. Semenjak itulah dia mula bertindak memberitahu papa.

Dalam masa yang sama, aku sangat berterima kasih padanya kerana memudahkan urusan aku dan pihak yang tertentu. Dia merayu pada aku agar aku memaafkan dia. Melihat keadaannya ketika itu membuatkan aku terasa sayu.

Hati aku senang saja memaafkan. Disebabkan dia memudahkan urusan aku, jadi aku mudahkan urusannya. Dia tahu yang dia sudah melampau kerana dia sudah lakukan dua jenayah. Dia risau jika dia terus hidup di dunia ini.

Luahannya aku dengar walaupun wajahnya aku tidak pandang waktu itu. Waktu itu aku pandang dia penuh kebencian. Apabila dia mengakui salahnya, akhirnya ego aku runtuh juga.

Hukumannya tetap berjalan atas tiga kes. Satu, kerana hampir merogol aku. Kemudian kerana membunuh secara halus, hanya menyekat ubat masuk ke dalam tubuh papa dan juga niat menculik.

Mengingatkan papa, aku mula teringat Furqan yang berwajah ketat sambil galak memasukkan tubuh papa ke dalam liang lahad. Dia masih sayang papa walaupun papa sentiasa mencari salahnya.

Lepas saja perbicaraan hari itu, terus saja Furqan membawa aku dan Kak Nisa’ pulang ke rumah.

Perut aku yang membesar itu aku belai dengan rasa kasih yang tak putus untuk anak yang mengembang di dalam rahim aku ini. Usianya sudah tujuh bulan.

Ini antara tanda kasih aku pada Furqan. Dalam dua bulan lagi untuk menanti kehadiran seorang insan yang bakal aku dan Furqan didik.

Mata aku naik memandang Furqan apabila dia baru saja keluar dari bilik air. Rambut serta tubuhnya yang basah itu membuatkan aku gigit bibir bawah. Nak ada anak satu pun nampak sexy!

Sempat dia datang ke arah aku lalu mencium dahi aku sekilas. Aku melihat segala kelakuannya yang sedang memakai seluar. Dia mengelap tubuhnya yang masih basah. Aku bangun dari duduk dan menghampirinya. Tualanya aku ambil lalu mengelap bahagian tubuh belakangnya.

Baru saja aku ingin mengesat rambutnya menggunakan tuala, dia melarang. Dia tersenyum kecil lalu mengesatnya sendiri. Kening aku yang hampir berkerut, aku kawal.

Bajunya aku capai dan mengembangkannya. Furqan memahami niat aku, dia memasukkan tangannya ke dalam lubang baju. Aku memperkemaskan bajunya. Baru saja tangannya ingin membutangkan baju, aku tepis lembut.

Dari belakang, tangan aku memanjang ke hadapan sambil jari runcing aku membutangkan bajunya satu per satu. Dia membiarkan sambil mengintai aku di cermin. Mata aku melirik manja ke arahnya.

Sesekali, sengaja aku masukkan jari runcing aku di sebalik baju kerjanya. Membelai perutnya.

“Sayang... ada yang tak pergi kerja pagi ni kang.”

Aku tergelak manja. Bahunya aku kucup perlahan penuh sensual. Dia melarikan pandangannya dari cermin. Dia menoleh ke arah aku lalu memeluk pinggang aku. Aku pula meletakkan tangan ke belakang lehernya.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now