CAQ → 19

97 2 0
                                    


SESUDAH solat subuh tadi, terus saja kami bersiap untuk ke Johor. Dalam perjalanan kami tidaklah terus ke destinasi, tetapi kami menyinggah di mana-mana tempat dahulu sebelum Furqan memulakan perjalanan.

Dalam perjalanan, Kak Nisa’ ada menelefon aku bertanya khabar dan bertanya keberadaan kami. Semalam juga dia menelefon kami dan hingga lewat malam. Tidak sempat aku dan Furqan nak menambah generasi. Sudahlah itu sampai pukul 1 pagi dia bersembang dengan aku.

Furqan pula sudah nyenyak diulit mimpi. Aku hanya mampu reda sajalah.

Sesampainya di Johor, aku terus menelefon Kak Nisa’ yang kami sudah nak sampai.

“Abang.”

“Hmm?”

“Abang... nak anak berapa?”

“Sekurangnya adalah satu, boleh teman sayang kalau abang pergi kerja, kan?”

“Kalau ramai?”

“Itu namanya rezeki.”

Mendengar jawapannya membuatkan aku tersenyum kecil. Serentak itu aku memegang perut aku yang masih leper. Aku menoleh ke arah Furqan yang melihat tangan aku yang berada di perut.

“Sayang nak sangat ada benih dalam perut sayang.”

“Balik nanti, lepas kemas-kemas. Abang try.”

Kata-katanya tadi membuatkan pipi aku sedikit membahang. Tangan aku naik menekup pipi aku yang kian kemerahan. Tidak lama kemudian, Furqan membelokkan kereta ke arah satu rumah agam di situ.

Mata aku terbeliak melihat kawasan rumah agam itu. Kehidupan aku dan Furqan sememangnya bagai langit dan bumi. Tapi masih aku tertanya-tanya, kenapa mereka masih tidak bahagia dengan apa yang mereka ada?

“Wah, besarnya rumah abang...”

“Rumah ni bukan abang punya. Tapi, papa. Jom turun, dia orang mesti dah lama tunggu tu.”

Rumah Furqan bukannya tidak besar, tetapi lebih kecil dari ini. Rumah bujang katanya, nak buat apa besar-besar?

“Haa... dah sampai pun Furqan dengan Chahaya.”

Buka saja pintu kereta, mama sudah berada di gazebo. Mungkin menanti aku dan Furqan pulang. Aku menyambut huluran tangannya dan mengucup sekilas.

“Tak payah angkat barang ya, Furqan. Biar adik dengan abang chik yang angkat. Kau orang dua, rehat kat atas ya. Dah nak Maghrib dah ni.”

“Terima kasih, mama.”

Furqan meraih bahu aku lalu mendekatkan tubuh aku kepadanya. Tangan aku pula terlilit pada pinggangnya.

Naik saja ke atas, aku dan Furqan mandi dan rehatkan diri. Sehinggalah waktu maghrib. Selesai solat, kami turun dan bersedia di tempat makan.

Aku bangkit dari duduk aku apabila aku ternampak Kak Nisa’ yang menatang lauk ke arah meja.

“Kak, biar saya tolong.”

“Takpalah. Dah nak siap dah ni. Duduklah sebelah Furqan sana.”

Aku hanya menurut. Aku duduk semula di sebelah Furqan. Furqan menarik kerusi aku merapat dengan kerusinya sehingga kerusinya berlaga dengan kerusi aku membuatkan aku mengerutkan dahi.

“Jauh sikit, abang ni. Nanti abang susah nak makan.”

“Abang nak sayang suap.”

“Mengadalah dia ni.”

“Ehem! Amboi...”

Aku tersentak apabila Kak Nisa’ sudah melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Dia tersenyum sambil keningnya terangkat-angkat. Aku menyembunyikan senyuman lalu menggeleng perlahan. Mula dah perangainya nak menyakat.

Tidak lama kemudian, tempat duduk makan sudah dipenuhi penghuninya. Tuan Zahid merangkap bapa mentua aku juga ada di sini. Dia baru saja pulang tadi. Terus mama menariknya untuk makan bersama satu meja.

Wajah papa a.k.a Tuan Zahid itu hanya kosong memandang hidangan dan menyantapnya penuh berselera. Furqan pula tidak habis memandang aku dari tadi. Bukan aku tidak perasan, dah la duduk pun dekat macam kulit aku ni bersambung dengan kulit dia.

Jadi, inilah keluarga lengkap Tuan Zahid. Dari anak sulung ke anak nombor dua dan tiga dan kemudiannya, yang keempat dan Kak Nisa’, Furqan dan akhirnya Aliff. Majoriti muka ikut kromosom mama berbanding Tuan Zahid. Dari sulung sampai anak ketiga tu ikut wajah Tuan Zahid dan keempat ke bawah seperti wajah mamanya.

Aku memandang pula biras aku iaitu Kak Mar dan Kak Mila. Bini sulung dan kedua. Masing-masing juga sudah ada anak. Comel saja aku tengok anak Kak Mila ni. Gebu pipi dia!

Melihat pinggan Furqan hampir habis, aku melihat pinggan aku pula.

“Abang nak tambah?”

Dia menggeleng perlahan.

Aku terdengar bunyi kerusi ditarik dan kemudian bunyi derapan kaki meninggalkan ruang makan. Aku memandang ke arah tempat duduk papa tadi. Kosong. Mereka di meja memandang antara satu sama lain.

Selepas aja makan malam tadi, aku dan Furqan duduk di bilik. Selesai solat Isya’, aku melipat kain telekung dan disangkut. Terasa pinggang aku diraih lembut. Aku tersenyum pada Furqan. Kami sama-sama melabuhkan punggung di birai katil.

“Kenapa abang?”

“Sambung yang semalam. Kakak kacau sayang sampai tertidur abang.”

“Tunggulah sekejap. Sayang nak cantik-cantik dulu.”

“Sayang dah cantik untuk abang.”



CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now