EPILOG

393 9 3
                                    


7 TAHUN KEMUDIAN.

Pusara di hadapan aku ini ditatap. Seharusnya, aku perlu mencipta dunia baru, tetapi masih lagi aku dambakan dia. Selama tujuh tahun ini, sejujurnya aku masih mengungkit hal lama.

Aku selalu mengungkit bahawa tiada siapa yang lebih sempurna dari Furqan buat aku. Aku pernah berontak kerana dia tidak sama seperti Furqan.

Ah... apa yang aku nak sebenarnya?

“Ibu...”

Aku menoleh ke arah Nurul. Nurul menghampiri dan mendakap aku yang sedang duduk bersimpuh di atas tikar mengkuang.

“Ibu...”

Tangan kecilnya mengesat sesuatu di pipi. Aku memandang tangan kecilnya.

“Kan nuyul da bagitahu jangan nanis... nanti babah nenok ibu nanis nanti, babah pun nanis.”

Spontan bibir aku tersenyum mendengar setiap kata yang keluar dati dua ulas bibirnya. Lidahnya panjang persis kakak ipar aku. Sedikit pelat. Pelat ‘R’ dan ‘S’.

Eloklah, dia pun manja dengan mak cik dia berbanding aku. Tapi aku tidak pernah rasa terkilan kerana Kak Nisa’ juga menolong aku menjaga gadis kecil ini.

“Ibu...”

“Hmm?”

“Babah bayik tak?”

“Bayik... dia bayik angat ngan ibu.”

“Ibu... ibu dah lama dah duk sini. Jom balik. Nak makan, Cik Nisa’ ajak makan kat restoran tepi pantai tu...”

“Okey, okey. Sorry ya. Ibu lupa. Pergi ke kereta dulu. Nanti ibu sampai. Nak kemas dulu.”

“Okey...”

Dia terus berlalu pergi. Sempat aku mencium batu nisan itu dan kembali mengemaskan tempat itu. Melawat kuburan di sini, tidak boleh ramai. Jadi, pihak lelaki sudah datang dahulu sebelum pihak perempuan pula.

Tikar mengkuang aku letakkannya di atas pangkin yang memang disediakan untuk meletakkan tikar dan jag air di situ.

Terus aku menuju ke kereta dan menghala ke Chalet.

Sampai saja di Chalet, aku ternampak sepasang merpati sejoli sedang merapati aku dan Nurul.

“Maya baru balik, ya? Akak pergi dulu ke restoran tu tau.”

“Baiklah. Mama mana, kak?”

“Ada tu, biasalah kalau dah berteman ni macam mana.”

Aku tersenyum apabila dia mula membuat muka mengusiknya itu. Ya, dia sudah berjodoh dan berkahwin. Majlis mereka bersanding disekalikan. Mama rupanya kenal kepada Dato’ Hilman yang cuba mengurat aku waktu di restoran dahulu. Oh, kebetulan sungguh.

Katanya, dia adalah sepupu belah papa. Terasa kurang ajar pula apabila aku tidak tahu langsung yang dia rupanya bukanlah mengurat aku, tetapi dia mahu tahu pasal Furqan daripada aku.

“Nak ikut Cik Nisa’ buleh?”

“Hey, mestilah buleh!”

Tubuh kecil Nurul didokong olehnya.

“Alala... Nurul dah beratlah...”

“Mana ada Nuyul beyat!”

Dia terus memeluk kuat leher Cik Nisa’ nya. Aku tergelak saja melihat Kak Nisa’ yang melayan Nurul seperti anaknya sendiri.

Tidak lama kemudian, aku memandang ke arah mama dan papa baru aku menghampiri. Ada sepasang lagi merpati di belakang pengantin lama itu. Aku juga tidak menyangka yang Alif berani membawa pasangannya yang belum nikah dan hanya ada pertalian cinta saja kepada mama dan papa.

Mama dan papa juga bersetuju saja kerana mereka memang berkenan kepada gadis itu.

Mata aku kembali tercari-cari raut wajah seseorang.

“Kak... mana...”

“Pergilah tengok dulu kat bilik tu. Kita orang pergi dulu tau.”

“Okey.”

