CAQ → 27

141 3 1
                                    


“KALAU I takda tadi, isteri you jadi mangsa abang you tau?”

Aku mendengar suara lantang seseorang. Tangan aku digenggam erat membuatkan tangan aku yang sejuk beku tadi terasa hangat. Perlahan aku membuka mata apabila terasa tangan aku dilibas hembusan nafas hangatnya.

Mata aku menjelajah setiap pelosok lokasi ini dan baru aku perasan yang sekarang aku berada di hospital.

Seketika kemudian, terasa basah pula kerana air matanya. Jelas bahunya terhinggut-hinggut.

“Maafkan abang, sayang...”

Wajah aku mengendur. Mata aku berkaca. Sudah lama aku rindukan dia. Suara ini, sentuhan ini. Tangan aku yang dikucupnya itu, aku gerakkan dan membelai perlahan tangannya dan aku balas genggamannya.

“Ab... abang...”

Furqan perlahan mendongak. Jelas wajahnya kelihatan sangat letih. Sama seperti aku. Dia terus menerus mengucup tangan aku lalu memeluk aku. Aku membalas pelukannya. Mata aku sudah kabur dengan air mata.

“Maafkan abang sayang. Maafkan abang.”

Wajah aku dikucup bertalu-talu.

“Auu! Abang....”

Tangannya yang menyentuh belakang tubuh aku itu terus terhenti. Tubuh aku didudukkan lalu tubuh aku dibelek sehinggalah dia membuka tali baju hospital yang berada di bahagian belakang.

Setelah dia melihat belakang tubuh aku. Wajahnya diraup kasar lalu mengeluh berat. Dia menunduk sambil tangan kanannya memicit kelopak matanya. Itulah bekas dilibas tali pinggang.

“Ya Allah... aku suami yang tak guna.”

Aku memeluk tubuhnya. Aku tahu dia sedang tertekan. Dia membalas pelukan aku lalu menangis di bahu kanan. Bagi aku Furqan ini lain dari lelaki lain. Dia lemah lembut sehingga aku tidak mampu untuk membencinya.

Jika dia marah, dia akan simpan dan senyapkan diri.

“Maya...”

Aku memandang Kak Nisa’ yang mengalirkan air mata dengan deras. Dia datang ke arah aku lalu meraih tangan aku dan dikucupnya membuatkan aku terkedu. Aku menarik tangan aku dari dikucup olehnya, aku terasa tidak menghormatinya kerana dia lebih tua.

“Jangan kucup tangan saya, kak. Saya rasa, saya tak sopan.”

“Maafkan akak. Akak tinggalkan Maya seorang-seorang.”

Aku mengerut dahi apabila melihat wajah Kak Nisa’ yang ada kesan merah dan lebam di wajahnya. Aku panik melihatnya. Air mata aku bertakung di tubir mata.

“Akak... kenapa...”

“Akak minta maaf, Maya. Akak pentingkan diri sendiri.”

“Akak, cerita kat saya. Apa yang dia buat dekat akak?”

Tidak perlu aku soal siapa pelakunya. Aku sudah dapat mengagak.

“Dia... dia kata kat akak yang akaklah punca Maya bencikan dia. Dia kata akak memburukkan dia dekat Maya. Lepas tu, dia pukul akak dan halau akak keluar dari rumah. Akak tak nak ikut, tapi dia ugut akak kalau akak tak keluar dari rumah tu, dia akan rogol akak.”

“Astaghfirullahalazim,” spontan aku titipkan istighfar di bibir aku.

“Maafkan akak...”

Tubuh kecil itu aku dakap. Belakangnya aku usap perlahan. Beberapa minit kemudian, aku melepaskan pelukan. Aku memandang ke arah Mel yang tersenyum kepada aku. Aku membalas senyumannya.

“Mel.”

Mel tidak menyahut sebaliknya dia terus menapak ke arah aku. Aku memandang matanya yang berwarna hitam besar itu. Perlahan aku tepuk perut aku yang masih kempis. Matanya menurun ke arah tangan aku. Terus dia mengangguk faham dan memandang ke arah Furqan dan Kak Nisa’.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin