CAQ → 30

203 5 0
                                    


Tangan aku ditarik lembut mengikut jejak langkahnya sehingga sampai ke hadapan pintu bilik aku dan dia. Sampai saja di rumah mama tadi, mereka sudah menyiapkan barang dan terus bertolak.

Tangan aku terasa sejuk saja dari tadi. Aku seperti mahu menafikan lelaki yang menarik aku ini adalah bukan suami aku. Wajahnya mendung dan penat. Aku yang melihat turut terasa risau.

Bukan gembira yang aku rasakan sekarang. Semuanya berubah jadi kelam. Pintu dibuka lalu dia menarik beg aku lalu pinggang aku diraih perlahan untuk mengikuti dia masuk ke bilik. Aku tanpa berkata, hanya menurut.

“Ab... abang?”

“Hmm?”

Tangannya yang bercantum dengan tangan aku dielus perlahan. Tangannya yang semakin kecil dari saiz biasa itu aku amati. Tapi berat mulut aku ingin bertanya. Wajahnya juga kelihatan tidak segar. Aku masih tidak faham mengapa dia begitu.

“Bila nak pergi pantai yang abang cakap tu?”

“Pantai apa?”

“Pantai...”

Setiap perkataan aku tadi terus hilang apabila mata aku disapa wajah ceria Furqan. Wajahnya walaupun sedikit lesu, dia tetap tersenyum manis ke arah aku. Tiba-tiba aku rasa sebak. Tapi aku cuba tahankan.

“Tutup mata sayang.”

“Tutup mata?”

“Yup.”

Perlahan kelopak mata aku tutup pemandangan. Terasa bahu aku dipimpin perlahan dan berjalan ke depan. Aku hanya menurut sambil mendengar desah nafas Furqan di sebelah.

Terasa angin menampar kulit wajah aku. Gegendang telinga aku mengesan bunyi-bunyian alam di sini. Spontan aku tersenyum. Ya, aku suka bunyi ini. Snagat tenang. Awning tudung bawal aku juga sudah hilang teksturnya. Tangan yang memimpin aku di bahu tadi perlahan jatuhkan tangannya dan mengunci aku di satu kayu. Tubuh hangat Furqan melekap penuh di belakang tubuh aku.

“Buka mata, sayang.”

Mendengar saja arahan itu, aku pun membuka mata aku perlahan. Mata aku disapa pemandangan yang sangat indah sehingga lidah aku terasa kelu. Ada satu tangan yang menyentuh lembut perut aku membuatkaan aku sedikit tersentak.

“Maafkan babah sebab babah pernah abaikan ibu. Maafkan babah kalau babah jadi ayah yang tak bertanggungjawab. Maafkan babah kalau babah tak selamanya di sisi ibu. Maafkan babah yang lalai. Maafkan babah yang sakitkan hati ibu.”

Aku kemam bibir apabila terasa gagal pula menahan sebak di dada. Tangan Furqan yang berada di perut aku itu aku sulam dengan jari runcing aku. Sama-sama melabuhkan rasa kasih pada anak dalam kandungan.

“Ibu tahu babah kerja. Ibu je yang tergedik-gedik nak jalan-jalan. Ibu yang banyak susahkan babah.”

Tak... aku tak boleh tahan tangisan ini. Kenapa aku perlu menangis? Sedangkan sepatutnya aku perlu rasa bahagia. Kenapa? Rasa itu yang kini menghimpit perasaan aku? Kenapa tidak kebahagiaan?

Aku tak boleh menafsir perubahan emosi aku tatkala ini. Mungkin kerana pembawakan bayi.

Bahu aku memberat. Hujung hidungnya menggomol pipi aku membuatkan aku tergelak. Air mata aku disekanya perlahan. Entah bila aku pun tidak perasan air mata aku mengalir lesu di pipi.

“Abang tak nak tengok sayang menangis...”

Suasana terjeda sementara. Satu keluhan berat dilepaskan.

“Ingat pesan abang sebelum ni tau. Sayang cintakan abang, kerana Allah. Jangan sayang abang lebih dari Pencipta. Tahu?”

Aku mengangguk. Aku tidak pernah bosan dengan pelukan, sentuhan dan ciuman dari dia. Tak pernah jemu.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now