Aku mengangguk dan terus berlari anak ke arah Chalet. Aku membuka pintu Chalet dan aku berjalan masuk ke dalam. Chalet yang sama kali terakhir Furqan menetap tidak sampai satu hari.

Tempat di mana Furqan rebah aku pandang. Waktu itu aku sangat buntu dan dungu. Aku tidak mahu mahu buat apa. Mata aku terkalih pada raut wajah yang kemerah-merahan itu.

Aku menghampirinya dan melabuhkan punggung di birai katil. Bau minyak yuyi cap limau melekat di rongga pernafasan aku.

“Anak ibu dah wangi...”

Aku gomol pipinya yang gebu kemerahan itu. Dia tergelak kecil apabila aku melakukan itu.

Beberapa minit menggomol, aku berhenti. Wajahnya yang merah semakin merah jadinya.

Setelah itu, aku berjalan ke arah beranda dan kembali mengimbau ketika aku dan Furqan sedang bermadah cinta di sini. Wajahnya yang lesu itu membuatkan senyuman aku hampir hilang, tetapi aku gagah juga untuk tersenyum. Ya Allah, semoga aku kuat tanpa dia.

Terasa pinggang aku disentuh seseorang. Bauan pada dirinya menyentak aku seketika. Bau ini... bau yang aku rindu... aku rasa, ini bukanlah mimpi. Padahal ini nyata. Aku tidak berpaling, sebaliknya menahan gelodak jiwa yang meronta ingin memandang ke belakang.

Terasa bahu aku memberat.

“Maafkan abang. Maafkan abang sebab tak jadi suami yang elok untuk sayang. Abang minta maaf sebab selalu sakitkan hati sayang... dan maaf jika abang tidak sesempurna Furqan. Abang bukan Furqan...”

Dari intonasinya, aku dapat tahu yang dia sedikit kecewa apabila aku sering mengungkit. Aku sedar, bukan salah dia seorang, ada juga salah aku. Tangannya yang berada di pinggang, aku genggam.

“Abang tak perlu minta maaf. Ni semua sebab sayang. Sayang yang masih tak sedarkan diri. Masih mengharapkan kesempurnaan. Sayang minta maaf. Adakah sebab tu juga abang... pakai minyak wangi Furqan?”

“Ermm... lil bit.”

Aku memusingkan tubuh menghadapnya. Wajahnya yang persis Furqan itu aku tatap penuh kasih. Dialah si bintang yang aku cari.

Pada mulanya aku pelik mengapa Darwisy adalah ‘bintang’? Lama kelamaan persoalan aku terjawab juga. Sebab namanya adalah ‘Al-Najmi.’

Yang bermaksud Bintangku.

Jadi, itulah dia...

Darwisy akui yang dia pernah jatuh cinta dengan aku dan dia akui itu pada Kak Nisa’. Kak Nisa’ pula memberitahu Furqan. Furqan pula memang suka menyakat, jadi dia jadikan Darwisy sebagai pengapit.

Mereka pernah bergaduh ketika hari di mana Furqan keluar tanpa memberitahu aku. Darwisy marah dan mereka bertikam lidah di telefon.

Mengingatkan semula, memang sakit. Tapi hal itu sudah lama berlaku dan aku sudah meredai semua yang terjadi.

“Maafkan abang tak?”

“Ya... Cuma... kurangkanlah sikit peminat tu. Buat orang jeles je.”

Mana tak jeles? Aku selalu diburu peminat dia untuk luahan hati dengki mereka. Aku fikir perwatakan beku ini tiada siapa yang mahu merapat, rupanya ada juga tu yang minat.

“Wow, terasa dihargai.”

Tubuh aku terkujat apabila dia mengucup pipi gebu aku rakus, tapi sekejap saja.

“Gelojoh.”

“Gelojoh-gelojoh, tu yang dapat Muhammad Nur Najmi tu...”

“Gatal.”

“Abang gatal dengan bini sendiri, bukan bini orang lain.”

Aku dan dia tergelak.

“Jom, sarapan. Kesian Najmi tunggu lama.”

Tangan kekarnya melilit pinggang aku dan menariknya perlahan merapati sliding door.

Kesempurnaanmu membutakan mata batinku, sehingga aku tidak mampu lagi melihat kesempurnaan yang lain.

“It’s that a curse for me?”

-TAMAT-

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now